balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Kuala Lumpur: “Raya tahun ini disambut dengan rasa sedih oleh keluarga kami kerana kejadian yang menimpa adik ipar,” kata kakak ipar kepada Badariah Hussin, 44, yang mati selepas ditikam sebanyak empat kali dalam kejadian di Sunway Batu Caves, di sini, kelmarin.
Wanita berusia 50-an itu yang enggan dikenali berkata, sepatutnya mangsa yang bekerja di hotel di Genting Highlands itu pulang beraya di Lanchang, Pahang sebelum ditemui mati di dalam bilik sewanya kira-kira jam 5 petang.
“Hasil bedah siasat mendapati adik ipar saya menerima empat tikaman di bahagian badan termasuk masing-masing satu di paha dan jantung serta dua di hati.
“Saya tidak menyangka kejadian sebegini dialami adik ipar kerana dia seorang yang baik dan tidak pernah ada masalah dengan sesiapa terutama ahli keluarga,” katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur di sini, semalam.
sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/1tusukandijantung//Article