Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,763
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,763
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
AMK Kesal Bahasa Kesat Sanusi, Tegas Isu Judi Perlu Ikut Undang-undang
Dr Mohammed Taufiq Johari
Angkatan Muda Keadilan (AMK) menegaskan isu berkaitan premis perjudian perlu ditangani berlandaskan undang-undang dan tidak sepatutnya dijadikan modal politik untuk menunggang sentimen serta emosi rakyat.
Naib Ketua AMK merangkap Ahli Parlimen Sungai Petani Dr Mohammed Taufiq Johari berkata pihaknya kesal dengan penggunaan bahasa kesat oleh Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketika mengulas isu tersebut.
“AMK amat kesal dengan laras bahasa kesat seperti ‘celaka’ dan ‘pelaq’ yang digunakan oleh Menteri Besar Kedah berhubung isu premis perjudian.
“Tindakan dan caci maki tersebut hakikatnya bukan sekadar serangan terhadap Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) malah juga jelas merupakan satu penghinaan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan dan kemuliaan Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata isu tersebut bukan soal sama ada Perdana Menteri dalam kapasiti beliau sebagai Menteri Kewangan, mahu atau tidak meluluskan perjudian, sebaliknya membabitkan soal pematuhan terhadap undang-undang.
Mohammed Taufiq yang juga Menteri Belia dan Sukan itu berkata Mahkamah Persekutuan telah memuktamadkan keputusan yang jelas berhubung sempadan bidang kuasa antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan.
Sehubungan itu, beliau berkata isu perundangan tersebut tidak sepatutnya dijadikan modal politik murahan untuk meraih sokongan atau menunggang sentimen rakyat di pentas ceramah.
Mohammed Taufiq berkata sekiranya kerajaan negeri Kedah benar-benar ikhlas mahu menyelesaikan perkara itu, Muhammad Sanusi wajar bertindak secara profesional dengan mendapatkan semakan dripada Penasihat Undang-Undang Negeri memgenai sempadan bidang kuasa dan perundangan secara teratur berlunaskan undang-undang.
Beliau berkata Muhammad Sanusi juga perlu menunjukkan teladan kepimpinan Islam dengan menolak budaya politik maki hamun di hadapan khalayak dan mempamerkan akhlak perdebatan yang tinggi.