BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ECOSS: Tiada Aduan Bekalan Minyak Masak Subsidi Di Johor Tahun Lepas

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,183
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,183
Reaction score
346
Points
141
d1216bc80299ae2c7a43e884b3f11bdb67dd60769a0a2

Fuziah Salleh

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tidak menerima sebarang aduan berhubung kekurangan bekalan minyak masak peket bersubsidi susulan Pelaksanaan Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) di Johor tahun lepas.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Dr Fuziah Salleh berkata mekanisme itu memastikan hanya warga tempatan menikmati subsidi yang ditanggung kerajaan.

“Dengan adanya eCOSS, (minyak masak bersubsidi) sampai kepada pengguna dan kita dapati tiada lagi aduan berkenaan ketiadaan minyak masak peket (selain) kita kekang daripada orang bukan warganegara membelinya,” katanya pada sidang media selepas sesi walkabout di sebuah pasar raya di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah KPDN Johor Lilis Saslinda Pornomo.

Fuziah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keberkesanan eCOSS setakat ini.

Beliau berkata 486,000 pengguna direkod menggunakan sistem berkenaan di Johor, sementara di seluruh Malaysia pula dianggar sebanyak tiga juta pengguna.

Katanya terdapat 69 premis Point of Sales (POS) di negeri ini dengan 1,030 tan kuota minyak masak peket bersubsidi diperuntukkan dan setakat ini, 8.2 juta transaksi jualan minyak masak peket bersubsidi telah direkodkan melalui eCOSS di Johor.

Dalam pada itu, Fuziah berkata KPDN komited dalam memastikan tiada ketirisan berlaku di peringkat pemborong dengan mengambil tindakan menyenarai hitam pemborong yang didapati tidak mematuhi peraturan termasuk memasukkan jumlah bekalan minyak masak di dalam sistem tersebut.

“Kementerian akan terus komited memperkukuh mekanisme pemantauan serta memperluas penggunaan teknologi digital dan tidak berkompromi terhadap sebarang bentuk penyelewengan dalam penyaluran subsidi,” katanya.

 
ada yang tahu ke berapa limit ecoss ni...3paket seminggu atau sehari unlimited.
Bole beli hari² tp limit 3 paket sahaja...
Ade sesetengah kedai runcit limitkan cuma bole beli 2 paket je...
 
Back
Top
Log in Register