BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Mentua tak salah, saya yang tak rupa orang’

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
IMG_20260408_192158.jpg


"‘Mentua tak salah, saya yang tak rupa orang’" KUALA LUMPUR – Tiada niat memalukan mentua, penyanyi Naqiu mengakui pendedahan mengenai sikap dingin wanita dihormatinya itu di awal perkahwinan dengan isteri, Hanisah Zuhari hanya motivasi kepada individu lain agar terus cuba memenangi hati keluarga mentua.

Naqiu atau nama lengkapnya, Wan Naqiuddin Mohd Najib, 39, berkata mana-mana pasangan yang berhadapan situasi sama boleh menjadikan kisahnya sebagai inspirasi apabila kini bukan hanya diterima, malah menjadi menantu kesayangan.

“Apa yang saya kongsikan dalam program audio siar itu bukan mahu membuka aib sesiapa apatah lagi ibu mentua yang saya hormati. Perkongsian tersebut diharap jadi panduan.

“Bukan mudah tidak diterima keluarga mentua. Saya cuma nak kongsi cabaran yang menjadikan saya manusia seperti hari ini. Kalau nak diterima, kita kena berusaha. Itulah yang saya mahu fahamkan. Tiada niat ajak orang lain jadi tanggang moden.

“Perkongsian itu juga boleh suntik semangat lelaki lain untuk berusaha memenangi hati mentua. Jangan mudah putus asa dan sekarang hubungan kami sangat rapat. Saya jadi menantu kesayangan,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran single terbaharu Azmi Saat, Satu di Red Box Karaoke, The Gardens di sini, semalam.

Naqiu juga komposer bagi dendangan terbabit turut menyatakan ibu mentuanya tidak bermasam muka apabila kisah 16 tahun lalu itu didedahkan kepada umum.

“Apabila kami berjumpa pada hari raya baru-baru ini, ibu mentua saya sempat berseloroh fasal pendedahan di program audio siar tersebut.

“Saya tahu dia ikhlas dan terbuka. Alhamdulillah, sudah lama pun hubungan kami baik. Dalam hal itu dia tak bersalah pun. Semuanya sebab saya sendiri yang ketika itu tak rupa orang.

“Kalau siapa nak tahu, sebelum buat comeback, rupa saya memang tak macam orang normal. Siapa nak jadikan menantu. Kita nak jadi menantu orang kenalah jadi manusia,” jelasnya.

Terdahulu, perkahwinan vokalis kumpulan Boboy dengan Hanisah pada Januari 2010 diserikan dengan enam anak lingkungan usia 14 tahun sehingga tiga tahun. – KOSMO! ONLINE

==============================

Ala, Naqiu ni kan suka2 je kongsi cerita. Tapi best jugak tau, tengok dia skang ni mcm okay je dgn mentua. Kat IG pun asyik post family, happy je nampak. Jangan give up sape2 yg ada prob dgn mentua okay! 🙃✨

 
Back
Top
Log in Register