BTC USD 83,642.1 Gold USD 4,156.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Stocks News

A dynamic discussion space where members share and analyze the latest stock market news from around the globe. Topics include market trends, major index movements, company earnings, economic updates, and geopolitical events impacting stocks. Participants exchange insights, predictions, and strategies, fostering an engaging community for both novice and experienced investors.
Saham AS meningkat apabila tumpuan beralih kepada keputusan pendapatan TESLA
Ringkasan Trend Pasaran Saham AS pulih selepas penurunan sesi lepas Tesla hadapi cabaran politik dan prestasi jualan Emas dan aset selamat melonjak melebihi $3,500 Menurut laman Bloomberg, pasaran saham AS berjaya pulih dari penurunan sesi sebelumnya sementara pelabur menunggu keputusan dari Tesla Inc. Indeks S&P 500 meningkat 1.7% di New York pada hari Selasa, manakala Indeks Nasdaq 100 naik 2.0%, semuanya kerana lonjakan harga selepas gesaan Presiden Donald Trump kepada Pengerusi Federal Reserve, Jerome Powell, untuk menurunkan kadar faedah. Indeks Cboe VIX kekal sekitar 31. Dolar AS stabil selepas satu indikator untuk mata wang tersebut mencapai paras terendah dalam tempoh 15 bulan, walaupun menurut Goldman Sachs, kelemahan ini...
Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Sentimen Berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti jualan dalam sektor perkhidmatan kewangan dan produk industri dan perkhidmatan berwajaran tinggi dalam persekitaran ketegangan antara Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) AS Jerome Powell. CIMB susut 11 sen kepada RM6.75, Hong Leong Bank merosot 44 sen kepada RM19.54 dan Press Metal Aluminium turun 10 sen kepada RM4.70. Tiga kaunter itu mengheret turun dengan gabungan 5.04 mata dalam indeks berkenaan. Pada 5.00 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berkurangan 13.22 mata atau 0.88 peratus kepada 1,486.25 daripada 1,499.47 semasa ditutup pada Isnin. Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 7.03 mata kepada 1,492.44, dan bergerak antara...
Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi di pasaran tunai pendasar Kontrak April 2025, Mei 2025 dan Jun 2025 turun 4.5 mata setiap satu masing-masing kepada 1,485.50, 1,483.50 dan 1,479.50 manakala September 2025 susut 5.5 mata kepada 1,464.0. Jumlah dagangan meningkat kepada 5,745 lot daripada 4,182 lot pada Isnin dan kepentingan terbuka naik kepada 45,220 kontrak daripada 44,174 kontrak. Pada 5 petang, FBM KLCI turun 13.22 mata atau 0.88 peratus kepada 1,486.25 daripada paras penutup 1,499.47 pada Isnin. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2415650
Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari, Indeks Komposit Susut 0.93 Peratus
Bursa Malaysia terus berada dalam wilayah kurang memberangsangkan setakat dagangan tengah hari ini susulan aktiviti jualan membabitkan saham-saham perkhidmatan kewangan dan penjagaan kesihatan. Perkembangan itu berlaku ketika prestasi Wall Street diasak tekanan berikutan perbalahan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dengan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Jerome Powell berkaitan gesaan menurunkan kadar faedah, termasuk ancaman agar peneraju bank pusat itu dipecat. Pada 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 13.93 mata atau 0.93 peratus kepada 1,485.54 daripada 1,499.47, semalam. Saham wajaran tinggi CIMB susut 11 sen kepada RM6.75, Public Bank turun lima sen kepada RM4.35 manakala...
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Perbalahan Trump-fed, Tekanan Dagangan
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini seiring prestasi hambar  semalaman Wall Street ketika pertikaman lidah antara Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Jerome Powell mencetuskan kebimbangan pelabur di tengah-tengah perang dagangan yang meruncing. Pada 9.30 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 12.44 mata kepada 1,487.03 daripada 1,499.47. Indeks utama itu dibuka susut 7.03 mata kepada 1,492.44. Sentimen pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 351 berbanding 86 manakala 283 kaunter lain tidak berubah, 1,705 tidak diniagakan dan 30 lain digantung dagangannya. Jumlah dagangan sebanyak 536.74 juta saham bernilai RM190.98 juta. Naib...
Traders Tidak Terpengaruh Dalam Jualan Pasaran Paling Tenang Disebalik Hari-Hari Besar Semakin Dekat
Ringkasan Trend Pasaran Prestasi S&P 500 lebih rendah daripada jangkaan Kebanyakan pelabur masih membeli saham Pasaran agak tenang walaupun kadar Volatility Index tinggi Menurut laman Bloomberg, pasaran saham mengalami suasana tenang walaupun dengan kejatuhan S&P 500 sebanyak 4%. Dave Lutz, seorang veteran pasaran selama 30 tahun, menyatakan bahawa hari kejatuhan ini adalah yang paling sunyi dan tenang yang pernah beliau alami. Aktiviti jual beli saham dan opsyen sangat rendah. Sebelum ini, pada awal bulan April, S&P 500 mengalami kejatuhan lebih 10% selepas pengumuman tarif oleh Presiden Donald Trump, kemudian meningkat 9.5% selepas tarif tersebut ditunda sementara. Namun, kali ini, pelabur nampaknya lebih tenang walaupun masih...
Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari
Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi lebih rendah kerana pelabur mengambil keuntungan berikutan ketegangan perang perdagangan yang semakin meningkat. Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.72 mata atau 0.18 peratus kepada 1,496.68 daripada 1,499.40 ketika ditutup pada Jumaat. Indeks dibuka 2.68 mata lebih tinggi kepada 1,502.08 dan seterusnya bergerak rendah pada 1,495.99. Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 448 berbanding 241 manakala 419 kaunter tidak berubah, 1,317 kaunter tidak diniagakan dan 39 yang lain digantung. Jumlah dagangan sebanyak 867.10 juta unit bernilai RM517.69 bilion. Hong Leong Investment Bank berkata hala tuju pasaran jangka terdekat bergantung...
Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal
Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah dalam dagangan awal hari ini. Pada 9.44 pagi, kontrak April 2025 dan Jun 2025, masing-masing berkurangan 6.5 mata kepada 1,490.05 dan 1,483.0. Mei 2025 berkurangan 6.0 mata kepada 1,488.50 dan September 2025 merosot 1.0 mata kepada 1,474.0. Jumlah dagangan sebanyak 854 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 40,786 kontrak. Indeks asas FBM KLCI merosot 1.99 mata kepada 1,497.41 selepas 44 minit dagangan daripada 1,499.40 pada Jumaat lepas. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2414897
Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan
Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi kemudiannya susut berikutan sentimen pasaran menjadi berhati-hati. Pada 9.19 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.40 mata kepada 1,498.0 daripada 1,499.40 pada Jumaat lepas. Indeks petunjuk pasaran sebelum ini dibuka tinggi 2.68 mata kepada 1,502.08. Pasaran secara keseluruhannya negatif sedikit, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 206 berbanding 154. Sejumlah 264 saham tidak berubah, 1,801 tidak diniagakan dan 39 yang lain digantung. Malacca Securities Sdn Bhd berpendapat perang perdagangan yang berterusan boleh menjejaskan pertumbuhan global apabila perniagaan mengambil pendekatan tunggu dan lihat, berpotensi menangguhkan pelan pengembangan dan menyebabkan...
Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Meningkat Minggu Depan
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengekalkan trajektori meningkat dalam tempoh terdekat disokong oleh sentimen yang bertambah baik sejajar dengan prestasi di pasaran tunai. Ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata bagaimanapun risiko luar masih lagi kekal. “Tumpuan utama minggu depan adalah lawatan delegasi Malaysia ke Washington, yang diketuai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk mengadakan perbincangan mengenai tarif. "Pasaran optimis dalam berhati-hati, mengambil kira hasil yang pragmatik memandangkan rekod prestasi baik Tengku Zafrul dalam diplomasi perdagangan. Rangka...
Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini sejajar dengan prestasi di pasaran tunai. Kontrak April 2025 dan Mei 2025 meningkat 13.5 mata masing-masing kepada 1,497.0 dan 1,494.5, Jun 2025 naik 12.5 mata kepada 1,489.5;dan September 2025 menokok 15.0 mata kepada 1,475.0. Jumlah dagangan berkurangan kepada 3,707 lot daripada 10,411 lot pada Khamis dan kepentingan terbuka susut kepada 43,793 kontrak daripada 50,723 kontrak sebelumnya. Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 16.13 mata kepada 1,499.40 daripada 1,483.27 pada Khamis. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2414314
Bursa Malaysia Naik 1.09 Peratus, Sedikit Lagi Cecah Paras Psikologi 1,500
Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi pada hari dagangan terakhir minggu ini disokong oleh petunjuk positif serantau dan sentimen pelabur yang memulih, walaupun hanya sedikit sahaja lagi untuk mencecah paras psikologi 1,500. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 16.13 mata, atau 1.09 peratus, kepada 1,499.40 berbanding 1,483.27 ketika ditutup pada Khamis. Indeks penanda aras dibuka 1.63 mata lebih rendah kepada 1,481.64 dan kemudiannya susut kepada 1,480.52 pada awal dagangan sebelum kembali mengukuh untuk ditutup pada paras tertinggi harian. Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi dengan 543 berbanding 256, manakala 441 kaunter tidak berubah, 1,183 tidak diniagakan dan 29 kaunter digantung...
FBM KLCI Tinggi Semasa Akhir Sesi Dagangan Pagi Didorong Saham Perbankan, Telekomunikasi
Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong pembelian berlanjutan ke atas saham berwajaran tinggi terutama sektor perbankan, telekomunikasi dan perladangan, dalam keadaan minat pelabur yang berterusan serta prospek sektor yang optimistik. Pada 12.30 tengah hari FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 9.75 mata atau 0.66 peratus kepada 1,493.02 daripada 1,483.27 ketika ditutup semalam. Indeks penanda aras itu dibuka 1.63 mata lebih rendah kepada 1,481.64 dan bergerak antara 1,480.52 hingga 1,493.69 sepanjang sesi pagi. Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 309 berbanding 271, manakala 396 kaunter tidak berubah, 1,447 kaunter tidak diniagakan dan 29...
Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal
Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives tinggi dalam dagangan awal hari ini. Pada 9.17 pagi, April 2025 menambah 7.5 mata kepada 1,491.0, Mei 2025 naik 7.0 mata kepada 1,488.0, Jun 2025 meningkat 6.5 mata kepada 1,483.5 dan September 2025 naik 6.0 mata kepada 1,466.0. Jumlah dagangan sebanyak 1,664 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 42,628 kontrak. Sementara itu, FBM KLCI naik 5.04 mata kepada 1,488.31 selepas 37 minit dagangan daripada 1,483.27 pada Khamis. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2414063
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Bursa Malaysia diniagakan tinggi pada sesi dagangan awal hari ini, menjejaki prestasi Wall Street yang bercampur-campur berikutan pelabur kekal optimis dengan berhati-hati dalam ketidaktentuan berterusan mengenai prospek tarif Amerika Syarikat (AS). Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.19 mata kepada 1,488.46 daripada 1,483.27 pada Khamis. Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 1.63 mata kepada 1,481.64. Suasana pasaran positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 158 berbanding 112. Sejumlah 218 kaunter tidak berubah, 1,935 tidak diniagakan dan 29 yang lain digantung. Jumlah dagangan sebanyak 231.25 juta saham bernilai RM58.88 juta. Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd...
Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Akhiri Sesi Dagangan Pagi Dengan Prestasi Tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi tinggi sedikit selepas permulaan yang lembap pada Khamis, disokong oleh kenaikan dalam saham berwajaran tinggi didahului sektor produk pengguna, telekomunikasi dan perbankan. Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 7.86 mata atau 0.53 peratus kepada 1,484.78 daripada 1,476.92 ketika ditutup semalam. Indeks penanda aras itu dibuka 1.75 mata lebih rendah kepada 1,475.17, dan bergerak antara 1,473.21 hingga 1,486.28 sepanjang sesi pagi. Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 382 berbanding 355 manakala 419 kaunter tidak berubah, 1,254 kaunter tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung. Jumlah dagangan mencecah...
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Prestasi Hambar Wall Street
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis, menjejaki penurunan Wall Street dalam tempoh semalaman apabila pelabur kekal dengan sentimen berhati-hati dalam keadaan ketidaktpastian ekonomi yang berterusan berkaitan dasar tarif Amerika Syarikat (AS). Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.00 mata kepada 1,473.92 daripada 1,476.92 ketika ditutup semalam. Indeks penanda aras itu dibuka 1.75 mata lebih rendah kepada 1,475.17. Lingkungan pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 232 berbanding 91, manakala 212 kaunter tidak berubah, 1,875 kaunter tidak didagangkan, dan 19 yang digantung. Jumlah dagangan sebanyak 141.63 juta saham bernilai RM64.54 juta. Naib Presiden Penyelidikan...
Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada awal dagangan hari ini. Pada 9.16 pagi, April 2025 menambah 3.0 mata kepada 1,467.5, manakala Mei 2025 dan Jun 2025 masing-masing meningkat 3.5 mata kepada 1,466.0 dan 1,462.0 serta September 2025 naik 4.0 mata kepada 1,447.5. Jumlah dagangan mencecah 1,401 lot manakala kepentingan terbuka sebanyak 44,447 kontrak. Selepas 37 minit dagangan, FBM KLCI susut 1.35 mata kepada 1,475.57 daripada 1,476.92 ketika ditutup semalam. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2413596
Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Lebih Rendah
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini sejajar dengan pasaran tunai. April 2025 jatuh 10.5 mata kepada 1,464.5, Mei 2025 susut 10.0 mata kepada 1,462.5, Jun 2025 merosot 11.0 mata kepada 1,458.5 dan September 2025 berkurangan 11.5 mata kepada 1,443.5. Jumlah dagangan meningkat kepada 8,608 lot daripada 7,437 lot yang dicatatkan semalam, manakala kepentingan minat terbuka menokok kepada 47,068 kontrak berbanding 44,387 kontrak sebelum ini. Pada 5 petang, FBM KLCI merosot 9.51 mata kepada 1,476.92 daripada 1,486.43. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2413496
Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini, terjejas oleh aktiviti pengambilan untung yang berterusan di tengah-tengah kebimbangan terhadap tarif perdagangan global. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 9.51 mata mewakili 0.64 peratus kepada 1,476.92 berbanding paras penutup 1,486.43 pada Selasa. Indeks petunjuk pasaran dibuka 0.02 mata lebih tinggi kepada 1,486.45 dan bergerak antara 1,472.84 dan 1,487.50 sepanjang hari. Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 573 berbanding 320, manakala 434 kaunter tidak berubah, 1,071 tidak diniagakan dan sembilan digantung. Jumlah dagangan turun kepada 3.00 bilion unit bernilai RM1.65 bilion daripada 3.36 bilion unit bernilai RM1.91 bilion pada...
Back
Top
Log in Register