BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

10,000 Onde-Onde Hasilkan Replika Jalur Gemilang Raksasa Di Gua Musang

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
418de46e9f072e599dbafc214cb2918868ad7dca9aa32

971eeec3ed1554a6198681348df4ced468ad7dbd0c3f6

fc515ecb7a59eefe4b1ee24ed889dc2d68ad7db083c85

756b668fe52e9b6bde1ce9303b21da2268ad7da02e1d3


Sebanyak 10,000 biji kuih onde-onde yang digunakan bagi menghasilkan sebuah replika Jalur Gemilang berukuran 41 meter, antara kelainan menarik ditonjolkan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68 di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Chalil di sini.

Lebih istimewa, kuih tradisional itu disusun di dalam 68 talam, simbolik kepada 68 tahun sambutan Hari Kebangsaan.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Chalil Padzluddin Hamid berkata replika unik itu dihasilkan oleh 60 pramusaji terdiri daripada ibu bapa murid sekolah berkenaan bermula 12 tengah malam semalam sehingga 5 pagi tadi.

Beliau berkata onde-onde dipilih kerana ia pemanis mulut tradisional yang mudah dibentuk dan sesuai dijadikan bahan utama bagi merealisasikan Jalur Gemilang ini.

“Alhamdulillah, semangat kesepaduan antara penduduk amat jelas kerana proses penghasilan replika dilakukan secara bergotong-royong,” katanya pada program Cetusan Jiwa, Semarak Merdeka di SK Chalil di sini hari ini.

Sementara itu, seorang peserta Nur Sufiyyah Mohd Sukri, 29, berkata dia bersemangat menyahut cabaran itu meskipun tidak berpengalaman membuat kuih.

“Saya mendapat bantuan daripada ibu serta adik-beradik lain untuk menghasilkan 560 biji onde-onde berwarna merah. Kami berjaga sehingga awal pagi bagi memastikan bilangannya mencukupi. Cabaran paling besar adalah memastikan kuih dihasilkan sama saiz kerana adakalanya ia pecah atau tidak menjadi,” katanya.

Seorang lagi peserta, Zazila Mat Yaacob, 45, berkata penghasilan Jalur Gemilang secara berkumpulan itu bukan sahaja menyemarakkan sambutan, malah memupuk semangat patriotisme merentasi generasi.

“Selain pembuatan kuih, pelbagai aktiviti lain turut dianjurkan hari ini seperti pertandingan hiasan basikal, busana kreatif serta pembuatan kuih tradisional melibatkan peserta daripada kanak-kanak hingga dewasa.

 
Back
Top
Log in Register