BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lebih 900,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi eCOSS

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146
fa8018ceceddd91c23d86ad1321d5cda691c80e1cd93c

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr Fuziah Salleh menjawab soalan ketika Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat Majlis Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini.
-- fotoBERNAMA (2025) HAKCIPTA TERPELIHARA


Sebanyak 928,037 pengguna telah memuat turun dan menggunakan aplikasi Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) sejak ia dilancarkan Ogos lepas, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Dr Fuziah Salleh.

Beliau berkata peluasan penggunaan sistem itu daripada pengeluaran hingga ke peringkat pengguna akhir menyumbang kepada pengawalan ketirisan minyak masak paket bersubsidi daripada berlaku.

"Sebelum ini, kita hanya ada sistem eCOSS daripada kilang kepada pemborong dan peruncit… kita terhenti di peringkat peruncit kerana sistem itu berhenti di situ... oleh kerana itu, banyak yang mengambil kesempatan.

"Dengan adanya eCOSS, kita sudahpun sampai ke peringkat pengguna… kita dapati ketirisan itu dapat kita bendung kerana setiap pembelian mesti dicatat di dalam eCOSS," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.

Fuziah berkata aplikasi itu mewajibkan pengguna mengimbas kad pengenalan ketika melakukan pembelian sekali gus membolehkan minyak masak paket bersubsidi disalurkan kepada golongan sasar.

Dewan Rakyat kemudian meluluskan anggaran perbelanjaan mengurus dan pembangunan berjumlah RM2,150,713,800 bagi kementerian itu dalam Belanjawan 2026, dengan lebih suara bersetuju.

Persidangan bersambung esok.

 
Back
Top
Log in Register