BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Orang Ramai Diseru Muat Turun Aplikasi Sistem MyNIISe - Exco

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,700
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,700
Reaction score
97
Points
80
7704d99e181478886245c862bc4dd5d468da22741a847

Kredit: FB Fazli Salleh

Kerajaan Johor menyeru orang ramai termasuk pelawat asing supaya memuat turun aplikasi Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (MyNIISe) bagi melancarkan proses kemasukan dan pelepasan imigresen di pintu masuk negara.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata tinjauannya di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) hari ini mendapati masih ramai pengguna belum mendapat maklumat mengenai sistem berkenaan.

“Di kaunter kereta, meskipun kemudahan sistem kod QR telah disediakan di enam kaunter masuk dan keluar, saya dapati masih ada pengguna yang belum mengetahui perkara ini.

“Justeru, saya menyeru semua yang kerap berulang-alik dari Johor ke Singapura agar mendaftar MyNIISe kerana penggunaan kod QR ini akan diperluaskan ke semua kaunter pintu sempadan dalam masa terdekat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memulakan percubaan sistem itu di KSAB dan Bangunan Sultan Iskandar (BSI) bermula 22 Sept lalu hingga 28 Feb tahun depan. Sepanjang tempoh percubaan, sistem kod QR dan aplikasi MyBorderPass sedia ada masih diteruskan.

Sistem NIISe merupakan antara inisiatif utama di bawah agenda reformasi kerajaan, dengan pelaksanaannya dipercepat daripada jadual asal iaitu Mac 2026. Aplikasi berkenaan kini boleh dimuat turun melalui Apple App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery.

Pada masa sama, Mohamad Fazli berkata beliau turut meninjau kemajuan kerja pemasangan lapan mesin pengecaman wajah (FR) dan kod QR (empat unit masuk, empat unit keluar) bagi menggantikan peralatan lama yang telah rosak.

“Mesin ini akan berfungsi sama seperti MyBorderPass tetapi menggunakan aplikasi MyNIISe. Insya-Allah, peralatan ini akan mula diuji pada pertengahan bulan depan sebelum diperluaskan ke semua kaunter motosikal di KSAB dan BSI,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register