BTC USD 63,489.3 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

2 Kilometer Di Pandu Melawan Arus

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
18.09.2021 - Sabak Bernam, Sebuah kenderaan dipandu secara melawan arus sejauh kira-kira dua kilometer dalam usaha pemandu dan penumpangnya untuk melarikan diri daripada ditahan polis. Dalam kejadian pada 6.30 petang semalam itu, kedua lelaki itu cuba meloloskan diri selepas menyedari pemeriksaan yang diadakan anggota polis di Kilometer 72 Jalan Klang-Teluk Intan dekat Sekinchan, di sini. Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Deputi Superintendan Lim Chee Khoon berkata, polis bertindak mengejar kenderaan pelbagai guna (MPV) itu hingga ke Jalan Tali Air 6.

"Suspek memandu secara melawan arus sehingga ke Jalan Tali Air 7 dan terus memasuki Jalan Haji Miskan. Pemandu itu kemudiannya melompat keluar dari kenderaannya yang masih bergerak hingga menyebabkan MPV terbabit terbabas ke parit di sebelah kiri jalan. Pemandu dapat melarikan diri manakala penumpangnya berjaya ditahan dlama kejadian itu," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan terhadap suspek berusia 27 tahun menemui 19 paket dadah disyaki jenis syabu seberat 15.5 gram di dalam beg sandang miliknya.

"Dadah terbabit dianggarkan bernilai RM450, suspek yang mengalami kecederaan ringan di kaki kirinya dalam kejadian itu didapati mempunyai rekod lampau berkaitan dadah. Ujian saringan awal air kencing terhadapnya mendapati dia turut positif dadah jenis methamphetamine," katanya.

Beliau berkata, suspek kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam untuk siasatan lanjut. Lim berkata, pihak polis sudah mengenal pasti identiti pemandu MPV terbabit dan usaha memburunya sedang giat dijalankan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya.

Terdahulu, tular di media sosial satu video yang memaparkan sebuah MPV dipandu secara melawan arus sambil dikejar polis. Video berdurasi satu minit dua saat itu turut mendapat perhatian netizen dan rata-ratanya mengecam tindakan pemandu MPV terbabit yang membahayakan pengguna jalan raya lain.​


 
dah tau salah cabut lari ape daaaaaa.... den raso sekolah memandu patut tambah silibus baru dlm kursus memandu bertajuk

"panduan & etika pemandu semasa berhadapan dengan sekatan jalanraya (walaupun engkau bersalah) supaya tidak menyusahkan pengguna jalanraya yg lain"

ekekekkee
 
Bahaya betul kejar macam ni, silap2 ada pengguna lain jadi arwah.
Polis tu confirm lah selamat sebab kereta dia kat belakang.
Tak ada cara lain ke nak tangkap, tembak tayar ke, tembak driver bagi mamp0s ke asalkan tak membahayakan pengguna lain..
 
Back
Top
Log in Register