BTC USD 84,703.7 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Stocks News

A dynamic discussion space where members share and analyze the latest stock market news from around the globe. Topics include market trends, major index movements, company earnings, economic updates, and geopolitical events impacting stocks. Participants exchange insights, predictions, and strategies, fostering an engaging community for both novice and experienced investors.
Bursa Malaysia Kekal Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Bursa Malaysia kekal bercampur-campur pada tengah hari ini dalam dagangan berhati-hati walaupun prestasi menggalakkan dalam pasaran serantau berikutan kenaikan semalaman di Wall Street. Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.43 mata kepada 1,537.79 daripada 1,540.22 pada Rabu. Bursa ditutup pada Khamis sempena cuti Hari Pekerja. Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 2.80 mata kepada 1,537.42 dan bergerak antara 1,532.23 dan 1,539.62 pada sesi dagangan pagi. Suasana pasaran positif dengan 601 kaunter untung mengatasi 319 kaunter rugi manakala 406 kaunter tidak berubah, 1,018 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung. Jumlah dagangan sebanyak 1.63 bilion saham bernilai RM1.13 bilion. Prestasi...
Niaga Hadapan FBM KLCI Kebanyakannya Tinggi Dalam Dagangan Awal
Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives kebanyakannya tinggi dalam dagangan awal pada Jumaat. Pada 9.20 pagi, April 2025 merosot 0.5 mata kepada 1,530.5 manakala Jun 2025 meningkat 1.0 mata kepada 1,529.0. September 2025 naik 1.5 mata kepada 1,513.0 dan Disember 2025 melonjak 10.5 mata kepada 1,522.0. Jumlah dagangan sebanyak 1,155 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 34,398 kontrak. Pada 9.35 pagi, indeks kadar asas FBM KLCI merosot 3.51 mata kepada 1,536.71 daripada 1,540.22 semasa ditutup pada Rabu. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2418830
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Walaupun Wall Street Catat Kenaikan
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat berikutan pelabur kembali selepas cuti dengan minat yang berkurangan, mengabaikan kenaikan semalaman di Wall Street yang didorong oleh pendapatan kukuh daripada Microsoft dan Meta. Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.94 mata kepada 1,535.28 daripada 1,540.22 pada Rabu. Bursa ditutup pada Khamis sempena cuti Hari Pekerja. Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 2.80 mata kepada 1,537.42. Suasana pasaran negatif dengan 129 kaunter rugi mengatasi 122 kaunter untung. Sejumlah 259 kaunter tidak berubah, 1,834 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung. Menurut Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota penyelidikan, Wall Street meneruskan kenaikannya pada Khamis, disokong oleh...
Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini sejajar dengan prestasi pasaran tunai. Kontrak April 2025 naik 15.5 mata kepada 1,532.0, Mei 2025 menambah 20.5 mata kepada 1,531.0, Jun 2025 meningkat 17.5 mata kepada 1,528.0 dan September 2025 naik 15.0 mata kepada 1,511.5. Jumlah dagangan merosot kepada 11,952 lot daripada 25,516 lot semalam manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 47,978 kontrak daripada 63,011 kontrak sebelum ini. Pada 5 petang, FBM KLCI melonjak 24.66 mata kepada 1,540.22 daripada 1,515.56 semalam. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2418445
Bursa Malaysia Melantun Semula, Indeks Komposit Melonjak 1.63 Peratus
Bursa Malaysia ditutup kukuh hari ini pulih daripada penurunan semalam dengan indeks utama melonjak 1.63 peratus, disokong oleh aktiviti membeli saham berharga rendah, kemasukan semula dana asing dan kebimbangan ketegangan perdagangan yang kian mereda. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 24.66 mata kepada 1,540.22 daripada paras penutup 1,515.56 pada Selasa. Petunjuk pasaran dibuka tinggi naik 2.51 mata kepada 1,518.07, paras terendah intra harinya dan meningkat ke paras intra hari tertingginya pada sesi penutup. Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 454 kaunter berbanding 347 manakala 475 kaunter tidak berubah, 1143 tidak diniagakan dan 96 digantung. Jumlah dagangan menyusut...
