BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kampung Angkat MADANI: Empat Projek Fizikal Bernilai RM663,000 Di Kampung Sembulan Siap

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
e5bdfa08fd13bfd1bba091f050b7449067ee9580a3ac4

Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz

Sebanyak empat projek fizikal Kampung Angkat MADANI (KAM) di Kampung Sembulan di sini, melibatkan kos keseluruhan RM663,000, berjaya disiapkan pada 2 November lalu sebelum diserahkan untuk kegunaan penduduk setempat.

Projek berkenaan diserahkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz kepada Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah pada Majlis Semarak MADANI KAM di kampung itu, hari ini.

Wan Ahmad Dahlan berkata empat projek tersebut ialah pemasangan lampu jalan dan solar di Kampung Sembulan, baik pulih serta menurap jalan dan pembinaan bonggol di Kampung Sembulan Baru, selain baik pulih gelanggang futsal dan menaik taraf dewan serbaguna, masing-masing di Kampung Sembulan Tengah.

Beliau berkata selain empat projek fizikal berkenaan, bantuan menaik taraf prasarana dua sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) SANZAC dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sembulan turut dilaksanakan dengan peruntukan berjumlah RM36,000.

“Dengan adanya program KAM ini, tiada lagi masyarakat yang tertinggal daripada menikmati kemudahan sebagaimana kampung lain yang sudah lengkap dengan prasarana asas,” katanya ketika berucap merasmikan majlis itu, di sini, hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Mohd Razali Wahab dan Pengarah Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Datuk Dr Mohd Zabri Yusoff.

Program KAM adalah inisiatif nasional yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Belanjawan 2024 bagi merapatkan jurang pembangunan antara kawasan desa dan bandar melalui pendekatan keseluruhan kerajaan, khususnya dalam aspek kemudahan asas.

Kampung Sembulan dipilih sebagai antara 43 KAM di seluruh negara, dengan RM1 juta disalurkan oleh  Kementerian Kewangan kepada INTAN Kampus Sabah pada 25 Ogos 2025 bagi melaksanakan projek fizikal dan bukan fizikal di kampung itu.

Wan Ahmad Dahlan berkata selain pembangunan infrastruktur, program berkenaan turut memberi penekanan kepada pembangunan modal insan melalui pelbagai inisiatif seperti Program Ziarah Kasih MADANI, Sukan Belia MADANI serta kelas literasi asas dan digital yang dikendalikan tenaga pengajar INTAN.

 
Back
Top
Log in Register