BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tengku Hassanal Tegur Sikap Pemimpin "Bermusim" Menjelang Pilihan Raya

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146
88eb94889af3083e8b73866b50a2c43869fd88d132cc7

Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semasa merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-15 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini - Kredit: Pahang Media

Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini mengingatkan semua wakil rakyat di negeri ini supaya  melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan berintegriti tanpa menunggu musim pilihan raya.

Baginda juga mahu segala isu penduduk diselesaikan segera dengan wakil rakyat perlu lebih proaktif.

“Kalau perlu turun naik jabatan dan agensi, buatlah kerana Yang Berhormat semua adalah wakil dipilih oleh rakyat. Jangan sehingga masalah longkang sekolah, anjing liar, benteng pecah, tebang pokok juga sampai kepada saya.

“Bekerja bersungguh-sungguh. Jangan tunggu tahun terakhir pilihan raya baru nak tunjuk muka, baru nak buat itu dan ini,” titah baginda semasa merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-15 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Menjelang pilihan raya umum akan datang, baginda turut menyarankan semua pihak tidak memainkan isu yang boleh menggugat perpaduan, sebaliknya mengamalkan kematangan dalam berpolitik.

Titah baginda sebarang tindakan yang sengaja menimbulkan kebencian antara kaum dan agama, adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali.

“Saya mahu isu-isu 3R (kaum, agama, dan institusi diraja) ini dihentikan. Semua pihak tanpa mengira latar belakang hendaklah bertanggungjawab dalam setiap tindakan serta menjunjung tinggi nilai hormat, toleransi dan undang-undang,” titah Tengku Hassanal.

Di samping itu, baginda menasihatkan sebarang isu berkaitan pembinaan rumah ibadat sama ada di atas tanah kerajaan mahupun persendirian perlu mematuhi sepenuhnya lunas undang-undang serta peraturan telah ditetapkan.

“Janganlah bertindak ikut emosi dan tidak ada sesiapa boleh mendahului undang-undang dalam menangani perkara-perkara yang boleh menggugat keamanan dan kestabilan negeri,” titah baginda.

 
Back
Top
Log in Register