BTC USD 62,380.7 Gold USD 4,462.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

4 jam pujuk pelajar Iran

roBUST

Legendary Member
gem
Messages
12,406
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
KUALA LUMPUR: Polis terpaksa mengambil masa kira-kira empat jam untuk memujuk seorang lelaki warga Iran berusia 25 tahun yang cuba terjun dari tingkat 25 kondominium Villa Putri di sini, semalam.

Lebih mendebarkan apabila mangsa yang tidak mampu bertutur dalam bahasa asing berkeras untuk terjun kondominium berkenaan selepas kematian bapanya baru-baru ini.

Berikutan itu, polis terpaksa menghubungi pihak Kedutaan Iran di sini, untuk menghantar penterjemah bagi berunding dan memujuk mangsa.


Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa yang juga seorang pelajar di sebuah kolej swasta di sini hilang pertimbangan sebelum mengugut akan terjun dari balkoni kondominium berkenaan.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata mangsa yang baru seminggu berada di negara ini tertekan kerana kematian bapanya.


“Kami mengambil masa lama kerana mengalami masalah berkomunikasi. Apapun, selepas mendapat bantuan seorang penterjemah dari Kedutaan Iran, kami berjaya memujuknya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

pix_middle
 
tahniah abang2 bombe....

tingkat 25 ? kalau terjun.... berkecai bai oiii
semut pun x sempat urung cebisan mayat ko....
 
susah gak nak cairkan ati mamat iran ni yer....
huhu
 
tertekan sbb kematian bapa...

kalo Islam,die x caye qada qadar ker??

konfius aku ngn geng iran nih
 
pelik tak dia dtg belajar kat malaysia..

tp tak tau bahasa asing selain dari bahasa iran..abis tu, dia ckp dgn student lain pakai bahasa iran juga ke??

takkan English pun tak reti??

nampak bebenor menipu budak nih... :mad: :mad:
 
Last edited:
payah gk kalu xtau ckp bhs laen...nak komunikasi susah..

well done bombe..
 
Back
Top
Log in Register