BTC USD 83,126.9 Gold USD 4,179.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Stocks News

A dynamic discussion space where members share and analyze the latest stock market news from around the globe. Topics include market trends, major index movements, company earnings, economic updates, and geopolitical events impacting stocks. Participants exchange insights, predictions, and strategies, fostering an engaging community for both novice and experienced investors.
Bursa Malaysia Gantung Jualan Singkat Intra Hari 18 Saham
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Bursa Malaysia hari ini menggantung jualan singkat intra hari (IDSS) untuk 18 saham selepas harga terakhirnya susut lebih 15 peratus atau 15 sen daripada harga rujukan. Saham syarikat yang digantung itu antaranya meliputi syarikat-syarikat terkenal seperti Yinson Holding Bhd, Hibiscus Petroleum Bhd, Dialog Group Bhd, Malaysian Pacific Industries (MPI), EcoWorld Development Group Bhd dan Dayang Enterprise Holding Bhd. Pada penutup dagangan, Yinson susut 35 sen kepada RM1.81, Hibiscus Petroleum turun 18 sen kepada RM1.45, MPI jatuh RM2.50 kepada RM14.66, Dialog turun 21 sen kepada RM1.23, EcoWorld susut 23 sen kepada RM1.60, dan Dayang jatuh 23 sen kepada RM1.56. Dalam beberapa makluman berasingan...
Prestasi Hambar Pasaran Serantau Heret Turun Bursa Malaysia
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Bursa Malaysia terus diasak tekanan prestasi suram pasaran serantau serta kebimbangan berlakunya perang dagangan global yang menyaksikan indeks petunjuk utama susut 4.01 peratus pada akhir dagangan hari ini. Penyusutan ketara di Indeks Hang Seng Hong Kong yang merosot 13.22 peratus untuk ditutup pada paras 19,828.30 manakala Nikkei 225 Jepun turun 7.83 peratus kepada 31,136.58, Indeks Straits Times Singapura menguncup 7.66 peratus kepada 3,532.80 dan Kospi Korea Selatan kehilangan 5.57 peratus kepada 2,328.20. Pada 5 petang, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 60.34 mata kepada 1,443.80 daripada 1,504.14 pada akhir dagangan Jumaat lepas. Indeks penanda aras itu memulakan dagangan dengan...
Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi lemah di pasaran tunai pendasar. Kontrak April 2025 dan Mei 2025 turun 70.0 mata setiap satu masing-masing kepada 1,432.5 dan 1,431.0, Jun 2025 susut 65.5 mata kepada 1,429.0 dan September 2025 berkurangan 68.0 mata kepada 1,414.5. Jumlah dagangan meningkat kepada 20,217 lot daripada 8,073 lot pada Jumaat minggu lepas manakala kepentingan terbuka naik kepada 56,474 kontrak daripada 44,881 kontrak. Pada 5 petang, FBM KLCI susut 60.34 mata kepada 1,443.80 daripada paras penutup 1,504.14 sebelumnya. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2409988
Bursa Malaysia Dibuka Rendah
Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan rendah dalam dagangan awal hari ini, merosot di bawah paras 1,500, menjejaki prestasi Wall Street yang kurang menggalakkan pada Jumaat lepas berikutan kebimbangan dan ketidaktentuan dalam pasaran global. Pada 9.04 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 49.92 mata atau 3.32 peratus kepada 1,454.22 daripada 1,504.14 pada Jumaat lepas. Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 28.83 mata kepada 1,475.31. Suasana pasaran turut negatif. Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 748 berbanding 39 manakala 148 kaunter tidak berubah, 1,424 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung. Jumlah dagangan sebanyak 321.42 juta saham bernilai RM221.58...
Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Seiring Prestasi Pasaran Tunai Minggu Depan
KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan seiring dengan pasaran tunai minggu depan. Pasaran tunai mungkin didagangkan dalam mod lebih berhati-hati walaupun pelabur berkemungkinan telah menyerap kesan tarif Amerika Syarikat (AS) Pada asas Jumaat ke Jumaat, April 2025 susut 9.5 mata kepada 1,502.5, kontrak bulan Mei 2025 berada pada 1,501.0, Jun 2025 merosot 11.5 mata kepada 1,494.5 dan September 2025 turun 11.0 mata kepada 1,482.5. Jumlah dagangan menyusut dengan ketara kepada 25,964 lot minggu ini daripada 207,315 lot pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka turun kepada 44,881 kontrak daripada 59,411 kontrak sebelumnya...
Sentimen Di Bursa Malaysia Dijangka Berhati-hati Minggu Depan
Oleh Siti Radziah Hamzah KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) -- Aktiviti membeli saham berharga rendah dijangka muncul di Bursa Malaysia minggu depan dengan jangkaan tekanan jualan berkurangan ketika para pelabur mula mencerna kesan tarif Amerika Syarikat (AS). Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata, peluang membeli dijangka muncul, terutamanya bagi saham mewah yang asasnya kukuh dengan hasil dividen menarik untuk melindung nilai daripada kelemahan pasaran ketika ini. Selain itu, katanya, tarif AS ke atas Malaysia agak rendah berbanding negara serantau lain. "Oleh itu, kami menjangkakan FBM KLCI berada dalam jajaran 1,500-1,530 minggu depan," katanya kepada Bernama. Sementara itu, rakan...
Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Jualan Berterusan, CI Susut 0.97 Peratus
Oleh Siti Radziah Hamzah KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup lebih rendah hari ini dengan indeks petunjuk pasaran susut sebanyak 0.97 peratus susulan jualan berterusan merentasi pelbagai sektor membebankan pasaran yang terus merasai kesan daripada kenaikan tarif Amerika Syarikat (AS). Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menurun 14.77 mata kepada 1,504.14 daripada 1,518.91 ketika ditutup pada Khamis. Indeks petunjuk pasaran dibuka 9.90 mata lebih rendah pada 1,509.01 dan turun naik antara 1,500.90 dan 1,515.74 sepanjang hari. Di pasaran yang lebih menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 777 berbanding 185 manakala 366 kaunter tidak berubah, 1,031 kaunter tidak diniagakan dan 19...
Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah
KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di  Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, seiring dengan pasaran tunai pendasar. April 2025 dan Mei 2025 masing-masing merosot 12.0 mata kepada 1,502.50 dan 1,501.0, Jun 2025 turun 12.5 mata kepada 1,494.50, dan September 2025 susut 24.0 mata kepada 1,482.5. Jumlah dagangan meningkat kepada 8,073 lot daripada 8,016 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 44,881 kontrak daripada 45,226 kontrak sebelumnya. Pada 5 petang, FBM KLCI merosot 14.77 mata kepada 1,504.14 berbanding 1,518.91 ketika ditutup pada Khamis. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2409160
Kadar Jangka Pendek Ditutup Kukuh
KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan. Mudah tunai dalam sistem konvensional susut kepada RM31.23 bilion daripada RM31.90 bilion pada sesi pagi manakala mudah tunai dalam dana Islam berkurangan kepada RM22.60 bilion daripada RM24.38 bilion sebelumnya. Terdahulu, bank pusat menawarkan dua tender repo berbalik. BNM juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik dan kemudahan murabahah bercagar dengan tempoh seminggu, sebulan dan tiga bulan. Pada 4 petang, bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM31.20 bilion dan tender pasaran...
