BTC USD 84,504.8 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Stocks News

A dynamic discussion space where members share and analyze the latest stock market news from around the globe. Topics include market trends, major index movements, company earnings, economic updates, and geopolitical events impacting stocks. Participants exchange insights, predictions, and strategies, fostering an engaging community for both novice and experienced investors.
Bursa Malaysia Meningkat Pada Sesi Awal Seiring Prestasi Wall Street
Bursa Malaysia dibuka meningkat pada Selasa, dipacu oleh sentimen positif susulan prestasi semalaman Wall Street yang kukuh. Pada 9.10 pagi ini, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.45 mata kepada 1,485.31 daripada 1,480.86 pada akhir dagangan semalam. Indeks penanda aras itu dibuka menokok 3.15 mata kepada 1,484.01. Pasaran meluas adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 210 berbanding 114 manakala sebanyak 267 kaunter tidak berubah, 1,806 tidak didagangkan dan sembilan digantung dagangannya. Jumlah dagangan sebanyak 239.92 juta saham bernilai RM86.88 juta. Dagangan semalaman menyaksikan Dow Jones meningkat 0.78 peratus kepada 40,524.79 mata, S&P 500 menokok 0.79 peratus kepada 5,405.97 manakala...
Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini sejajar dengan prestasi mantap dalam pendasar pasaran tunai. April 2005 serta Mei 2025 meningkat 31.5 mata kepada 1,479.5 dan 1,478.0. Jun 2025 memperoleh 32.0 mata kepada 1,475.0, September 2025 pula naik 30.5 mata kepada 1,460.5. Jumlah dagangan jatuh kepada 8,272 lot daripada 11,855 lot yang dicatatkan pada minggu lepas, manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 44,541 kontrak berbanding 47,008 kontrak sebelum ini. Pada 5 petang, FBM KLCI menokok sebanyak 26.10 mata kepada 1,480.86 daripada 1,454.76. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2412536
Aktiviti Belian Pacu Bursa Malaysia Naik 20.68 Mata Pada Tengah Hari
Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Isnin dengan lebih mengukuh, didorong oleh minat belian baharu yang ketara dan merentasi papan indeks dengan kenaikan diterajui oleh saham-saham wajaran tinggi produk industri, kewangan dan telekomunikasi. Pada 12.30 tengah hari ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 20.68 mata atau 1.42 peratus kepada 1,475.44 daripada 1,454.76 pada akhir dagangan Jumaat lepas. Indeks penanda aras itu dibuka naik 19.29 kepada 1,474.05 mata pada bergerak dalam julat 1,472.14 hingga 1,479.03 sepanjang sesi dagangan pagi ini. Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 667 berbanding 243 dengan 346 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,127 tidak diniagakan dan sembilan...
Niaga Hadapan KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal
Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives meningkat pagi ini, mencerminkan kekuatan awal dalam pasaran tunai. Pada 9.21 pagi, kontrak April 2025 dan Jun 2025, masing-masing naik 24.5 mata kepada 1,472.5 dan 1,467.5, Mei 2025 menambah 23.5 mata kepada 1,470.0 dan September 2025 meningkat 24.0 mata kepada 1,454.0. Jumlah dagangan sebanyak 1,361 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 38,325 kontrak. Sementara itu, FBM KLCI naik 20.99 mata kepada 1,475.75 selepas 42 minit dagangan daripada 1,454.76 pada Jumaat lepas. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2412298
Bursa Dibuka Tinggi
Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah dan menjejaki prestasi Wall Street yang kukuh pada Jumaat lepas. Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 21.84 mata kepada 1,476.60 daripada 1,454.76 pada Jumaat lepas. Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 19.29 mata kepada 1,474.05. Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 405 berbanding 62. Sejumlah 195 kaunter tidak berubah, 1,721 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung. Jumlah dagangan sebanyak 188.92 juta saham bernilai RM139.91 juta. Di Wall Street, Dow Jones Industrial Average meningkat 1.56 peratus kepada 40,212.71, S&P 500 naik 1.81 peratus kepada 5,363.36 dan...
