BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Anwar kalau buat judi di Kedah, hang memang celaka, pelaq’

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

‘Anwar kalau buat judi di Kedah, hang memang celaka, pelaq’​

fb81fe4f7cfba77fc76d8ce529a8fc46.jpg

007ecb1159ee7ebbeea3be253314a9f5.jpg

cb7c9f4f88060e1ca36771d4095bc1ad.jpeg

Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan dimaki oleh rakyat Kedah jika dia membenarkan aktiviti perjudian disambung semula di negeri itu, demikian amaran Menteri Besar Sanusi Md Nor.

Dia berkata kerajaan negeri sudah melakukan apa yang terdaya untuk menghalang aktiviti berkenaan apabila melaksanakan larangan menyeluruh terhadap premis perjudian dan loteri di negeri itu.

Bagaimanapun, larangan yang dikuatkuasakan pada 2023 itu dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan melalui keputusan pada 12 Ogos.

Susulan itu, keputusan kini berada di tangan Anwar, yang juga memegang portfolio menteri kewangan, kata Sanusi.

“Maka bola berada di tangan menteri kewangan yang namanya semua tuan-tuan tahu dah–hang nak lulus ka hang tak lulus?

“Kalau hang lulus hang memang celaka bagi orang Kedah. Kita nak kata apa lagi?

“Orang Kedah akan mencelakakan hang kerana hang lulus. Bahasa kedah kata pelaq,” katanya dalam loghat Kedah dalam ucapan di Alor Setar, malam tadi.

Sesi tersebut dianjurkan oleh badan penerangan kerajaan negeri Kedah, Urus Setia Penerangan Darul Aman, bagi menjelaskan situasi selepas keputusan mahkamah berkenaan.

Dalam ucapannya, pemimpin pusat PAS itu turut menyeru rakyat Kedah mendoakan balasan Tuhan terhadap pihak yang didakwa berada di belakang cabaran undang-undang terhadap larangan perjudian di Kedah.

Sanusi malah mendakwa dia mengetahui identiti “tauke” yang didakwa membiayai tindakan mahkamah itu dan berkata dia mendedahkannya apabila tiba masa.

“Tuan-tuan doa la bagi dia pecah perut. La ni (sekarang) tak boleh sebut, kes mahkamah tak selesai lagi.

“Kita akan berdoa tiap-tiap hari, sebut nama dia bagi Tuhan bagi dia pecah perut. Boleh ka lagu tu? Kita boleh (buat) pasal hang jahat.

“Dah kami tak terdaya dah. Oleh kerana hang kaya, dunia ini siapa kaya dia ada kuasa dan orang ada kuasa bergantung di kaki-kaki orang kaya,” katanya.

Sanusi berkata perjudian ialah satu lagi masalah yang dibawa oleh British dan migran Cina pada tahun 1900-an selepas candu.

Menurutnya, pelesenan aktiviti candu dan perjudian oleh British hanya memberi manfaat kepada kuasa penjajah dan tauke Cina, manakala mangsanya ialah rakyat biasa, termasuk orang Melayu dan Cina.

Pada 12 Ogos, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan majoriti Mahkamah Rayuan yang mendapati dasar Kedah enggan memperbaharui lesen perniagaan berkaitan perjudian adalah melanggar perlembagaan kerana menceroboh kuasa persekutuan.

Keputusan itu sekali gus menghentikan usaha undang-undang kerajaan Kedah untuk menguatkuasakan larangan menyeluruh terhadap premis perjudian dan loteri di negeri berkenaan.

Ada Melayu yang pergi pusat judi tu..

yang berjudi nombor ni ramai yang ketagih.

Tak kira la melayu cina ke. ketagihan judi ni susah nak kawal.

Judi nombor ni penyakit. membuatkan orang yang miskin bertambah miskin.

Tahi judi ni sampai mampus diorang berharap menang judi.

tengok je la kertas judi tu.

Aduh! sikit je lagi nak kena!

kena kepalabana dia lah.
 
Last edited:
Dalam ucapannya, pemimpin pusat PAS itu turut menyeru rakyat Kedah mendoakan balasan Tuhan terhadap pihak yang didakwa berada di belakang cabaran undang-undang terhadap larangan perjudian di Kedah.

Bagus Sanusi ni.

Harap-harap rakyat Kedah membuat saranan Sanusi.

Apa-apa pun kita harap yang terbaik dan kedah bebas dari judi.

Kalau saya jadi sanusi, saya sarankan juga doa untuk walanon yang menyokong judi mendapat siksaan dunia akhirat,

Doakan semoga di dunia walanon2 penyokong judi mendapat penyakit, kemalangan, dan kematian. dan doakan di alam barzakh walanon2 diseksa dan selepas itu dicampakkan ke neraka dibakar buat selamanya.
 
Last edited:
Negeri-negeri di Malaysia termasuk Kedah sudah merdeka.

Apakah Kedah masih lagi dijajah?

Agama Islam pun tak memaksa orang masuk agama Islam.

Tapi kenapa walanon boleh memaksa melakukan perjudian di negeri majoriti Islam?

Kekerasan walanon mesti dibalas dengan kekerasan.

Doakan kehancuran walanon2 sekiranya kes judi ni menemui jalan buntu.

Apa saja caranya, minta kepada Allah, supaya dihancurkan semua walanon di malaysia, seorang demi seorang, dan jangan ditinggalkan seorang pun.

Dalam beribu-ribu orang yang berdoa, mudah-mudahan ada yang doanya makbul.

Kita tak nak ada munafik di Malaysia ni.

Biar mampus semua munafik.

Tapi itu pendapat saya secara individu. Saranan Sanusi tu dah cukup baik kalau taknak doakan semua walanon di Malaysia ni. Doakan kehancuran hanya kepada orang2 yang terlibat di belakang kes judi ni.
 
Ini negara centralized dah bang jedi. Semua negeri kena ikut cakap kerajaan persekutuan.
 
Dalam ucapannya, pemimpin pusat PAS itu turut menyeru rakyat Kedah mendoakan balasan Tuhan terhadap pihak yang didakwa berada di belakang cabaran undang-undang terhadap larangan perjudian di Kedah.

Bagus Sanusi ni.

Harap-harap rakyat Kedah membuat saranan Sanusi.

Apa-apa pun kita harap yang terbaik dan kedah bebas dari judi.

Kalau saya jadi sanusi, saya sarankan juga doa untuk walanon yang menyokong judi mendapat siksaan dunia akhirat,

Doakan semoga di dunia walanon2 penyokong judi mendapat penyakit, kemalangan, dan kematian. dan doakan di alam barzakh walanon2 diseksa dan selepas itu dicampakkan ke neraka dibakar buat selamanya.

kenape arak ade jual lg kat langkawi?
Sape yg nak kene seksa? Sanusi? Mp langkawi, org langkawi? 🤣
 
Back
Top
Log in Register