BTC USD 84,350.2 Gold USD 4,272.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Stocks News

A dynamic discussion space where members share and analyze the latest stock market news from around the globe. Topics include market trends, major index movements, company earnings, economic updates, and geopolitical events impacting stocks. Participants exchange insights, predictions, and strategies, fostering an engaging community for both novice and experienced investors.
Minat Terhadap Saham Mewah Dorong FBM KLCI Ditutup Tinggi
Oleh Siti Radziah Hamzah KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat, disokong oleh minat belian baharu terhadap saham mewah, kata penganalisis. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.29 mata kepada 1,505.45 daripada 1,504.16 ketika ditutup semalam. Indeks penanda aras itu dibuka 0.29 mata lebih rendah kepada 1,503.87 dan bergerak antara 1,503.71 hingga 1,513.23 sepanjang hari. Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 513 berbanding 371 manakala 428 kaunter tidak berubah, 1,125 kaunter tidak diniagakan dan 29 yang lain digantung. Jumlah dagangan meningkat kepada 3.43 bilion unit bernilai RM4.28 bilion daripada 3.27 bilion unit...
Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari
KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat pada tengah hari ini berikutan momentum pembelian dalam saham wajaran tinggi terpilih yang mendorong meningkatkan indeks utama. Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.59 mata kepada 1,509.75 daripada 1,504.16 semasa ditutup pada Khamis. Indeks utama itu dibuka rendah 0.29 mata kepada 1,503.87 dan bergerak antara 1,503.71 hingga 1,513.23 sepanjang sesi dagangan pagi. Di pasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 456 berbanding 302 manakala 397 kaunter tidak berubah, 1,282 tidak diniagakan dan 29 yang lain digantung dagangan. Jumlah dagangan sebanyak 1.8 bilion saham bernilai RM995.49 juta. Sementara itu, Jabatan...
Bursa Malaysia Dibuka Hampir Mendatar
KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka hampir mendatar, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang lemah. Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.75 mata kepada 1,504.91 daripada 1,504.16 pada Khamis. Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 0.29 mata kepada 1,503.87. Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 125 berbanding 115, dengan 199 kaunter tidak berubah, 1,998 tidak diniagakan dan 29 yang lain digantung. Jumlah dagangan sebanyak 92.11 juta saham bernilai RM49.78 juta. Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, Wall Street rendah selepas mencatatkan kenaikan sebelumnya berikutan ketidaktentuan mengenai tarif oleh Donald Trump dan kebimbangan berhubung...
Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal
KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives tinggi dalam dagangan awal hari ini, menjejaki kenaikan dalam kadar asas pasaran tunai. Pada 9.40 pagi, Mac 2025 melonjak 13.0 mata kepada 1,507.0 serta April 2025, Jun 2025 dan September 2025, masing-masing meningkat 12.5 mata kepada 1,508.5, 1,512.0 dan 1,498.5. Jumlah dagangan sebanyak 2,873 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 41,170 kontrak. FBM KLCI naik 3.57 mata kepada 1,507.73 daripada 1,504.16 semalam selepas 40 minit dagangan. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2404577
Tokenisasi Bon Dan Sukuk Akan Diperkenal Tahun Ini - SC
Datuk Mohammad Faiz Azmi KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Tokenisasi bon dan sukuk, yang bertujuan untuk meluaskan penyertaan runcit dalam pasaran modal Malaysia, dijangka akan diperkenalkan pada tahun ini. Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti (SC) Datuk Mohammad Faiz Azmi berkata inisiatif ini merupakan usaha bersama antara suruhanjaya itu dan Khazanah Nasional Bhd. Beliau berkata inisiatif ini bertujuan untuk menjadikan bon lebih mudah diakses oleh pelabur runcit, memandangkan terbitan bon tertentu pada masa ini terhad kepada pelabur yang berpengalaman. “Antara satu perkara yang akan kami umumkan akhir tahun ini ialah kami sedang menjalankan kajian bersama Khazanah untuk melihat bagaimana bon boleh ditokenisasikan. “Secara...
Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini sejajar dengan penurunan di pasaran tunai pendasar. Kontrak Mac 2025 dan September 2025 turun 20.0 mata setiap satu masing-masing kepada 1,494.0 dan 1,486.0, manakala April 2025 susut 21.5 mata kepada 1,496.0 dan Jun 2025 berkurangan 20.5 mata kepada 1,499.0. Jumlah dagangan meningkat kepada 9,030 lot daripada 7,321 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka naik kepada 45,533 kontrak daripada 43,582 kontrak. Pada 5 petang, FBM KLCI susut sebanyak 13.50 mata atau 0.89 peratus kepada 1,504.16 daripada paras penutup 1,517.66 pada Rabu. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2404433
FBM KLCI Ditutup Rendah, Seiring Aliran Pasaran Serantau
Oleh Siti Radziah Hamzah KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini seiring dengan aliran pasaran serantau berikutan sentimen lemah pelabur, kata seorang penganalisis. Beliau berkata ini sebabkan oleh keputusan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) untuk mengekalkan kadar faedah dan keputusan tidak dijangka People’s Bank of China’s (PBOC) yang  mengekalkan kadar pinjaman utamanya. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut sebanyak 13.50 mata atau 0.89 peratus kepada 1,504.16 daripada paras penutup 1,517.66 pada Rabu. Indeks petunjuk pasaran itu dibuka tinggi naik 4.74 mata kepada 1,522.40 dan bergerak antara paras 1,504.14 dan 1,524.23 sepanjang hari...
Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia bercampur-campur pada tengah hari ini berikutan peningkatan semalaman Wall Street. Pada 12.30 tengah hari, FBM KLCI turun 5.35 mata kepada 1,512.31 daripada paras penutup 1,517.66 semalam. Indeks petunjuk pasaran yang dibuka tinggi naik 4.74 mata kepada 1,522.40, mencapai paras tertinggi harian sebanyak 1,524.23. Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 423 berbanding 361 manakala 428 kaunter lain tidak berubah, 1,225 tidak diniagakan dan 17 lain digantung dagangannya. Jumlah dagangan berjumlah 1.92 bilion unit bernilai RM1.13 bilion. Dalam kalangan saham wajaran tinggi, TNB naik lapan sen kepada RM13.64, Press Metal dan SD Guthrie menambah dua sen masing-masing...
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Wall Street
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, menjejaki kenaikan di Wall Street dalam tempoh semalaman selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) mengekalkan kadar faedahnya  dan mengesahkan prospek untuk dua kali pengurangan kadar faedah tahun ini. Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.44 mata kepada 1,523.10 daripada 1,517.66 ketika ditutup semalam. Indeks penanda aras itu dibuka 4.74 mata lebih tinggi kepada 1,522.40. Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 255 berbanding 87 manakala 222 kaunter tidak berubah, 1,873 kaunter tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung. Jumlah dagangan 167.35 juta saham bernilai RM91.13 juta. Menurut...
Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives didagangkan tinggi semasa awal dagangan pada Khamis, sejajar dengan prestasi di pasaran tunai. Pada 9.30 pagi, Mac 2025 dan September 2025 masing-masing meningkat 3.0 mata kepada 1,517.0 dan 1,509.0, manakala April 2025 menambah 2.5 mata kepada 1,520.0 dan Jun 2025 naik 3.5 mata kepada 1,523.0. Jumlah dagangan 979 lot manakala kepentingan terbuka pada 37,605 kontrak. Selepas 31 minit dagangan, FBM KLCI meningkat 2.80 mata kepada 1,520.46 daripada 1,517.66 ketika ditutup semalam. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2404115
Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini sejajar dengan penurunan di pasaran tunai pendasar. Kontrak Mac 2025, Jun 2025 dan September 2025 turun 6.0 mata setiap satu masing-masing kepada 1,514.0, 1,519.5 dan 1,506.0, manakala April 2025 berkurangan 5.5 mata kepada 1,517.5. Jumlah dagangan meningkat kepada 7,321 lot daripada 6,916 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 43,582 kontrak daripada 44,243 kontrak sebelumnya. Pad 5 petang, FBM KLCI susut 10.15 mata atau 0.66 peratus kepada 1,517.66 daripada paras penutup 1,527.81 pada Isnin. Bursa Malaysia dan anak syarikatnya ditutup pada Selasa bersempena dengan...
Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ekoran Kekurangan Pemangkin Belian
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pada Rabu dengan prestasi rendah secara keseluruhan terutamanya berikutan penjualan dalam sektor pembinaan dan perbankan, manakala saham penjagaan kesihatan merekodkan minat belian, kata penganalisis. Pada 5 petang, FBM KLCI susut 10.15 mata atau 0.66 peratus kepada 1,517.66 daripada 1,527.81 ketika ditutup pada Isnin. Indeks penanda aras itu dibuka 14.52 mata lebih rendah kepada 1,513.29 dan bergerak antara 1,512.21 hingga 1,523.39 sepanjang dagangan hari ini. Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 449 berbanding 428, manakala 481 kaunter tidak berubah, 1,078 kaunter tidak diniagakan dan...
Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari, Berbeza Dengan Trend Serantau
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan prestasi berbeza dengan trend serantau apabila mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah, dengan jualan yang kebanyakannya dalam kalangan saham wajaran tinggi diterajui kaunter perkhidmatan kewangan dan pembinaan. Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 9.85 mata kepada 1,517.96 daripada 1,527.81 semasa ditutup pada Isnin. Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 14.52 mata kepada 1,513.29 dan bergerak antara 1,512.21 dan 1,523.39 sepanjang sesi dagangan. Di pasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 435 berbanding 364 manakala 420 kaunter tidak berubah, 1,217 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung dagangan...
