BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiada undang-undang benarkan Kabinet bahagi ikut kaum dan agama, Hadi diberitahu

afwan83

Active+ Member
Messages
3,224
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,224
Reaction score
12
Points
25

Tiada undang-undang benarkan Kabinet bahagi ikut kaum dan agama, Hadi diberitahu​

80746ecb-47e9-432c-9c6d-ef2ddc75d5f2-Ramkarpal-Hadi-Awang-tile.jpg

Pengerusi Biro Undang-Undang DAP Ramkarpal Singh berkata kenyataan Presiden PAS Hadi Awang perlu ditolak kerana menjejaskan model perkongsian kuasa yang diamalkan di Malaysia.

Bekas timbalan menteri undang-undang itu berkata kenyataan Hadi bercanggah dengan Perlembagaan dan bertentangan dengan prinsip masyarakat berbilang kaum serta kepelbagaian agama yang menjadi asas masyarakat Malaysia.

Menurutnya, beliau bersetuju dengan pandangan Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST), yang hari ini menyifatkan kenyataan Hadi sebagai pencabulan terhadap struktur asas Perlembagaan Persekutuan.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu turut memetik kenyataan Hadi pada 2018 bahawa PAS akan menubuhkan dua Jemaah Menteri jika berkuasa, iaitu satu untuk orang Islam dan satu lagi untuk bukan Islam.

Katanya, susunan sedemikian bercanggah dengan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan pembentukan satu Jemaah Menteri.

“Perkara 43 tidak menyebut mengenai pembahagian Jemaah Menteri mengikut garis kaum dan agama,” katanya dalam kenyataan.

“Ini juga menunjukkan bahawa bukan niat pemimpin terdahulu negara ini untuk membahagikan jawatan menteri kepada kategori berdasarkan kaum dan agama.”

Ramkarpal berkata semua warganegara tanpa mengira kaum atau agama berhak dipertimbangkan untuk memegang jawatan menteri, selaras dengan prinsip kesamarataan di sisi undang-undang seperti diperuntukkan dalam Perkara 8.

Beliau berkata kuasa melantik menteri terletak pada perdana menteri, namun Jemaah Menteri Malaysia bersifat berbilang kaum sejak negara mencapai kemerdekaan.

“Tiada sebab sama sekali untuk perkara itu berubah,” katanya.

Ramkarpal menyifatkan kenyataan Hadi sebagai memecahbelahkan dan berkata ia perlu ditolak kerana menjejaskan model perkongsian kuasa yang diamalkan di Malaysia.

Katanya, DAP menolak kenyataan Hadi dan akan sentiasa berusaha memastikan prinsip masyarakat majmuk serta berbilang kaum kekal menjadi ciri utama dalam semua aspek kehidupan rakyat Malaysia, termasuk komposisi Jemaah Menteri.

Ramkarpal turut menggesa parti bukan Islam dalam Perikatan Nasional (PN), khususnya Gerakan, menyatakan pendirian secara terbuka mengenai kenyataan Hadi, sambil berkata isu itu berkepentingan awam dan boleh mempengaruhi hala tuju negara pada masa depan.

Beliau turut menggesa Umno dan parti-parti lain dalam Barisan Nasional (BN), khususnya MCA dan MIC, menyatakan sama ada mereka bersetuju dengan Hadi susulan kerjasama dan perbincangan antara BN dan PAS baru-baru ini.

Minggu lalu, Hadi berkata bukan Islam boleh berkhidmat sebagai menteri, tetapi peranan mereka perlu dihadkan kepada portfolio yang bertanggungjawab melaksanakan dasar kerajaan, manakala orang Islam ditugaskan menggubal dasar.

Ketika berucap pada penutup muktamar PAS ke-72 di Kota Bharu, beliau menjadikan kementerian kerja raya dan perhutanan sebagai contoh portfolio yang boleh disandang bukan Islam.
 
Back
Top
Log in Register