Kebakaran di Blok 229 Toa Payoh Lorong 8 pada 29 Julai, 2025. (Foto: Facebook/Chris Soh)
SINGAPURA: Operasi mamadam kebakaran sedang dijalankan di Toa Payoh pada Selasa (29 Jul) selepas kebakaran tercetus di sebuah flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan bahawa pihaknya dimaklumkan tentang kejadian di Blok 229 Toa Payoh Lorong 8 sekitar pukul 1.10 petang.
Tiga orang diperiksa kerana terhidu asap dan bagi kecederaan terbakar, dan dikejarkan ke Hospital Besar Singapura.
Operasi memadam kebakaran masih dijalanjan, tambah SCDF.
Rakaman menunjukkan asap tebal keluar dari beberapa tingkap unit di tingkat sepuluh, dengan beberapa bingkai tingkap rosak akibat haba.
Serpihan-serpihan rentung, termasuk apa yang kelihatan seperti sebahagian bingkai tingkap yang jatuh, kelihatan di kaki bangunan.
Asap juga dapat dilihat dari Ekspreswe Tengah yang berdekatan.
SCDF membantu orang yang terjejas di lokasi kebakaran di Blok 229 Toa Payoh Lorong 8 pada 29 Julai, 2025. (Foto: CNA/Faith Ho)
Terdapat sekitar sembilan kenderaan SCDF, termasuk dua ambulans, serta tiga kereta polis berhampiran blok yang terjejas apabila Mediacorp tiba di lokasi kejadian sekitar pukul 2.15 petang.
Anggota SCDF dilihat membantu beberapa individu dan memberikan oksigen.
Kira-kira 100 orang juga berkumpul di gelanggang bola keranjang bersebelahan.
Apabila Mediacorp tiba di tempat kejadian pada pukul 2.13 petang, terdapat sekurang-kurangnya lapan kereta polis, dua enjin bomba dan satu ambulans.
Seorang wanita tua sedang berehat di kerusi di gelanggang badminton berdekatan, dan beberapa penduduk berkata bahawa yang lain sudahpun dihantar ke hospital.
Lawrence Tan, seorang penduduk yang tinggal di tingkat sembilan bersama isteri dan cucunya yang berusia dua tahun, berkata bahawa beliau mengesan bau getah seperti "bau ikan" sekitar pukul 1.00 tengah hari. Selepas meninggalkan flatnya, beliau bertemu dengan seorang wanita berusia 40-an yang berlari turun dari tingkat 10 mencari bantuan.
Rumah wanita itu yang terbakar, dan beliau mendakwa bahawa ia bermula dari pengering pakaian di dapur, kata Encik Tan.
"Saya membantunya menghubungi 995 dan kami mengetuk pintu-pintu rumah di tingkat sembilan sebelum turun menaiki lif," tambah lelaki berusia 74 tahun itu.
Herman Yeo, seorang penduduk yang tinggal di tingkat sembilan, berkata beliau sedang berehat di rumah apabila polis mula mengetuk pintu dan menyuruh orang mengosongkan bangunan.
"Kami menutup semua tingkap dan saya mengambil beg saya dan turun ke bawah. Saya juga membantu warga emas di tingkat saya turun kerana sebahagian daripada mereka berada di kerusi roda."
"Saya rasa masih ada orang yang terperangkap di tingkat 12 dan ke atas. Saya sudah melihat kira-kira tiga hingga empat penduduk dibawa ke hospital," kata Encik Yeo.
Kebakaran di Blok 229 Toa Payoh Lorong 8 pada 29 Julai, 2025. (Gambar: Pembaca Mediacorp)
3 dikejarkan ke hospital susuli kebakaran di flat Toa Payoh
SINGAPURA: Operasi mamadam kebakaran sedang dijalankan di Toa Payoh pada Selasa (29 Jul) selepas kebakaran tercetus di sebuah flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB). Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan bahawa pihaknya dimaklumkan tentang kejadian di Blok 229 Toa Payoh...