BTC USD 62,082.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

1MDB: Seorang lagi Datuk direman

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

PUTRAJAYA 25 Julai – Seorang lagi pengarah bergelar Datuk direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengarah syarikat pembangunan hartanah berumur 48 tahun itu merupakan individu keempat yang ditahan reman berhubung siasatan kes melibatkan syarikat pelaburan strategik negara itu.

Difahamkan suspek berkhidmat dengan syarikat sama dengan seorang lagi pengarah yang pernah ditahan untuk membantu siasatan kes tersebut.

Penahanan terbaharu itu menjadikan sebanyak tiga pengarah syarikat dan seorang pemilik tunggal syarikat ditahan setakat ini. Dua daripadanya bagaimanapun telah dibebaskan.

Suspek terbaharu itu telah dibawa ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 7 malam semalam untuk soal siasat sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini untuk tujuan tahanan reman.

Penahanan suspek dipercayai mempunyai kaitan dengan SRC International Sdn. Bhd., sebuah syarikat yang sedang disiasat bersama Ihsan Perdana Sdn. Bhd. dan Gandingan Mentari Sdn. Bhd. berhubung isu 1MDB.

Dalam pada itu, seorang pengarah syarikat berlainan yang merupakan individu kedua ditahan dalam kes berkaitan 1MDB telah dibebaskan hari ini selepas ditahan reman selama empat hari sejak Rabu lalu.

Pengarah berumur 54 tahun yang juga bergelar Datuk itu dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM100,000 dengan dua penjamin.
 
Ape masalah setan mdb ni.. rmai betol kn tngkap pngarah2 dia.. kepala besar xnak tngakap ke..
 
3b8960c5-f229-4af7-9401-050392e9cab9.jpg
 
Pusing mcm mana pun 1mdb punya kepala tetap najib.

Tapi oleh kerana beliau jenis telo letak kat luar, maka beliau buat x tau je.
 
Asyik ula je kena tangkap.. yang naga tu bila lagi.? Naga berkepala 2
 
Semua kambing hitam sudah dikumpulkan.

Tidak kira yang rela atau tidak rela.
 
Bila nak reman org yg dah guna duit sehabis-habisan lak ni?
 
1MDB: Penghantar surat pun direman 4 hari

PUTRAJAYA: Seorang penghantar surat sebuah syarikat direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

http://www.bharian.com.my/node/70162
 
Back
Top
Log in Register