BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tengku Hassanal Tiba Untuk Ekspedisi Mahkota Borneo Di Sabah

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
c004538769d4c25fcc9f0f1ca53054986a017a7df2466

85bc2add6b53b8d56d671eee967c5dc86a017aad26913

4043484d5720074c15edfc4ffa1625396a017a89c5d2d


Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tiba di Kota Kinabalu 1.40 tengah hari ini, bagi mengetuai Ekspedisi Mahkota Borneo di Sabah bermula hari ini hingga Rabu.

Keberangkatan tiba Tengku Hassanal di Lapangan Terbang Kota Kinabalu 2 (KKIA2) disambut Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Tengku Hassanal kemudian dijadual mengadakan pertemuan bersama Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu di sini.

Baginda kemudiannya dijadual berangkat ke Kundasang dari Kota Kinabalu sekitar 3 petang.

Tengku Hassanal turut mengalu-alukan rakyat Sabah yang ingin bertemu boleh menunggu di sepanjang jalan akan dilalui baginda ke Kundasang.

Menerusi ekspedisi ini, Tengku Hassanal akan mendaki Gunung Kinabalu esok dengan diiringi pegawai dan anggota Pasukan Khas Tentera Udara Diraja Malaysia (PASKAU) serta pengiring rapat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

 
Back
Top
Log in Register