BTC USD 63,881.5 Gold USD 4,477.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Iran tidak gentar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,450
Joined
Dec 18, 2007
Messages
23,450
Reaction score
321
Points
141

Iran tidak gentar​

3521785.webp

Abbas Araghchi (gambar kecil) memberi amaran kepada AS dan rejim Zionis Israel agar tidak melancarkan tindakan ketenteraan baharu terhadap Teheran. Foto: Agensi

NEW DELHI – Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) dan rejim Zionis Israel agar tidak melancarkan tindakan ketenteraan baharu terhadap Teheran, sambil menegaskan sebarang percubaan akan berakhir dengan kegagalan seperti konflik sebelum ini.

Kenyataan itu dibuat ketika Presiden AS, Donald Trump dilaporkan semakin hilang sabar terhadap Iran susulan kebuntuan rundingan damai dan isu program nuklear Teheran.

Trump sebelum ini menyifatkan respons Iran terhadap cadangan damai Washington sebagai 'tidak boleh diterima sama sekali' selain memberi amaran bahawa tindakan ketenteraan masih menjadi pilihan.

“Kami sudah biasa dengan ancaman seperti ini. Mereka telah lama mengulanginya dalam pelbagai bentuk, namun mereka sendiri tahu bahawa ancaman dan peperangan yang dilancarkan sebelum ini tidak mencapai apa-apa,” katanya ketika menghadiri mesyuarat dua hari Menteri-Menteri Luar BRICS di New Delhi pada Khamis.

Araghchi menegaskan bahawa tekanan ketenteraan bukan jalan penyelesaian terhadap isu melibatkan Iran dan negara itu tidak akan tunduk kepada ugutan mana-mana pihak.

“Saya sekali lagi menegaskan di BRICS bahawa tiada penyelesaian ketenteraan terhadap isu berkaitan Iran. Iran berdiri teguh menghadapi ancaman dan tidak akan tunduk,” katanya.

Menurut beliau, mana-mana pihak yang memilih pendekatan ancaman hanya akan menemui kegagalan.

“Jika mereka mahu menguji kami sekali lagi dan memasuki peperangan, mereka tidak akan memperoleh apa-apa selain keputusan yang sama seperti sebelum ini,” katanya lagi.

 
Back
Top
Log in Register