BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lebih 12,000 Pengguna Di Melaka Daftar Aplikasi eCOSS Beli Minyak Masak Paket Subsidi

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146
7a7ec213203a249a18c8b283b5fc6eee69182d29472a6

e4a2ff3e611d6fe1d792ed85f27f527969182d5cc00d1

Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Melaka Allex Seah Shoo Chin (dua, kiri) menunjukkan Sistem Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) di Melaka yang dimuat turun dalam telefon pintar bagi pembelian minyak masak paket bersubsidi pada Ekspedisi Dua Roda Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) dan Pelaksanaan Aplikasi eCOSS Mobil di sebuah pasar raya di Cheng di sini hari ini.

Sebanyak 12,722 pengguna di Melaka telah mendaftar eCOSS di telefon pintar apabila penggunaannya mula dilaksanakan di negeri itu sejak Ogos hingga Okt lepas.
Turut hadir Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka Dr Mohd Hazimin Jamaludin (dua kanan).

--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Sebanyak 12,722 pengguna telah mendaftar Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) di telefon pintar apabila penggunaannya mula dilaksanakan di Melaka sejak Ogos hingga Okt lepas.

Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Allex Seah Shoo Chin berkata berdasarkan rekod, sebanyak 1,608 pengguna memuat turun aplikasi eCOSS dan berjaya membeli minyak masak paket bersubsidi pada Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) bergerak di sekitar negeri itu.

“Pada September lepas pula, jumlah pengguna yang membuat turun aplikasi itu adalah 5,200, manakala 5,914 pada Oktober.

“Pembelian minyak masak bersubsidi di Melaka menggunakan aplikasi eCOSS mula dilaksanakan di PJRM sekitar negeri ini sebelum diperluaskan ke pasar raya, kedai runcit serta rangkaian peruncit jualan lain dengan jumlah pengguna memuat turun aplikasi itu dijangka meningkat setiap bulan,” katanya kepada pemberita di sebuah pasar raya di Cheng hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Ekspedisi Dua Roda PJRM dan Pelaksanaan Aplikasi Mobil eCOSS yang turut dihadiri Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka Dr Mohd Hazimin Jamaludin.

Seah berkata aplikasi eCOSS digunakan secara menyeluruh di Melaka namun setakat ini, penggunaannya tidak diwajibkan atau dikuatkuasakan bagi membolehkan pengguna membeli minyak masak paket bersubsidi.

Beliau bagaimanapun berkata pengguna digalakkan berbuat demikian bagi memudahkan pembelian serta membantu mengekang ketirisan dan penyeludupan barangan kawalan berkenaan.

Menurut Seah, pengguna yang tidak memuat turun aplikasi itu dalam telefon pintar mereka atau tidak mempunyai kemudahan telefon pintar masih boleh membeli minyak masak secara pendaftaran manual melalui buku log yang disediakan oleh pihak pasar raya.

Dalam pada itu, Seah berkata maklum balas daripada peniaga atau pemain industri terhadap penggunaan aplikasi itu adalah positif dan rata-rata mereka menyambut baik usaha berkenaan yang dilihat membantu penjualan minyak masak paket bersubsidi secara lebih sistematik dan bekalan mencukupi serta memudahkan kawalan jualan di pasar raya mereka.

 
Back
Top
Log in Register