BTC USD 83,543.3 Gold USD 4,261.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Stocks News

A dynamic discussion space where members share and analyze the latest stock market news from around the globe. Topics include market trends, major index movements, company earnings, economic updates, and geopolitical events impacting stocks. Participants exchange insights, predictions, and strategies, fostering an engaging community for both novice and experienced investors.
Kadar Jangka Pendek Ditutup Stabil Berikutan Operasi BNM
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan. Mudah tunai sistem konvensional menokok kepada RM27.70 bilion daripada RM11.69 bilion pada pagi, manakala mudah tunai dana Islam menyusut kepada RM24.20 bilion berbanding RM28.01 bilion sebelumnya. Awal hari ini, bank pusat menawarkan tiga tender repo berbalik dan tender repo berbalik semalaman. BNM turut menyemak semula tender semalaman konvensional daripada RM26 bilion kepada RM27.70 bilion. Bank pusat mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula, dan kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh seminggu, sebulan dan tiga bulan. Pada 4 petang...
Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Indeks Komposit Turun 0.70 Peratus
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini susulan jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih diterajui oleh kaunter utiliti, telekomunikasi dan media serta sektor perkhidmatan kewangan. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 10.81 mata atau 0.70 peratus kepada 1,536.46 daripada paras penutup 1,547.27 pada Jumaat minggu lepas. Tenaga Nasional susut 20 sen kepada RM13.54, Maxis turun 10 sen kepada RM3.27 dan Maybank berkurangan enam sen kepada RM10.58. Gabungan kaunter-kaunter ini menyeret turun indeks komposit sebanyak 4.53 mata. FBM KLCI dibuka rendah turun 1.69 mata kepada 1,545.58 dan bergerak antara paras 1,536.46 dan 1,550.0 sepanjang hari dagangan. Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter...
Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari
Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini berikutan tekanan jualan dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh sektor utiliti, produk dan perkhidmatan pengguna serta pengangkutan dan logistik. Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.97 mata atau 0.19 peratus kepada 1,544.30 daripada 1,547.27 pada Jumaat lepas. Tenaga Nasional berkurangan 12 sen kepada RM13.62, Nestle susut RM2.94 kepada RM69.20 dan MISC merosot 12 sen kepada RM6.94. Kaunter ini menyebabkan indeks komposit susut dengan gabungan 3.26 mata. Indeks petunjuk pasaran, yang dibuka rendah 1.69 mata kepada 1,545.58, bergerak antara 1,538.60 dan 1,550.0 pada sesi dagangan pagi. Suasana pasaran negatif, dengan kaunter rugi mengatasi...
Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal
Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah dalam dagangan awal hari ini. Pada 9.40 pagi, kontrak Mac 2025 merosot 5.0 mata kepada 1,512.5, April 2025 dan Jun 2025, masing-masing berkurangan 4.0 mata kepada 1,515.5 dan 1,518.0 serta September 2025 susut 9.0 mata kepada 1,502.0. Jumlah dagangan sebanyak 7,635 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 42,393 kontrak. Bagaimanapun, pada 9.45 pagi, FBM KLCI naik 0.70 mata kepada 1,547.97 daripada 1,547.27 pada Jumaat lepas. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2400664
Bursa Malaysia Dibuka Rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini walaupun Wall Street mencatatkan kenaikan pada Jumaat lepas berikutan ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell yang menekankan prospek ekonomi kukuh di sebalik kebimbangan mengenai inflasi yang tinggi dalam persekitaran dasar perdagangan baharu. Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 7.85 mata kepada 1,539.42 daripada 1,547.27 pada Jumaat lepas. Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 1.69 mata kepada 1,545.58. Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 184 berbanding 126, dengan 275 kaunter tidak berubah, 1,797 tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung. Jumlah dagangan sebanyak 209.58 juta saham...
Bursa Malaysia Dijangka Tinggi  Minggu Depan Berikutan Sentimen Lebih Baik - Penganalisis
Bursa Malaysia dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan, dipacu oleh sentimen yang lebih baik dan minat baharu terhadap saham dengan asas kukuh. Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata, bagaimanapun indeks ini berdepan dengan paras rintangan utama 1,590, yang mungkin mengehadkan potensi kenaikan segera, terutamanya berikutan aliran keluar dana asing yang berterusan. "Walaupun pasaran semasa mengalami ketidaktentuan, kami mengekalkan pandangan optimistik namun berhati-hati pada minggu depan," katanya kepada Bernama. Bagaimanapun, Mohd Sedek berkata terdapat peluang untuk pembelian saham pada harga rendah terutamanya dalam sektor berdaya tahan seperti kewangan, komoditi, tenaga...
Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan pasaran tunai pendasar. Kontrak bulan semerta Mac 2025 menyusut 13 mata kepada 1,517.5, April 2025 turun 12.5 mata kepada 1,519.5, Jun 2025 merosot 12 mata kepada 1,522.0 dan September 2025 berkurang 10 mata kepada 1,511.0. Jumlah dagangan bertambah baik kepada 8,328 lot daripada 7,831 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 41,973 kontrak daripada 41,159 kontrak sebelumnya. Pada 5 petang, FBM KLCI merosot 11.64 mata atau 0.75 peratus kepada 1,547.27 daripada 1,558.91 ketika ditutup semalam. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2400120
Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari
Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini berikutan tekanan jualan dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh sektor utiliti, perladangan, telekomunikasi dan media. Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 9.27 mata atau 0.60 peratus kepada 1,549.64 daripada 1,558.91 semalam. Tenaga Nasional berkurangan 12 sen kepada RM13.74, Kuala Lumpur Kepong susut 60 sen kepada RM20.50 dan Maxis turun lapan sen kepada RM3.42. Kaunter ini menyebabkan indeks komposit merosot dengan gabungan 3.38 mata. FBM KLCI, yang dibuka rendah 3.16 mata kepada 1,555.75, bergerak antara 1,548.06 dan 1,556.46 pada sesi dagangan pagi. Suasana pasaran negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 470...
Bursa Malaysia Dibuka Rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, menjejaki penurunan semalaman di Wall Street berikutan ketidaktentuan mengenai tarif Amerika Syarikat (AS) yang mendorong aktiviti jualan. Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.45 mata kepada 1,553.46 daripada 1,558.91 semalam. Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 3.16 mata kepada 1,555.75. Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 234 berbanding 105, dengan 193 kaunter tidak berubah, 1,838 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung. Jumlah dagangan sebanyak 156.06 juta saham bernilai RM79.04 juta. Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, Wall Street kembali mencatatkan penurunan selepas turun naik yang didorong oleh kebimbangan...
Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal
Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah dalam dagangan awal hari ini. Pada 9.32 pagi, kontrak Mac 2025 dan September 2025, masing-masing merosot 4.5 mata kepada 1,526.0 dan 1,516.5, April 2025 berkurangan 5.5 mata kepada 1,526.5 dan Jun 2025 susut 4.0 mata kepada 1,530.0. Jumlah dagangan sebanyak 1,147 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 35,699 kontrak. Pada 9.39 pagi, FBM KLCI merosot 3.39 mata kepada 1,555.52 daripada 1,558.91 sebelum ini. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2399870
Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi di pasaran tunai pendasar. Kontrak bulan semerta Mac 2025 susut tujuh mata kepada 1,530.5, April 2025 turun 7.5 mata kepada 1,532.0, Jun 2025 berkurangan 8.5 mata kepada 1,534.0 dan September 2025 jatuh lapan mata kepada 1,521.0. Jumlah dagangan berkurangan kepada 7,831 lot daripada 8,521 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka susut kepada 41,159 kontrak daripada 41,720 kontrak sebelumnya. Pada 5 petang, FBM KLCI turun 5.51 mata atau 0.35 peratus kepada 1,558.91 daripada paras penutup 1,564.42. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2399758
Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ekoran Tekanan Jualan Ke Atas Saham Kewangan
Indeks penanda aras Bursa Malaysia berakhir dengan prestasi rendah pada Khamis, diseret turun oleh tekanan jualan yang berterusan ke atas saham berwajaran tinggi terpilih, didahului sektor perkhidmatan kewangan. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 5.51 mata atau 0.35 peratus kepada 1,558.91 daripada 1,564.42 ketika ditutup semalam. Indeks pandu pasaran itu dibuka 4.53 mata lebih tinggi kepada 1,568.95, dan bergerak antara 1,554.85 hingga 1,569.43 sepanjang dagangan hari ini. Bagaimanapun bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 584 berbanding 393, manakala 452 kaunter tidak berubah, 913 kaunter tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung. Jumlah dagangan berkurangan kepada 2.98...
Indeks FBM KLCI Kekal Rendah Pada Tengah Hari, Sentimen Pasaran Positif
Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia kekal dalam wilayah kurang memberangsangkan pada tengah hari Khamis susulan aktiviti jualan ketara membabitkan saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh sektor perkhidmatan kewangan. Pada 12.30 tengah hari, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 5.40 mata atau 0.35 peratus kepada 1,559.02 daripada 1,564.42 pada akhir dagangan semalam. Saham wajaran tinggi CIMB susut 25 sen kepada RM7.55, Maybank turun 4.0 sen kepada RM10.54 dan Hong Leong Bank menguncup 20.0 sen to RM21.10 dengan kesemua kaunter itu mengheret turun indeks komposit dengan gabungan sebanyak 6.11 mata Indeks penanda aras itu yang dibuka menokok 4.53 mata kepada 1,568.95, bergerak dalam julat 1,554.85 hingga 1,569.43...
