BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Polong tak best? ‘Come on’ selera orang berbeza-beza’

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40

‘Polong tak best? ‘Come on’ selera orang berbeza-beza’​

umi-aida.jpeg

Umie Aida berharap orang ramai tidak mudah terpengaruh dengan komen negatif tehadap filem Polong sebaliknya menonton nakshah itu kerana selera setiap orang tidak sama.

"‘Polong tak best? ‘Come on’ selera orang berbeza-beza’" PETALING JAYA – Dilabel sebagai naskhah sampah, pelakon Datin Seri Umie Aida meminta orang ramai menonton dahulu filem seram, Polong sebelum membuat sebarang kesimpulan.

Umie atau nama penuhnya Umi Khalsum Rahmad Ali, 53, berkata, setiap individu mempunyai minat dan jangkaan yang berbeza untuk sesebuah karya dan tidak perlu membanding-bandingkan dengan selera orang lain.

“Cerita Polong tak ‘best’?

“‘Come on’, setiap orang berbeza-beza selera. Jangan terpedaya dengan orang yang cakap tidak ‘best’.

“Kena tengok sendiri, mungkin mengikut selera anda, yang pasti kalian akan terkejut,” katanya dalam Threads.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai respons yang rata-ratanya bersetuju Polong merupakan naskhah seram yang bagus.

“Tak sempat nak masuk popcorn dalam mulut, asyik terkejut saja.

“Siapa yang kata tidak bagus? Bagi saya jalan cerita Polong sangat bagus,” komen netizen.

Semalam, salah seorang pelakon filem Polong iaitu Mimi Lana menyelar tindakan segelintir pihak yang seolah-olah merendahkan usaha keras tenaga kerja industri apabila melabel naskhah tersebut sebagai sampah.

Mimi berkata, perbezaan cita rasa adalah lumrah, namun masih wujud golongan penonton lain yang menghargai dan menikmati karya tersebut.

Filem Polong arahan Zulkarnain Azhar memulakan tayangannya di pawagam seluruh Malaysia sejak semalam.

Selain Mimi, filem bergenre seram tersebut turut dibintangi Jun lojong, Fad Anuar, Nadiya Nissa dan Nam Ron. – KOSMO! ONLINE

==============================

Alaa malas2 la nak gaduh pasal cita seram ni. Selera org kan lain2. Upah popcorn sambil scroll IG Umie Aida baru2 ni, sheols rilek je, happy dgn life dia. Ada yg kutuk pun dia steady je! 😆

 
Back
Top
Log in Register