Bursa Malaysia meneruskan peningkatan semalam untuk ditutup kukuh hari ini, kekal melepasi paras 1,500 mata, disokong sentimen pasaran yang semakin pulih susulan ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang semakin reda, walaupun prestasi pasaran serantau bercampur-campur.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.33 mata, mewakili 0.36 peratus kepada 1,506.52 daripada 1,501.19 ketika ditutup pada Rabu.
Indeks penanda aras itu dibuka 0.64 mata lebih rendah pada 1,500.55 dan bergerak antara 1,500.40 dan 1,507.45 sepanjang hari.
Keseluruhan pasaran adalah positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 462 berbanding 426, manakala 457 kaunter tidak berubah, 1,070 tidak diniagakan...