BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar Kesal Serangan Sanusi, Tegas Tidak Pinggir Pembangunan Kedah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Anwar Kesal Serangan Sanusi, Tegas Tidak Pinggir Pembangunan Kedah​

4f790b30818fa91467f32a64034ca2bb6a5109671a3ab

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, Nor Hafiz Roslan (empat,kiri) dan DUN Layang - Layang, Guna Balakrishnan (dua,kiri) ketika hadir pada Grand Finale DUN Layang- Layang sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melahirkan rasa kesal terhadap tindakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang terus melemparkan serangan politik terhadap beliau meskipun Kerajaan Persekutuan giat mengusahakan pembangunan di negeri itu.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menyifatkan serangan berkenaan sebagai tidak wajar kerana beliau sentiasa berusaha keras merancakkan agenda pembangunan di Kedah demi manfaat rakyat secara keseluruhan.

"Saya baca di media, Menteri Besar Kedah ada di Johor dan 'hentam' saya... saya pergi Kedah, dahlah dia tidak datang, kita pula bawa Perdana Menteri Thailand ke sana (Bukit Kayu Hitam), bukan di Kuala Lumpur tapi di 'ulu' sana," katanya ketika berucap pada Program Grand Finale PH Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang di sini malam ini.

Beliau berkata inisiatif membawa Anutin Charnvirakul ke Bukit Kayu Hitam itu bertujuan merasmikan jajaran jalan baharu sebagai strategi meningkatkan ekonomi sempadan sekali gus menjamin kebajikan rakyat Perlis dan Kedah.

Anwar berkata beliau tidak akan meminggirkan mana-mana negeri meskipun ditadbir oleh pihak pembangkang kerana tanggungjawab utamanya ialah kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Padahal Kedah itu PAS, negeri yang PAS menang tapi saya tidak fikir begitu... saya fikir tanggungjawab saya... saya ingin bantu rakyat saya, saya ingin bantu Malaysia,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Muhammad Sanusi menyindir Perdana Menteri dengan mendakwa beliau seolah-olah menganggap semua negeri bergantung kepada Kerajaan Persekutuan selepas memperoleh kuasa mentadbir negara.

Anwar dan Anutin hari ini menyempurnakan majlis perasmian pembukaan jajaran jalan baharu yang menghubungkan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam dengan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sadao, Thailand.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri berkata kerajaan bercadang meningkatkan kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sekiranya pentadbiran Persekutuan kekal stabil dan PH terus mendapat mandat rakyat.

 
Back
Top
Log in Register