BTC USD 84,405.9 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Stocks News

A dynamic discussion space where members share and analyze the latest stock market news from around the globe. Topics include market trends, major index movements, company earnings, economic updates, and geopolitical events impacting stocks. Participants exchange insights, predictions, and strategies, fostering an engaging community for both novice and experienced investors.
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Penurunan Wall Street
KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, menjejaki penurunan di Wall Street dalam tempoh semalaman, kata penganalisis. Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 6.11 mata kepada 1,529.62 daripada 1,535.73 ketika ditutup semalam. Indeks penanda aras itu dibuka 4.16 mata lebih rendah kepada 1,531.57. Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 206 berbanding 132, manakala 204 kaunter tidak berubah, 1,930 kaunter tidak diniagakan dan 133 yang lain digantung. Jumlah dagangan mencecah 151.68 juta saham bernilai RM106.25 juta. Peniaga ActivTrade, Anderson Alves berkata dagangan ekuiti Asia mungkin tidak banyak berubah hari ini kerana pelabur menunggu...
Bursa Malaysia Teruskan Kenaikan, Teraju Prestasi Pasaran Asia
By Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, March 27 (Bernama) -- Bursa Malaysia continued to rise for the third consecutive day today, driven by renewed investor confidence and a strategic realignment, said UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Head of Investment Research Mohd Sedek Jantan. He said Malaysia emerged as the best performing market in Asia today, highlighting its increasing resilience and attractiveness among investors. At 5pm, the FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) rose 1.16 per cent or 17.68 points to end at a daily high of 1,535.73 from 1,518.05 at the close on Wednesday. The benchmark index opened 4.97 points lower at 1,513.08 and later declined to a daily low of 1,512.81 before moving on an upward trajectory throughout...
Bursa Malaysia Kekalkan Aliran Meningkat Pada Tengah Hari
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum positifnya pada tengah hari ini, didorong oleh minat belian dalam kebanyakan saham wajaran tinggi terutamanya sektor perbankan dan pembinaan berikutan sentimen pasaran yang lebih baik, kata penganalisis. Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.84 peratus atau 12.77 mata kepada 1,530.82 daripada 1,518.05 pada Rabu. Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 4.97 mata kepada 1,513.08 dan bergerak antara 1,512.81 dan 1,531.40 sepanjang sesi dagangan pagi. Suasana pasaran menjadi positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 411 berbanding 381 manakala 414 kaunter tidak berubah, 1,263 tidak diniagakan dan 160 yang lain digantung...
Bursa Malaysia Rendah Dalam Dagangan Awal
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah dalam dagangan awal hari ini, mengambil petunjuk daripada penurunan semalaman Wall Street, kata penganalisis. Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.47 mata kepada 1,514.58 daripada 1,518.05 pada Rabu. Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 4.97 mata kepada 1,513.08. Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 206 berbanding 101, dengan 235 kaunter tidak berubah, 1,927 tidak diniagakan dan 160 digantung. Jumlah dagangan sebanyak 117.20 juta saham bernilai RM70.70 juta. Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup rendah semalaman berikutan Presiden Amerika Syarikat...
Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah dalam dagangan awal hari ini. Pada 9.26 pagi, Mac 2025 merosot 1.5 mata kepada 1,514.0, April 2025 berkurangan 2.0 mata kepada 1,512.5, Jun 2025 susut setengah mata kepada 1,509.0 dan September 2025 mendatar pada 1,497.50. Jumlah dagangan sebanyak 7,834 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 77,515 kontrak. Sementara itu, FBM KLCI naik 1.89 mata kepada 1,519.94 selepas 53 minit dagangan, daripada 1,518.05 pada Rabu. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2406715
Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi Seiring Pasaran Tunai
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan prestasi pasaran tunai. Kontrak Mac 2025 dan Jun 2025 masing-masing naik 12 mata kepada 1,515.50 dan 1,509.50 manakala April 2025 dan September 2025 masing-masing menokok 11.5 mata kepada 1,514.50 dan 1,497.50. Jumlah dagangan meningkat kepada 78,585 lot daripada 53,554 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka naik kepada 133,859 kontrak daripada 98,568 kontrak sebelum ini. Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 4.45 mata kepada 1,518.05 daripada 1,513.60 pada Selasa. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2406615
Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Berikutan Belian Saham Telekomunikasi, Pengguna
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan trend meningkat untuk hari kedua berturut-turut hari ini berikutan pembelian saham telekomunikasi dan pengguna. Menurut penganalisis, kebanyakan indeks utama Asia turut ditutup tinggi, didorong oleh kebimbangan yang reda terhadap rancangan tarif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.29 peratus atau 4.45 mata kepada 1,518.05 daripada 1,513.60 semasa ditutup pada Selasa. Indeks petunjuk pasaran dibuka menokok 3.10 mata kepada 1,516.61 dan bergerak antara 1,514.65 dan 1,525.73 sepanjang sesi dagangan. Di pasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 428...
Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan prestasi positif sehingga tengah hari pada Rabu, disokong oleh minat belian dalam kebanyakan saham berwajaran tinggi memandangkan sentimen pasaran terus bertambah baik, kata penganalisis. Pada 12.30 tengah hari, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.79 peratus atau 12.10 mata kepada 1,525.70 daripada 1,513.60 ketika ditutup semalam. Indeks penanda aras itu dibuka 3.10 mata lebih tinggi kepada 1,516.61 dan bergerak antara 1,514.65 hingga 1,525.73 sepanjang sesi dagangan pagi. Bagaimanapun lingkungan pasaran adalah negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 413 berbanding 318, manakala 416 kaunter tidak berubah, 1,322 kaunter tidak diniagakan...
Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Pada Awal Dagangan
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives meningkat semasa awal dagangan pada Rabu. Pada 9.21 pagi, Mac 2025 dan April 2025 masing-masing menokok 6.5 mata kepada 1,510, manakala Jun 2025 dan September 2025 masing-masing meningkat 7.5 mata kepada 1,505 dan 1,493.50. Jumlah dagangan 14,244 lot manakala kepentingan terbuka pada 71,998 kontrak. Selepas 39 minit dagangan, FBM KLCI naik 5.34 mata kepada 1,518.94 daripada 1,513.60 ketika ditutup semalam. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2406330
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Didorong Oleh Sentimen Positif
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, menjejaki kenaikan di Wall Street dalam tempoh semalaman, kata penganalisis. Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.74 mata kepada 1,518.34 daripada 1,513.60 ketika ditutup semalam. Indeks penanda aras dibuka 3.10 mata lebih tinggi kepada 1,516.61. Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 138 berbanding 123, manakala 230 kaunter tidak berubah, 1,978 kaunter tidak diniagakan dan 46 yang lain digantung. Jumlah dagangan meningkat kepada 136.72 juta saham bernilai RM71.21 juta. Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup...
Bursa Malaysia Ditutup Tinggi
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, didorong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah selepas mencatatkan penurunan semalam dan disokong oleh petunjuk positif daripada Wall Street semalaman. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 9.78 mata atau 0.65 peratus kepada 1,513.60 daripada 1,503.82 semalam. Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 6.25 mata kepada 1,510.07 dan bergerak antara 1,509.40 dan 1,515.87 sepanjang hari. Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 523 berbanding 392 manakala 416 kaunter tidak berubah, 1,105 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung. Jumlah dagangan naik kepada 3.12 bilion unit bernilai RM2.50 bilion...
Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini. Mac 2025 naik 12.5 mata kepada 1,503.5, April 2025 menambah 10 mata kepada 1,503.0, Jun 2025 meningkat 17.5 mata kepada 1,497.5 dan September 2025 melonjak 19 mata kepada 1,486.0. Jumlah dagangan meningkat kepada 53,554 lot daripada 23,904 lot semalam manakala kepentingan terbuka naik kepada 98,568 kontrak daripada 62,984 kontrak sebelum ini. Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 9.78 mata kepada 1,513.60 daripada 1,503.82 semalam. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2406163
Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, disokong oleh pembelian dalam saham perbankan wajaran tinggi dan telekomunikasi dalam persekitaran sentimen pasaran yang bertambah baik. Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 10.39 mata atau 0.69 peratus kepada 1,514.21 daripada 1,503.82 semalam. Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 6.25 mata kepada 1,510.07. Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 425 berbanding 361 dengan 419 kaunter tidak berubah, 1,231 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung. Jumlah dagangan sebanyak 1.95 bilion unit bernilai RM1.20 bilion. Malacca Securities Sdn Bhd berkata saham teknologi...
Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan lebih tinggi dalam dagangan awal hari ini. Pada 9.18 pagi, Mac 2025 dan April 2025 meningkat 13.0 mata masing-masing kepada 1,504.0 dan 1,506.0, Jun 2025 menambah 15.5 mata kepada 1,495.5 dan September 2025 melonjak 13.0 mata kepada 1,480.0. Jumlah dagangan sebanyak 14,381 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 57,087 kontrak. FBM KLCI meningkat 10.11 mata kepada 1,513.93 daripada 1,503.82 semalam selepas 41 minit dagangan. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2405919
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Prestasi Semalaman Wall Street
Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang kukuh. Pada pukul 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 7.65 mata kepada 1,511.47 daripada 1,503.82 ketika ditutup semalam. Indeks penanda aras itu dibuka 6.25 mata lebih tinggi kepada 1,510.07. Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 211 berbanding 81, manakala 211 kaunter tidak berubah, 1,933 kaunter tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung. Jumlah dagangan sebanyak 130.19 juta unit bernilai RM59.74 juta. Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup lebih tinggi dengan harapan...
Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini. Kontrak Mac 2025 menokok 9.0 mata kepada 1,491.0, April 2025 menambah 9.5 mata kepada 1,493.0, manakala Jun 2025 dan September 2025 masing-masing meningkat 25 mata kepada 1,480.0 dan 1,467.0. Jumlah dagangan meningkat kepada 23,904 lot daripada 15,437 lot pada Jumaat lalu, manakala kepentingan terbuka turut melonjak kepada 62,984 kontrak daripada 54,340 kontrak sebelumnya. Pada 5 petang, FBM KLCI susut 1.63 mata kepada 1,503.82 daripada 1,505.45 ketika ditutup pada Jumaat. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2405823
Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Jualan Lewat Dagangan
Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini disebabkan penjualan lewat mempengaruhi pasaran manaka pelabur kekal berhati-hati menjelang pengumuman tarif oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump. Pada jam 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.63 mata atau 0.11 peratus kepada 1503.82.88 daripada 1,505.45.18 ketika ditutup pada Jumaat lepas. Indeks petunjuk pasaran dibuka 1.05 mata lebih tinggi kepada 1,506.50. Di pasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 601 berbanding 310, manakala 435 kaunter tidak berubah, 1,080 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung. Jumlah dagangan turun kepada 3.01 bilion unit bernilai RM1.92 bilion...
Saham Perbankan, Produk Pengguna Pacu FBM KLCI Pada Tengah Hari
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi Isnin dengan lebih tinggi, didorong oleh pemulihan minat belian dalam kaunter saham wajaran tinggi perbankan dan produk pengguna. Pada 12.30 tengah hari, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 2.94 mata atau 0.20 peratus kepada 1,508.39 daripada 1,505.45 pada akhir dagangan Jumaat. Indeks penanda aras itu dibuka menokok 1.05 mata kepada 1,506.50. Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 522 berbanding 234 manakala 410 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,260 tidak diniagakan dan 19 lain digantung dagangannya. Jumlah dagangan sebanyak 1.85 bilion saham bernilai RM914.83 juta. Firma pembrokeran Malacca Securities Sdn Bhd berkata wujud...
Bursa Malaysia Catat Kenaikan Tetapi Kemudian Merosot Disebabkan Sentimen Lemah
Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang kukuh tetapi kemudiannya merosot disebabkan kekurangan pemangkin baharu. Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.93 mata kepada 1,503.52 daripada 1,505.45 pada Jumaat lepas. Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 1.05 mata kepada 1,506.50. Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 151 berbanding 100, dengan 248 kaunter tidak berubah, 1,927 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung. Jumlah dagangan sebanyak 106.07 juta saham bernilai RM43.71 juta. Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street...
Niaga Hadapan FBM KLCI Bercampur-campur Dalam Dagangan Awal
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan bercampur-campur dalam dagangan awal hari ini. Pada 9.22 pagi, Mac 2025 naik setengah mata kepada 1,500.50, April 2025 mendatar pada 1,502.50, Jun 2025 berkurangan 1.5 mata kepada 1,503.50 dan September 2025 merosot 2.0 mata kepada 1,490. Jumlah dagangan sebanyak 2,116 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 41,861 kontrak. FBM KLCI meningkat 2.66 mata kepada 1,508.11 daripada 1,505.45 pada Jumaat lepas selepas 49 minit dagangan. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2405489
Back
Top
Log in Register