BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

22 Projek Naik Taraf Kampung Angkat MADANI KPM Di Kampung Kuak Hulu, Perak Siap

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
0be345c8e3001c38af9e9fd5d5d6d42f66c324df0d962

Fadhlina Sidek

Sebanyak 22 projek naik taraf di bawah program Kampung Angkat MADANI di Kampung Kuak Hulu di sini, yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan (KPM), berjaya disiapkan setakat bulan ini.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata projek berkenaan ialah sebahagian daripada 32 projek penambahbaikan yang dilaksanakan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Kerja Raya serta Jabatan Pengairan dan Saliran melibatkan nilai keseluruhan lebih RM20 juta.

“Saya bagi contoh untuk Kampung Kuak Hulu ini sahaja, banyak projek yang melibatkan komuniti telah pun selesai seperti dewan sekolah... gelanggang futsal juga telah disiapkan.

“Begitu juga dengan pembaikan cerun (dalam proses), jambatan dan beberapa projek lagi yang saya fikir itu semua telah mendapat manfaat sepenuhnya oleh masyarakat setempat,” katanya kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa Santuni MADANI Menteri Pendidikan di Sekolah Kebangsaan Kampung Kuak Hulu di sini malam tadi.

Beliau berkata pembinaan dewan sekolah berkenaan menelan kos RM149,500 manakala gelanggang futsal siap dinaik taraf dengan kos RM200,000.

Beberapa kemudahan lain turut dinaik taraf termasuk dewan orang ramai, tebing sungai, tandas Masjid Al-Bakri dan Padang Cong bagi meningkatkan kesejahteraan penduduk setempat.

Fadhlina berkata penyiapan projek utama seperti dewan sekolah turut membuka ruang kepada penglibatan agensi lain untuk menyumbang kepada pengukuhan pembangunan sekolah dan ekosistem pendidikan.

Beliau berkata antara sumbangan yang diterima ialah dua unit Smartboard TV daripada Yayasan Guru Tun Hussein Onn yang dijangka memberi nafas baharu kepada proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) digital di dalam bilik darjah.

“Terima kasih juga diucapkan kepada Perbadanan Kota Buku yang telah menyumbangkan Pod Bacaan Mini berserta kredit pembelian buku bernilai RM5,000 selain lima unit tablet lengkap dengan bahan digital BookR Class bagi kegunaan sekolah.

 
Back
Top
Log in Register