kasturi
Legendary Member

- Messages
- 13,525
- Joined
- Jul 22, 2006
- Messages
- 13,525
- Reaction score
- 3,282
- Points
- 196
10 Kerja Tak Glamour Tapi Mulia.
Semua orang tentu ada matlamat dalam kehidupannya.
Orang yang paling malang adalah mereka yang tak pernah
terfikirkan apa matlamat hdupnya. Dia hanya "mengikut kaki melangkah".
masa berlalu umur bertambah dan sepanjang hidupnya hanya mengikut sahaja apa yang terbentang padanya.
Macam lalang, dipukul angin ke kiri, lentok kiri dipukul ke kanan lentok ke kanan.
Al-Quran meletakkan matlamat yang terbaik bagi setiap insan
adalah kehidupan abadi yang selamat di akhirat kelak, itulah
sebaik-baik matlamat. Untuk mendapatkannya hendaklah manusia
menjadikan dunia ini sebagai tapak dia beramal dengan amal yang soleh.
Apabila dicuba dia bersabar dan apabila diberi nikmat dia bersyukur.
Apa saja pekerjaan yang kita buat hanyalah alat bagi meraih ganjaran.
Yang pentingnya ia dibenarkan oleh syarak dan hendaklah kita
melaksanakan sebaik mungkin. Jika kita menjadi tukang sapu
sampah, jadilah tukang sapu sampah yang terbaik didunia.
Dalam kehidupan ini banyak pekerjaan yang lansung tidak glamour
tetapi merupakan jalan mudah kita meraih ganjaran kebaikan diakhirat.
Perkara yang pasti dalam pekerjaan tidak glamour ini yang kita
dapat adalah hilangnya sifat berlagak sombong disebabkan jenis
kerja yang memang orang label tahap tak glamour.
mari kita cuba senaraikan pekerjaan-pekerjaan tersebut.
1. Kerja pembersihan tempat awam. Kerja-kerja ini termasuklah
pembuang sampah, pemotong rumput, pencuci longkang dan
sebagainya. Bayangkan betapa banyak faedah hasil dari kerja tersebut kepada orang ramai.
2. Kerja pemandu bas sekolah. Bayangkan betapa mulianya
membawa orang ramai terutamanya kanak-kanak pergi menuntut ilmu.
Berapa ramai kanak-kanak yang pernah dibawa oleh pemandu bas
sekolah kini telah menjadi manusia yang berguna hasil dari ilmu yang dituntutnya.
3. Kerja guru atau ustaz. Ini tak payah nak hurai, kalau ada
orang yang kata kerja ini tak mulia memang tahap ***** maksimum tak boleh ubati.
4. Kerja Nelayan tangkap ikan. Apa kesan kalau tak ada para
nelayan yang kadangkala menyabung nyawa menangkap ikan untuk dibekalkan pada orang ramai.
5. Kerja bercucuk tanam sebagai petani. Sayuran terbukti
salah satu makanan yang amat diperlukan untuk kesihatan tubuh badan.
begitu juga dengan buah-buahan, ia mampu meningkatkan tahap ketahanan badan melawan penyakit.
6. Kerja sebagai pasukan penyelamat seperti bomba. Ramai yang
pernah mendapatkan pertolongan pasukan bomba tentu amat menghargai mereka.
7. Kerja penggali kubur. Kerja yang tak ramai orang mahu buat
tapi kalau tak ada mereka kacau juga jadinya.
8. Kerja siak masjid. Masjid yang bersih teratur selalu
mendamaikan mereka yang mahu beribadat di sana, tapi tak ramai
yang sedar sumbangan siak dalam semua kerja tersebut.
9. Peniaga atau saudagar. Mereka bertungkus lumus menawarkan
khidmat atau barangan kemahiran mereka untuk kegunaan orang ramai.
Peniaga yang jujur dan berusaha melepaskan keperluan orang lain
amat banyak ganjarannya. Kita tak masukkan para kontraktor dan
pembelasah duit rakyat untuk kepentingan tembolok mereka dalam kategori ini.
10. Kerja kejururawatan. Majoriti daripada tugasan merawat
pesakit dilakukan oleh para jururawat ini. Merekalah yang
menahan segala kerenah pesakit. Membasuh darah, muntah dan
lain-lain demi kesihatan pesakit.
Ada banyak lagi yang boleh kita fikirkan dalam kategori yang sama.
Asal semua kerja adalah mulia jika dilaksanakan dengan hasrat melepaskan keperluan orang ramai yang memerlukannya.
Kerjalah dengan ikhlas dan berikan yang terbaik.
Keuntungan sentiasa akan mengekori mereka jujur.
Setakat nak lepas keperluan hidup dan menyara anak bini pasti Allah cukupkan.
sumber