BTC USD 63,124.5 Gold USD 4,470.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

15 lagi mati Ops Sikap

thegreat

Super Active Member
Messages
6,371
Joined
Nov 13, 2007
Messages
6,371
Reaction score
31
Points
70
Oleh TAN MING WAI
[email protected]

KUALA LUMPUR 24 Sept. - Hari ke-11 Ops Sikap Ke-20 menyaksikan penurunan jumlah kematian dengan 15 kes dilaporkan di seluruh negara semalam, berbanding 21 kes pada kelmarin.

Tambahan angka kematian itu menjadikan jumlah korban keseluruhan kini meningkat kepada 192 orang, sekali gus menghampiri jumlah mangsa korban Ops Sikap Ke-17 pada Aidilfitri tahun lalu iaitu 208 orang.

Sehingga hari ke-11, purata kematian adalah 17 sehari. Untuk memperbaiki atau menyamai purata 15 kematian setiap hari pada Ops Sikap sebelumnya, kematian harian yang berlaku di seluruh negara tidak boleh melebihi lapan orang.

Kebimbangan itu turut disuarakan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat pada Ahad lalu terhadap jumlah korban nahas jalan raya yang tinggi.

Beliau hairan mengapa jumlah korban nahas terus meningkat meskipun pelbagai usaha dilakukan kerajaan selama ini.

Menurut statistik pasukan Trafik Bukit Aman hari ini, daripada jumlah 15 mangsa korban dicatatkan semalam, penunggang motosikal mencatatkan kematian tertinggi iaitu enam orang diikuti kereta, dua dan masing-masing satu, pejalan kaki dan van.

Ketua pasukannya, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, jalan Persekutuan merekodkan jumlah kemalangan maut tertinggi iaitu enam kes, diikuti lebuh raya, jalan bandaran dan lain-lain jalan masing-masing tiga kes, selain satu kes di lebuh raya.

"Jumlah keseluruhan kemalangan yang dicatatkan dalam tempoh itu ialah sebanyak 1,171 kes," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Abdul Aziz menambah, sebanyak 10,373 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan terhadap pesalah trafik di seluruh negara dalam operasi tersebut.
 
Back
Top
Log in Register