Bursa Malaysia Kekal Momentum Positif Pada Tengah Hari
Bursa Malaysia meningkat pada tengah hari, disokong dengan minat belian dalam produk dan perkhidmatan perindustrian serta kaunter perkhidmatan kewangan, menjejaki peningkatan di pasaran serantau. Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 12.62 mata kepada 1,528.18 daripada 1,515.56 semasa ditutup semalam. Indeks utama itu dibuka tinggi 2.51 mata kepada 1,518.07 dan bergerak antara 1,518.07 hingga 1,529.03 sepanjang sesi dagangan pagi. Di pasaran lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 424 berbanding 338 manakala 448 kaunter tidak berubah, 1,209 tidak diniagakan dan 96 yang lain digantung dagangan. Jumlah dagangan sebanyak 1.41 bilion saham bernilai RM883.49 juta. Dalam kalangan saham...
Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Pada Awal Dagangan
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives tinggi semasa awal dagangan pada Selasa. Pada 9.35 pagi, April 2025, Jun 2025 dan September 2025 meningkat 5.5 mata masing-masing kepada 1,522.0, 1,516.0 dan 1,502.0 dan Mei 2025 melonjak 6.0 mata kepada 1,516.5. Jumlah dagangan sebanyak 1,623 lot manakala kepentingan terbuka pada 44,048 kontrak. Pada 9.50 pagi, indeks FBM KLCI naik 5.98 mata kepada 1,521.54 daripada 1,515.56 ketika ditutup semalam. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2418186
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Dipacu Prestasi Wall Street
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini berikutan kenaikan Wall Street dipacu oleh kemerosotan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) dan penurunan tarif oleh Rumah Putih termasuk penarikan semula tarif berkaitan kereta sebanyak 25 peratus. Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.30 mata kepada 1,519.86 daripada 1,515.56 ketika ditutup semalam. Indeks penanda aras itu dibuka 2.51 mata lebih tinggi kepada 1,518.07. Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 146 berbanding 93, dengan 200 kaunter tidak berubah, 1,980 kaunter tidak diniagakan dan 96 yang lain digantung. Jumlah dagangan mencecah 65.22 juta saham bernilai RM26.55 juta. Dilaporkan bahawa Setiausaha Perdagangan Amerika...
Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi di pasaran tunai. Kontrak April 2025 susut 5.5 mata kepada 1,516.5, Mei 2025 dan Jun 2025 turun 8.5 mata setiap satu masing-masing kepada 1,510.5 dan September 2025 berkurangan 7.0 mata kepada 1,496.5. Jumlah dagangan berkurangan kepada 25,516 lot daripada 64,160 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka turun kepada 63,011 kontrak daripada 112,276 sebelumnya. Pada 5 petang, FBM KLCI turun 6.03 mata kepada 1,515.56 daripada paras penutup 1,521.59 pada Isnin. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2418060
Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Alami Fasa Konsolidasi Susulan Kenaikan Berturut-turut
Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Selasa dengan lebih rendah, diasak aktiviti pengambilan untung selepas beberapa hari meningkat di tengah-tengah prestasi pasaran serantau yang kebanyakannya positif. Pada 5 petang, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 6.03 mata kepada 1,515.56 daripada paras 1,521.59 di akhir dagangan semalam. Indeks penanda aras dibuka susut 0.61 mata pada 1,520.98 namun sempat meningkat ke paras tertinggi harian pada 1,524.50 dalam sesi tengah sebelum turun ke paras terendah harian 1,515.56 di akhir dagangan. Pasaran secara amnya adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 506 berbanding 405 manakala 450 kaunter tidak berubah, 1,079 tidak diniagakan dan 117 digantung...
Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Berikutan Pengambilan Untung Berterusan
Bursa Malaysia rendah semasa tengah hari pada Selasa, susulan prestasi tidak menentu ketika dagangan pagi disebabkan aktiviti pengambilan untung berterusan walaupun trend pasaran serantau kebanyakannya positif. Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.33 mata kepada 1,519.26 daripada 1,521.59 ketika ditutup semalam. Indeks itu dibuka 0.61 mata lebih rendah kepada 1,520.98 dan bergerak antara 1,518.68 hingga 1,524.50 sepanjang dagangan pagi. Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 411 berbanding 336, manakala 449 kaunter tidak berubah, 1,244 kaunter tidak diniagakan dan 117 digantung. Jumlah dagangan 2.18 bilion saham bernilai RM893.3 juta. Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti...
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Ekoran Pengambilan Untung
Bursa Malaysia dibuka sedikit rendah pada Selasa berikutan pengambilan untung selepas kenaikan yang dialami bursa tempatan baru-baru ini. Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.62 mata kepada 1,519.97 daripada 1,521.59 ketika ditutup semalam. Indeks penanda aras itu dibuka 0.61 mata lebih rendah kepada 1,520.98. Lingkungan pasaran adalah negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 115 berbanding 105, manakala 219 kaunter tidak berubah, 2,001 kaunter tidak diniagakan dan 117 yang lain digantung. Jumlah dagangan 85.49 juta saham bernilai RM35.33 juta. Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian semalam...
Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Awal Dagangan
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah semasa awal dagangan pada Selasa. Pada 9.35 pagi, April 2025 turun 1.5 mata kepada 1,520.50, Mei 2025 berkurangan 2.0 mata kepada 1,517.0, Jun 2025 susut 4.0 mata kepada 1,515.0, dan September 2025 menguncup 2.5 mata kepada 1,501.0. Jumlah dagangan sebanyak 3,886 lot manakala kepentingan terbuka pada 55,235 kontrak. Pada 9.48 pagi, indeks FBM KLCI naik 2.56 mata kepada 1,524.15 daripada 1,521.59 ketika ditutup semalam. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2417798
Bulgaria jual BON DENOMINASI EURO TERBESAR €4 bilion untuk tampung defisit bajet
Ringkasan Trend Pasaran Bulgaria jual bon Euro terbesar Beli bon 9 & 13 tahun, sambutan hangat Persediaan untuk penilaian euro 2024 Menurut laman Bloomberg, Bulgaria sedang melakukan penjualan terbesar bon berdenominasi euro dalam sehari dengan menjual sejumlah €4 bilion (RM 20 bilion) untuk membiayai defisit belanjawan yang semakin meningkat dalam persediaan untuk penerimaan euro. Negara Balkan itu menetapkan terma akhir untuk €2.25 bilion dalam bon 9 tahun dan €1.75 bilion dalam sekuriti 13 tahun, berdasarkan kepada maklumat yang diberikan oleh seorang individu yang tidak mahu dikenali. Perdana Menteri Rosen Zhelyazkov dengan kerajaan minoritinya berusaha mendapatkan dana untuk kekurangan belanjawan yang ditetapkan pada 3%...
Bursa Malaysia Naik Hari Keempat Berturut-turut, Indeks Komposit Ditutup Pada Paras Tertinggi Harian
Bursa Malaysia Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian hari ini dengan peningkatan hari keempat berturut-turut, yang mencerminkan sentimen positif berikutan penutupan kukuh Wall Street pada Jumaat lepas meskipun pasaran serantau mencatat prestasi bercampur-campur. Pada 5 petang, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 12.39 mata atau 0.82 peratus kepada 1,521.59 daripada 1,509.20 semasa ditutup pada Jumaat lepas. Indeks petunjuk pasaran dibuka 2.63 mata lebih tinggi kepada 1,511.83, dan menyusut kepada paras terendah 1,511.48 pada sesi awal sebelum terus meningkat ketika ditutup. Sentimen pasaran adalah positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 519 berbanding 420 manakala 436 kaunter...
Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Bursa Malaysia mencatat prestasi bercampur-campur pada tengah hari berikutan petunjuk positif menyeluruh daripada prestasi Wall Street pada Jumaat lepas ketika ketidaktentuan berkaitan perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China yang semakin reda selepas Presiden AS Donald Trump mengambil pendekatan kurang agresif. Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 9.53 mata atau 0.63 peratus kepada 1,518.73 berbanding 1,509.20 semasa ditutup pada Jumaat lepas. Indeks ini dibuka 2.63 mata lebih tinggi kepada 1,511.83 dan bergerak antara 1,511.48 hingga 1,520.08 sepanjang sesi dagangan pagi. Bagaimanapun, di pasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 430 berbanding 400 manakala 391 kaunter...
Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal
Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives tinggi dalam dagangan awal hari ini. Pada 9.30 pagi, April 2025 naik 3.5 mata kepada 1,512.50, Mei 2025 meningkat lima mata kepada 1,512.0, Jun 2025 menambah 6.5 mata kepada 1,510.50 dan September 2025 menokok empat mata kepada 1,495.50. Jumlah dagangan sebanyak 11,622 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 58,896 kontrak. Pada 9.48 pagi, indeks kadar asas FBM KLCI meningkat 5.0 mata kepada 1,514.20 daripada 1,509.20 pada Jumaat lepas. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2417382
Bursa Malaysia Mulakan Dagangan Dengan Kukuh Susulan Petunjuk Positif Daripada Wall Street
Bursa Malaysia dibuka positif, didorong oleh prestasi Wall Street yang baik berikutan ketidakpastian mengenai perang perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang terus mereda. Pada 9.04 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.09 mata kepada 1,513.29 daripada 1,509.20 semasa ditutup pada Jumaat lepas. Indeks petunjuk pasaran pada awalnya naik 2.63 mata, dibuka pada 1,511.83. Suasana pasaran positif dengan 154 kaunter untung mengatasi 70 kaunter rugi. Sejumlah 249 kaunter tidak berubah manakala 1,994 kekal tidak diniagakan dan 58 yang lain digantung. Jumlah dagangan sebanyak 68.48 juta saham bernilai RM35.25 juta. Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata sentimen...
Bursa Malaysia Berjaya Bendung Akses Dan Aktiviti Dagangan Tanpa Kebenaran
Bursa Malaysia Bhd dengan kerjasama rapat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menjelaskan mengenai kerugian kesan daripada insiden akses dan aktiviti dagangan tanpa kebenaran yang berlaku pada 24 April 2025, dikenal pasti dan berjaya dibendung. Insiden ini yang melibatkan akaun dagangan dalam talian milik pelanggan di bawah sebilangan kecil broker, kini dikenal pasti dan langkah diambil bagi mengelakkan kejadian berulang. Bursa Malaysia dalam satu kenyataan berkata, bagi menangani kesannya, pengawal selia pasaran modal bekerjasama dengan pihak industri untuk menyelesaikan kesan dagangan tanpa kebenaran tersebut secara adil dan telus. Katanya, pihaknya sudah memulakan perbincangan dengan broker yang terjejas mengenai cara untuk...
Prospek Berhati-hati Bagi Bursa Malaysia Minggu Depan Susulan Pelabur Tunggu Respons Terhadap Tarif AS
Bursa Malaysia dijangka mengekalkan prospek berhati-hati minggu depan, bergerak dalam jajaran kecil antara 1,513 dan 1,515 berikutan pelabur menunggu kejelasan mengenai respons strategik Malaysia terhadap pengumuman tarif oleh Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini daripada sidang khas Dewan Rakyat pada 5 Mei. Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata menambah kepada sentimen berhati-hati, minggu depan merupakan minggu dagangan yang singkat, dengan Bursa Malaysia ditutup pada Khamis sempena sambutan Hari Pekerja -- berpotensi menjejaskan kecairan pasaran dan mengehadkan momentum kenaikan. “Walaupun mencatat kenaikan baru-baru ini, FBM KLCI bergelut untuk melepasi paras halangan psikologi...
Back
Top
Log in Register