Harga RON97, Diesel Di Semenanjung Turun Lima Sen
--fotoBERNAMA (Fail/File) Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia turun sebanyak lima sen iaitu masing-masing ditetapkan pada RM3.38 dan RM3.13 seliter bagi tempoh 6 hingga 12 Mac ini. Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit petrol RON95 kekal RM2.05 seliter manakala harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan turut kekal pada RM2.15 seliter. MOF memaklumkan penetapan kadar itu adalah seiring dengan perubahan harga pasaran minyak. “Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit minyak dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,” menurut kenyataan itu. Menurut MOF, kerajaan akan terus memantau kesan...
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sebelum Susut Kemudiannya
Bursa Malaysia memulakan dagangan Khamis dengan lebih tinggi namun susut kemudiannya, menjejaki prestasi semalaman Wall Street ketika pengeluar automotif Amerika Syarikat (AS) mendapat pengecualian tarif untuk sementara waktu. Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.36 mata kepada 1,568.78 daripada 1,564.42 pada akhir dagangan semalam. Bagaimanapun, ia kemudiannya susut 6.91 mata kepada 1,557.51 selepas lebih sejam dagangan dijalankan berbanding penutupan semalam pada 1,564.42. Sewaktu dibuka, indeks penanda aras itu menokok 4.53 mata pada 1,568.95. Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 317 berbanding 309 manakala 363 kaunter tidak berubah, 1,353 tidak didagangkan dan tujuh...
Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Awal
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives susut pada sesi dagangan awal Khamis. Pada 10.22 pagi ini, Mac 2025 turun 3.5 mata kepada 1,534.0, April 2025 susut 2.5 mata kepada 1,537.0, Jun 2025 berkurangan 4.5 mata kepada 1,538.0 manakala September 2025 menguncup 7.0 mata kepada 1,522.0. Jumlah dagangan sebanyak 2,956 lot dengan kepentingan terbuka berjumlah 37,262 kontrak. Pada 10.28 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI turun 4.03 mata kepada 1,560.39 daripada 1,564.42 pada akhir dagangan semalam. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2399464
Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Sentimen Pelabur Elak Risiko
Bursa Malaysia mengalami penurunan berbanding kenaikan semalam untuk ditutup lebih rendah pada Khamis apabila pelabur mengambil pendekatan mengelak risiko berikutan ketidaktentuan luaran yang semakin meningkat, kata seorang penganalisis. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.11 mata kepada 1,586.60 daripada 1,588.71 ketika ditutup pada Rabu. Indeks petunjuk pasaran dibuka 0.72 mata lebih rendah pada 1,587.99 dan bergerak antara 1,583.45 dan 1,588.29 sepanjang hari. Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 573 berbanding 419 manakala 484 kaunter tidak berubah, 912 kaunter tidak diniagakan dan 97 kaunter yang lain digantung. Jumlah dagangan naik kepada 2.89 bilion unit bernilai...
Sentimen Pulih Pacu Bursa Malaysia Meningkat Pada Sesi Awal
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia melantun untuk dibuka lebih tinggi pada sesi awal dagangan Khamis, didorong oleh pemulihan sentimen susulan prestasi semalaman Wall Street yang memberangsangkan. Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 11.20 mata atau 0.71 peratus kepada 1,573.32 daripada 1,562.12 selepas dibuka menambah 10.49 mata kepada 1,572.61. Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 328 berbanding 83 manakala 226 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,738 tidak diniagakan dan sembilan lain digantung dagangannya. Jumlah dagangan sebanyak 316.43 juta unit bernilai RM151.54 juta. Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan...
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini disebabkan aktiviti memburu saham mewah murah walaupun prestasi semalaman Wall Street bercampur-campur. Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 8.75 mata kepada 1,594.34 daripada 1,585.59 ketika ditutup pada Isnin. Indeks dibuka tinggi 7.38 mata kepada 1,592.97. Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 244 berbanding 94, dengan 256 kaunter tidak berubah, 1,765 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung. Jumlah dagangan sebanyak 196.98 juta unit bernilai RM103.95 juta. Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup bercampur-campur apabila peniaga...
Niaga Hadapan MSM Teruskan Kenaikan, Dipacu Pasaran Kukuh Minyak Sayuran Di China
Dr Sathia Varqa David Ng Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, meneruskan peningkatan sejak Jumaat lepas. Penganalisis kanan Fastmarkets Palm Oil Analytics Sathia Varqa berkata kenaikan itu disokong oleh kenaikan ketara harga niaga hadapan minyak sayuran berkaitan di Bursa Komoditi Dalian, diperkukuhkan lagi dengan jangkaan bekalan terhad akibat cuaca buruk serta data terkini Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi Disember. “Peniaga tidak menumpukan perhatian kepada data eksport Malaysia yang kurang memberangsangkan untuk 10 hari pertama bulan ini kerana lebih menekankan mengenai cabaran bekalan pada Januari selepas Persatuan Pengilang Minyak Sawit Semenanjung...
Back
Top
Log in Register