BTC USD 75,896.9 Gold USD 4,326.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Banyak keburukan, wanita lebih baik tidak menyanyi’

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40

‘Banyak keburukan, wanita lebih baik tidak menyanyi’​

ADNIN-1.jpg

USTAZ Adnin (tengah) berpegang prinsipnya tidak melihat nyanyian penyanyi wanita sebagai satu perkara yang membawa lebih banyak kebaikan.

'Banyak keburukan, wanita lebih baik tidak menyanyi’" SHAH ALAM – Pengasas Tarbiah Sentap juga penggiat muzik nasyid, Ustaz Adnin Roslan menegaskan bahawa pihaknya tidak akan mengambil mana-mana penyanyi wanita untuk bernaung di bawah syarikatnya.

Menurut Adnin atau nama lengkapnya Ahmad Adnin Datuk Haji Roslan, 33, keputusan tersebut diambil kerana dia berpegang teguh kepada pandangan sesetengah ulama yang tidak menyarankan golongan wanita menyanyi secara terbuka.

“Saya tidak akan mengambil artis wanita sebab saya berpandangan wanita lebih baik tidak menyanyi.

“Saya berpegang pada pandangan ulama tertentu, kalau ada pandangan yang berbeza daripada ulama lain, terpulang tapi saya pilih jalan yang lebih selamat,” katanya pada sidang media Nasyid Friday yang diadakan di Ruang Shah Alam, semalam.

Pada masa sama, pelantun lagu Seni Berdamai Dengan Takdir itu berpendapat kehadiran penyanyi wanita sering kali mengalih fokus penonton terutamanya lelaki kepada rupa paras berbanding mesej yang ingin disampaikan.

“Bagi saya yang lebih dekat dengan taqwa, perempuan tidak menyanyi di khalayak ramai sebab bila wanita menyanyi, orang akan fokus pada nyanyian atau kecantikan?

“Terutamanya lelaki akan puji cantik solekannya. Akhirnya lebih banyak keburukan tersebar berbanding manfaat jadi bagi saya, lebih dekat dengan taqwa, wanita tidak digalakkan menyanyi.

“Tapi kalau ada pandangan lain, saya perlu baca dan kalau ada hujah yang okey, saya menghormati hujah itu,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, perkara tersebut turut diaplikasikan dalam pengurusan syarikatnya di mana majoriti pekerjanya terdiri daripada golongan lelaki, manakala pekerja wanita pula diminta bertugas dari rumah.

“Saya hanya ambil lelaki sahaja. Demi menjaga diri saya. Pekerja saya semua lelaki, ada dua sahaja perempuan. Itu pun saya suruh mereka bekerja dari rumah tapi gaji mereka tinggi,” katanya.

Adnin juga menegaskan bahawa studionya tidak menerima mana-mana wanita untuk melakukan rakaman lagu.

Sementara itu, Adnin mewujudkan program Nasyid Friday untuk membangunkan kembali industri nasyid dalam dunia seni.

Menerusi projek tersebut, sebuah lagu nasyid baharu akan dihasilkan pada setiap hari Jumaat bermula Jun depan sehinggalah Januari 2027.

Penyanyi dan kumpulan yang akan terlibat adalah artis Tarbiah Sentap seperti Adnin, Aniq Muhai, Aswan Anwar, One Path, Rabithah, Fetya, The Truth dan Autotune Band.

==============================

Ntah laa.. mcm susah sgt ke nk bagi ruang wanita nyanyi? Kat IG nampak makin rajin jaga imej, pelan2 syg, jgn serious2 sgt! Lelaki pun ada jgk yg fokus rupa bukan kiranya. 🙄🤷‍♀️

 
Back
Top
Log in Register