Ketegangan Mengenai Tarif Dijangka Cetus Dagangan Tidak Menentu Di Bursa Malaysia Minggu Depan
Ketidaktentuan yang semakin meningkat di pasaran global dijangka menjejaskan sentimen pelabur yang berpotensi mengheret Bursa Malaysia ke arah trend tidak menentu minggu hadapan berikutan ketegangan mengenai tarif antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang masih belum diselesaikan. Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata bursa tempatan dijangka terus mengalami dagangan tidak menentu, mencerminkan naik turun yang dilihat pada sepanjang minggu lepas. "Tindakan Presiden AS Donald Trump yang meningkatkan pertikaian dengan China dijangka menambahkan lagi ketegangan dan memberi tekanan selanjutnya terhadap prospek ekonomi global," katanya kepada Bernama. Pada Jumaat, China mengumumkan peningkatan...
Bursa Malaysia Ditutup Lebih Rendah
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada dalam wilayah negatif hari ini dengan mengakhiri minggu ini dalam keadaan suram, terjejas dengan penjualan saham mewah perbankan memandangkan pelabur terus menilai prospek perdagangan global. Pada 5 petang, FBM KLCI menyusut 8.37 mata atau 0.57 peratus kepada 1,454.76 daripada 1,463.13 semasa ditutup pada Khamis. Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 21.47 mata kepada 1,441.66 dan menyusut kepada paras rendah 1,434.92 pada sesi dagangan pagi sebelum pulih semula dan mencapai paras tertinggi 1,462.15 pada sesi awal petang. Bagaimanapun sentimen pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 472 berbanding 442, sebanyak 456 kaunter tidak berubah, 993 tidak diniagakan dan...
Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki kelemahan dalam prestasi pasaran tunai. Pada penutup, kontrak April 2025 turun 14.0 mata kepada 1,448.0, Mei 2025 susut 13.5 mata kepada 1,446.5, Jun 2025 berkurangan sebanyak 13.0 mata kepada 1,443.0 dan September 2025 hilang 12.5 mata kepada 1,430.0. Jumlah dagangan melembap kepada 11,855 lot daripada 13,840 lot semalam, manakala kepentingan terbuka merosot kepada 47,008 kontrak berbanding 50,029 kontrak sebelum ini. Pada 5 petang, FBM KLCI jatuh 8.37 mata atau 0.57 peratus kepada 1,454.76 daripada 1,463.13 yang dicatatkan pada Khamis. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2411629
Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari
Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, diniagakan secara berhati-hati berikutan ketidaktentuan pasaran yang meningkat dan para peserta terus mengurangkan pendedahan terhadap risiko. Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 7.73 mata kepada 1,455.40 daripada 1,463.13 semalam. Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 21.47 mata kepada 1,441.66 dan bergerak antara 1,434.92 dan 1,456.92 dan 1,473.36 pada sesi dagangan pagi. Suasana pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 468 berbanding 358. Sejumlah 400 kaunter tidak berubah, 1,139 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung. Jumlah dagangan sebanyak 1.70 bilion saham bernilai RM1.15 bilion. Peniaga...
Bursa Malaysia Dibuka Rendah
Bursa Malaysia merosot daripada kenaikan semalam apabila dibuka rendah pada Jumaat, sejajar dengan prestasi Wall Street yang lemah berikutan kebimbangan baharu mengenai prospek perdagangan global. Semalaman, Dow Jones Industrial Average merosot 2.5 peratus kepada 39,593.66. S&P 500 berkurangan 3.4 peratus kepada 5,268.05 manakala Nasdaq Composite susut 4.31 peratus kepada 16,387.31. Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 25.95 mata atau 1.77 peratus kepada 1,437.18 daripada 1,463.13 semasa ditutup semalam. Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 21.47 mata kepada 1,441.66. Suasana pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 435 berbanding 61. Sejumlah 196 kaunter tidak berubah, 1,673...
Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Kukuh
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup kukuh hari ini sejajar dengan prestasi pasaran tunai yang mantap. Pada penutup, kontrak April 2025 naik 56.5 mata kepada 1,462.0, Mei 2025 menambah 58.0 mata kepada 1,460.0, Jun 2025 mencatatkan keuntungan 56.0 mata kepada 1,456.0 dan September 2025 menokok 54.0 mata kepada 1,442.5. Jumlah dagangan jatuh kepada 13,840 lot berbanding 18,036 lot semalam, manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 50,029 kontrak daripada 54,219 kontrak. Pada 5 petang, FBM KLCI naik 62.54 mata, bertambah sebanyak 4.47 peratus kepada 1,463.13 daripada 1,400.59. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2411208
Bursa Malaysia Teruskan Momentum Meningkat, Naik 64.41 Mata Pada Tengah Hari
Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Khamis dengan lebih tinggi, didorong oleh sentimen positif susulan pengumuman penangguhan sementara tarif oleh Amerika Syarikat (AS) yang meredakan potensi perang dagangan besar-besaran serta berlakunya kemelesetan ekonomi. Pada 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 64.41 mata atau 4.60 peratus kepada 1,465.00 daripada 1,400.59 di akhir dagangan semalam. Indeks penanda aras itu dibuka meningkat mendadak sebanyak 63.71 mata pada 1,464.30 dan bergerak dalam julat 1,453.13 hingga 1,473.36 pada sesi dagangan pagi. Pasaran secara meluas adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 989 berbanding 166 manakala 261 kaunter tidak berubah...
AS Tangguh Tarif, Bursa Malaysia Melonjak Pada Sesi Awal
Bursa Malaysia memulakan dagangan Khamis dengan meningkat mendadak, menjejaki prestasi semalaman pasaran Wall Street selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan penangguhan sementara tarif, kata penganalisis. Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencatat kenaikan sebanyak 53.29 mata atau 3.81 peratus kepada 1,453.88 daripada 1,400.59 pada penutup semalam. Indeks penanda aras itu dibuka melonjak 63.71 mata kepada 1,464.30. Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 743 berbanding 54, sebanyak 180 kaunter tidak berubah, 1,389 tidak didagangkan dan 10 digantung dagangannya. Dalam dagangan semalaman, pasaran AS seperti Dow Jones meraih 7.87 peratus kepada 40,608.45...
Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu sejajar prestasi asas pasaran tunai. Pada penutup dagangan, kontrak April 2025 turun 33.5 mata kepada 1,405.5, Mei 2025 dan Jun 2025 masing-masing jatuh 34.5 mata kepada 1,402.0 dan 1,400.0, manakala September 2025 susut 32.5 mata kepada 1,388.5. Jumlah dagangan bagaimanapun meningkat kepada 18,036 lot daripada 11,826 lot semalam, manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 54,219 kontrak daripada 48,708 kontrak sebelumnya. Pada 5 petang, FBM KLCI susut 42.97 mata atau 2.98 peratus kepada 1,400.59 daripada 1,443.56 yang dicatatkan semalam. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2410792
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kembimbangan Terhadap Tarif Timbal Balik AS
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu, menjejaki penurunan di Wall Street dan dalam persekitaran pelabur bersikap berhati-hati terhadap tarif timbal balik Amerika Syarikat (AS) berkuat kuasa hari ini. Ia menyebabkan meningkatkan kebimbangan mengenai ketegangan perdagangan global, kata seorang penganalisis. Semalaman, Indeks Dow Jones Industrial Average jatuh 0.84 peratus kepada 37,645.59, Indeks S&P 500 turun 1.57 peratus kepada 4,982.77, manakala Nasdaq Composite merosot 2.51 peratus kepada 15,267.91. Pada jam 9.05 pagi, Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 17 mata atau 1.18 peratus kepada 1,426.56 daripada penutupan pada Selasa iaitu 1,443.56. Indeks penanda aras itu dibuka...
Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah dalam dagangan awal. Pada jam 9.37 pagi, kontrak bulan semerta April 2025 dan Mei 2025 masing-masing merosot 24.5 mata kepada 1,414.5 dan 1,412.0, Jun 2025 dan September 2025 turun 26.0 mata masing-masing kepada 1,408.5 dan 1,395.0. Jumlah dagangan sebanyak 4,793 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 43,182 kontrak. Sementara itu, FBM KLCI berkurangan 13.02 mata kepada 1,430.54 selepas 60 minit dagangan dijalankan berbanding 1,443.56 pada akhir dagangan semalam. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2410499
FBM KLCI Ditutup Hampir Tidak Berubah Berikutan Sentimen Berhati-hati
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri kenaikan terdahulu apabila ditutup rendah sedikit pada Selasa selepas aktiviti belian saham semasa harga rendah yang sederhana, diimbangi oleh sentimen berhati-hati mengenai ketidaktentuan global yang berterusan. Pada 5 petang, indeks petunjuk pasaran susut 0.24 mata atau 0.02 peratus kepada 1,443.56 daripada  1,443.80 semasa ditutup semalam. Indeks petunjuk pasaran dibuka mengukuh 7.63 mata kepada 1,451.43 dan meningkat sehingga 1,454.58 dalam dagangan awal sebelum kembali kepada paras rendah 1,440.89 menjelang akhir sesi dagangan pagi dan kemudiannya beralih dalam sentimen naik turun pada sesi dagangan petang. Bagaimanapun pasaran lebih luas adalah...
Minat Buru Saham Harga Rendah Pacu Bursa Malaysia Meningkat Pada Sesi Awal
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Bursa Malaysia kembali melantun pada awal dagangan hari ini selepas jualan ketara semalam, didorong oleh aktiviti memburu saham berharga rendah walaupun Wall Street mencatat prestasi semalaman yang lebih suram, kata penganalisis. Pada 9.05 pagi ini, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 10.51 mata atau 0.73 peratus kepada 1,454.31 daripada 1,443.80, semalam. Indeks petunjuk utama itu dibuka menokok 7.63 mata kepada 1,451.43. Pasaran secara meluas adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 392 berbanding 105 manakala 208 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,644 tidak diniagakan dan sembilan lain digantung dagangannya. Jumlah dagangan sebanyak 156.59 juta saham bernilai RM133.79 juta...
Bursa Malaysia Gantung Jualan Singkat Intra Hari 18 Saham
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Bursa Malaysia hari ini menggantung jualan singkat intra hari (IDSS) untuk 18 saham selepas harga terakhirnya susut lebih 15 peratus atau 15 sen daripada harga rujukan. Saham syarikat yang digantung itu antaranya meliputi syarikat-syarikat terkenal seperti Yinson Holding Bhd, Hibiscus Petroleum Bhd, Dialog Group Bhd, Malaysian Pacific Industries (MPI), EcoWorld Development Group Bhd dan Dayang Enterprise Holding Bhd. Pada penutup dagangan, Yinson susut 35 sen kepada RM1.81, Hibiscus Petroleum turun 18 sen kepada RM1.45, MPI jatuh RM2.50 kepada RM14.66, Dialog turun 21 sen kepada RM1.23, EcoWorld susut 23 sen kepada RM1.60, dan Dayang jatuh 23 sen kepada RM1.56. Dalam beberapa makluman berasingan...
Prestasi Hambar Pasaran Serantau Heret Turun Bursa Malaysia
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Bursa Malaysia terus diasak tekanan prestasi suram pasaran serantau serta kebimbangan berlakunya perang dagangan global yang menyaksikan indeks petunjuk utama susut 4.01 peratus pada akhir dagangan hari ini. Penyusutan ketara di Indeks Hang Seng Hong Kong yang merosot 13.22 peratus untuk ditutup pada paras 19,828.30 manakala Nikkei 225 Jepun turun 7.83 peratus kepada 31,136.58, Indeks Straits Times Singapura menguncup 7.66 peratus kepada 3,532.80 dan Kospi Korea Selatan kehilangan 5.57 peratus kepada 2,328.20. Pada 5 petang, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 60.34 mata kepada 1,443.80 daripada 1,504.14 pada akhir dagangan Jumaat lepas. Indeks penanda aras itu memulakan dagangan dengan...
Back
Top
Log in Register