KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Sesi dagangan pagi Bursa Malaysia diakhiri dengan prestasi bercampur-campur, mencerminkan sentimen pasaran yang sedikit berhati-hati, seiring dengan urusniaga tidak berubah dalam ekuiti Asia.
Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.79 mata atau 0.17 peratus kepada 1,603.60 berbanding 1,600.81 ketika ditutup pada Khamis.
Indeks penanda aras itu dibuka 2.73 mata lebih tinggi pada 1,603.54 dan diniagakan antara 1,599.71 dan 1,605.53 sepanjang sesi.
Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 491 berbanding 324, manakala 523 kaunter tidak berubah, 1,031 tidak diniagakan dan 19 digantung. Jumlah dagangan sebanyak 1.48 bilion bernilai RM1.09 bilion.
Peniaga ActivTrades...