BTC USD 75,649.4 Gold USD 4,330.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Doa, kata-kata awak sumpah sangat tidak baik Kila’

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40

‘Doa, kata-kata awak sumpah sangat tidak baik Kila’​

TOK-SIDANG.jpg

PENERBIT popular, Jinggo tampil menegur sikap selebriti yang mendoakan kecelakaan orang lain secara terbuka dalam media sosial, apatah lagi akibat salah faham adalah sangat tidak wajar.

‘Doa, kata-kata awak sumpah sangat tidak baik Kila’ PETALING JAYA – Ketika ramai rancak berdebat isu kematian seekor anjing bernama Rocky dalam satu operasi di Klang, Selangor, penerbit dan pengarah Jinggo tampil menegur sikap segelintir golongan selebriti yang bertindak melulu mengeluarkan kata-kata kesat dan berbaur kebencian melampau terhadap individu lain tanpa usul periksa dalam media sosial.

Popular dengan nama jolokan Tok Sidang, menurut Jinggo, berasa kasihan terhadap binatang yang teraniaya adalah perbuatan terpuji namun melemparkan sumpah-seranah beserta doa kecelakaan adalah sesuatu yang tidak harus dijadikan amalan dalam kehidupan.

“Bersimpati pada binatang itu bagus ya semua.

“Namun, doa dan kata-kata awak sumpah sangat tidak baik KilaFairy,” katanya dalam satu hantaran Threads.

Ujarnya, nasihat tersebut disuarakan sebagai individu lebih berusia dan meminta Kila tidak terasa hati mengenainya.

“Ini nasihat orang tua, jangan ambil hati ya,” katanya lagi.

Rata-rata netizen dalam ruangan komen menyokong perkara yang disuarakan suami kepada pelakon Sheila Rusly itu.

Dalam masa sama, mereka juga menuntut Kila memadam hantaran berbaur kebencian terhadap seorang petugas penguatkuasaan yang terlibat dalam operasi penangkapan anjing liar dan Rocky di Taman Teluk Gedung Indah kelmarin.

“Takutnya kalau doa yang tidak elok itu berbalik kepada diri sendiri.

“Kalau sudah faham situasi menyeluruh, tolong buat kenyataan permohonan maaf segera.

“Terpaling, jenis tak baca kronologi kes,” komen netizen.

Semalam, Kila antara selebriti yang lantang bersuara mengenai isu kematian Rocky selain mengundang perhatian apabila mendoakan salah seorang individu yang terlibat dalam operasi penangkapan anjing liar ditimpa musibah.

“Hati saya hancur untuk Rocky dan tuannya.

“Semoga awak masuk neraka. Awak membunuh haiwan peliharaan seseorang. Semoga satu keluarga kau ditimpa bala,” tulisnya.

Bukan sahaja Kila, seorang lagi selebriti tanah air yang menyerlahkan sikap dangkal berhubung isu anjing sama adalah Atikah Suhaime, namun setelah teruk dikecam gara-gara salah faham, ibu anak satu itu kemudian membuat ‘u-turn’ dengan satu permohonan maaf mengakui kebodohan sendiri. – KOSMO! ONLINE

==============================

Duh Kila ni, macam suka2 nak jadi keyboard warrior. Memang sedih dgn anjing tu, tapi malas2 nak doakan benda bukan2 kat org. Tengok IG dia asyik posting happy2 je, pelik la kan. 🙄

 
Back
Top
Log in Register