BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

1MDB: SPRM Usaha Bawa Pulang Lapan Lagi Karya Seni Selewat-lewatnya Hujung Tahun Ini

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146
b81287c214522c5accefb8bd8e20346b69fac941d11df

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki bersama empat lukisan ternama berjaya dipulihkan yang sebelum ini dibeli menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di rumah lelong Sotheby's di New York semasa sidang media di Ibu Pejabat SPRM hari ini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini dalam proses mendapatkan semula lapan lagi karya seni yang dipercayai mempunyai kaitan dengan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dianggarkan lebih RM120 juta pada hujung tahun ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya telah mengenal pasti 12 karya seni untuk dibawa pulang ke Malaysia, dengan empat daripadanya telah berjaya diperoleh semula.

Beliau berkata antara karya seni yang masih dalam proses pemulangan ialah hasil karya Henri Matisse bernilai USD52,500; Alexander Calder (USD125,000); Pablo Picasso (USD1.265 juta); William H. Bailey (USD66,250) serta Raoul Dufy (USD40,000), manakala nilai karya Salvador Dalí dan Gustave Loiseau masih dalam proses pengesahan.

“Secara keseluruhan, nilai lukisan yang masih dalam proses pemulihan dianggarkan USD1.7 juta bersamaan dengan kira-kira RM6.9 juta.

“SPRM juga sedang giat berusaha untuk membawa pulang hasil jualan sebuah lukisan oleh Claude Monet bertajuk 'Vétheuil au Soleil' yang telah dijual di Switzerland dengan nilai anggaran EUR25.2 juta, atau kira-kira RM114 juta,” katanya pada sidang media berhubung pemulangan karya seni berkaitan 1MDB di sini hari ini.

Azam berkata dana berkenaan kini tertakluk kepada prosiding penyitaan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat, dan usaha pemulihan terus dipergiat melalui saluran perundangan serta kerjasama dengan pihak berkuasa di Amerika Syarikat dan Switzerland.

Beliau berkata kejayaan mendapatkan semula karya seni berkenaan merupakan sebahagian daripada pencapaian lebih besar Malaysia dalam usaha pemulihan aset 1MDB.

SPRM sebelum ini, katanya, berjaya membawa pulang empat karya seni antarabangsa yang dibeli menggunakan dana 1MDB menerusi rumah lelong Sotheby’s di New York pada 14 April lepas.

“Semua karya seni ini dikesan melalui transaksi di rumah lelong bertaraf dunia seperti Christie’s dan Sotheby’s di New York, dan berjaya diperoleh semula melalui proses perundangan serta kerjasama strategik antarabangsa membabitkan agensi seperti Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (USDOJ).

 
Back
Top
Log in Register