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejak Prestasi Wall Street
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal Rabu, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang lemah dan sentimen pasaran berhati-hati menjelang keputusan mengenai kadar faedah Amerika Syarikat (AS) malam ini. Pada jam 9.05 pagi Jumaat, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 15.60 mata kepada 1,512.21 daripada 1,527.81 pada penutupan Isnin. Indeks utama itu dibuka rendah 14.52 mata kepada 1,513.29. Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 241 berbanding 109 dengan 272 kaunter tidak berubah, 1,814 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung. Jumlah dagangan sebanyak 133.02 juta saham bernilai...
Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) --  Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan tinggi dalam dagangan awal hari ini. Pada 9.50 pagi, kontrak Mac 2025, April 2025 dan Jun 2025 turun 2.0 mata, masing-masing kepada 1,518.0, 1,521.0 and 1,523.5, mankala September 2025 naik 4.0 mata kepada 1,508.0. Jumlah dagangan sebanyak 1,905 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 38,872 kontrak. FBM KLCI merosot 8.16 mata kepada 1,519.65 daripada 1,527.81 ketika ditutup pada Isnin lepas selepas 58 minit dagangan. Operasi Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya ditutup pada Selasa, 19 Mac, 2025 sempena cuti umum Nuzul al-Quran di Wilayah Persekutuan dan beberapa negeri di Malaysia...
Kadar Jangka Pendek Ditutup Stabil Berikutan Operasi BNM
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan sokongan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan. Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM38.53 bilion daripada RM32.42 bilion pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam lebih rendah pada RM20.11 bilion berbanding RM22.07 bilion sebelum ini. Terdahulu, bank pusat itu mengendalikan dua tender repo berbalik, tender repo berbalik semalaman dan tender repo berbalik Islam. Ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan belian semula serta kemudahan murabahah komoditi bercagar dengan tempoh seminggu, sebulan dan tiga bulan. Pada 4 petang, BNM...
Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini seiring dengan kenaikan di pasaran tunai pendasar. Kontrak Mac 2025 naik 12.5 mata kepada 1,520.0, April 2025 dan Jun 2025 masing-masing meningkat 13.5 mata kepada 1,523.0 dan 1,525.5 manakala September 2025 menambah 13.0 mata kepada 1,512.0. Jumlah dagangan menyusut kepada 6,916 lot daripada 11,981 lot pada Jumaat manakala kepentingan terbuka mengecil kepada 44,243 kontrak daripada 49,602 kontrak sebelumnya. Pada 5 petang, FBM KLCI berkembang sebanyak 15.66 mata atau 1.04 peratus kepada 1,527.81 daripada 1,512.15 ketika ditutup pada Jumaat. Bursa Malaysia dan anak syarikatnya akan...
Belian Kukuh Saham Pelbagai Sektor Dorong Bursa Malaysia Ditutup Tinggi
Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan kenaikan untuk sesi ketiga berturut-turut hari ini, didorong pembelian secara meluas pelbagai sektor susulan jualan besar-besaran baru-baru ini, sejajar dengan prestasi pasaran serantau, kata seorang penganalisis. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat sebanyak 15.66 mata, atau 1.04 peratus kepada 1,527.81 berbanding 1,512.15 ketika ditutup pada Jumaat. Indeks penanda aras itu dibuka 5.43 mata lebih tinggi pada 1,517.58, iaitu paras terendah intra hari dan mencapai paras tertinggi 1,531.63 semasa sesi tengah pagi sebelum mengekalkan momentum sepanjang sesi petang. Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi dengan...
Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan tinggi dalam dagangan awal hari ini. Pada 9.19 pagi, kontrak Mac 2025 dan April 2025, masing-masing naik 9.5 mata kepada 1,517.0 dan 1,519.0, Jun 2025 meningkat 9.0 mata kepada 1,521.0 dan September 2025 menambah 8.0 mata kepada 1,507.0. Jumlah dagangan sebanyak 1,205 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 39,704 kontrak. FBM KLCI meningkat 15.98 mata kepada 1,528.13 daripada 1,512.15 pada Jumaat lepas selepas 37 minit dagangan. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2403100
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan tinggi pada pagi Isnin menjejaki prestasi Wall Street yang positif minggu lepas berikutan sentimen pasaran baharu selepas pelabur tidak mengambil kira kebimbangan berkaitan tarif, kata penganalisis. Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 14.33 mata kepada 1,526.48 daripada 1,512.15 pada Jumaat lepas. Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 5.43 mata kepada 1,517.58. Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 301 berbanding 65 manakala 213 kaunter tidak berubah, 1,845 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung. Jumlah dagangan sebanyak 169.01 juta saham bernilai RM102.96 juta. Naib Presiden...
Back
Top
Log in Register