BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

1.7 Juta Rakyat Malaysia Muat Turun Aplikasi VSP

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
e3849736cfb566cd2f18d2b352ddb6b768f9847dd5321

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri

Sebanyak 1.7 juta rakyat Malaysia telah mendaftar menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) dan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman menyasarkan angka itu terus meningkat bagi memperkukuh usaha pencegahan jenayah.

Pengarah JPJKK Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata peningkatan penggunaan aplikasi yang dibangunkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu amat penting kerana ia memberi banyak manfaat dari segi pemantauan serta meringankan tugas semua pihak.

Beliau berkata peranan aplikasi itu menjadi lebih ketara menjelang musim perayaan seperti Aidilfitri apabila ramai pulang ke kampung dan meninggalkan rumah tidak berpenghuni.

"Aplikasi VSP memudahkan orang awam menyalurkan maklumat terus kepada pihak polis tanpa perlu hadir ke balai atau menghubungi bilik gerakan.

"Setakat ini, 1.7 juta orang telah mendaftar di seluruh negara. Kita mahu angka ini terus bertambah kerana lebih ramai menggunakan VSP, lebih berkesan rondaan dan pemantauan dapat dijalankan,” katanya kepada pemberita selepas Program Jelajah Ramadan JPJKK di sini hari ini.

Mohd Yusri berkata melalui aplikasi itu, pengguna hanya perlu mengisi maklumat seperti nama, alamat, tempoh meninggalkan rumah dan nombor telefon untuk tindakan lanjut pihak polis.

Beliau berkata maklumat tersebut akan disalurkan kepada Pusat Kawalan Daerah (DCC) atau Pusat Kawalan Kontinjen (CCC) bagi membolehkan rondaan berkala dilaksanakan di kawasan kediaman yang ditinggalkan.

Katanya sistem itu juga memudahkan polis menyusun jadual rondaan secara tersusun mengikut zon serta memberi tumpuan kepada kawasan yang dikenal pasti sebagai ‘hotspot’ atau ‘blackspot’ jenayah.

“Pendekatan ini membantu menutup ruang dan peluang penjenayah, khususnya kes pecah rumah yang lazimnya meningkat ketika musim perayaan,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register