Bursa Malaysia Rendah Seiring Wall Street, Pasaran Serantau Diasak Pelan Tarif AS
KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan susut sedikit, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang lemah dan diasak aktiviti jualan ketara serta pasaran serantau yang turut lesu susulan pengumuman rancangan tarif timbal balik Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump. Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 9.45 mata atau 0.62 peratus kepada 1,509.46 daripada 1,518.91 semalam. Indeks penanda aras itu dibuka 9.90 mata lebih rendah pada 1,509.01. Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 382 berbanding 47 manakala 183 kaunter tidak berubah, 1,747 tidak didagangkan dan 19 digantung dagangannya. Jumlah dagangan sebanyak 120.43 juta saham bernilai RM68.47 juta...
FBM KLCI Susut 0.5 Peratus Susulan Jualan Saham Wajaran Tinggi Terpilih
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini apabila indeks petunjuk pasaran merosot 0.5 peratus susulan jualan dalam saham wajaran tinggi terpilih yang diterajui Press Metal, IHH Healthcare dan Tenaga Nasional. Press Metal susut 16 sen kepada RM4.87, IHH Healthcare turun 14 sen kepada RM6.75 manakala TNB berkurangan 18 sen kepada RM13.58 yang mengakibatkan penurunan 6.12 mata dalam indeks petunjuk pasaran. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 7.61 mata kepada 1,518.91 daripada paras penutup 1,526.52 pada Rabu. Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah turun 9.22 mata kepada 1,517.30 dan turun naik antara paras 1,512.32 dan 1,524.41 sepanjang hari dagangan. Di keseluruhan pasaran, kaunter...
Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Kontral niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi di pasaran tunai pendasar. Kontrak  April 2025 turun 10.5 mata kepada 1,514.5, Mei 2025 susut 10.0 mata kepada 1,513.0, Jun 2025 berkurangan 9.5 mata kepada 1,507.0 dan September 2025 merosot 12.0 mata kepada 1,494.0. Jumlah dagangan menyusut kepada 8,016 lot daripada 9,875 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka turun kepada 45,226 kontrak daripada 47,782 kontrak. Pada 5 petang, FBM KLCI berkurangan 7.61 mata kepada 1,518.91 daripada paras penutup 1,526.52 sebelumnya. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2408805
Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi dengan rendah sedikit selari dengan pasaran serantau, apabila Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan pelan tarif timbal baliknya. Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 4.40 mata atau 0.29 peratus kepada 1,522.12 daripada 1,526.52 ketika ditutup semalam. Indeks penanda aras itu dibuka 9.22 mata lebih rendah kepada 1,517.30 dan bergerak antara 1,517.30 dan 1,524.41 sepanjang sesi dagangan pagi. Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 449 berbanding 348, manakala 400 kaunter tidak berubah, 1,150 tidak diniagakan dan lapan yang lain digantung. Jumlah dagangan mencecah 1.62 bilion saham bernilai...
FBM KLCI Susut Dalam Dagangan Awal Berikutan Pengumuman Tarif AS
Oleh Siti Radziah Hamzah KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia rendah 0.52 peratus dalam dagangan awal hari ini seiring dengan pasaran serantau berikutan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan pengenaan tarif sekurang-kurangnya 10 peratus kepada semua negara berkuat kuasa 5 April dan “tarif timbal balik individu yang lebih tinggi” di negara tertentu berkuat kuasa 9 April. Semua negara lain akan terus tertakluk kepada dasar tarif asal pada 10 peratus. Negara-negara ASEAN akan menjadi antara yang terjejas tinggi, dengan Malaysia menghadapi tarif timbal balik sebanyak 24 peratus berbanding Kemboja sebanyak 49 peratus. Pada 9.03 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 7.95...
Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah dalam dagangan awal. Pada 9.39 pagi, kontrak April 2025 susut 13.5 mata kepada 1,511.50, Mei 2025 berkurangan 13.0 mata kepada 1,510.0, Jun 2025 susut 19.5 mata kepada 1,497.0 dan September 2025 merosot 16.0 mata kepada 1,490.0. Jumlah dagangan sebanyak 2,367 lot dengan kepentingan terbuka 40,701 kontrak. Sementara itu, FBM KLCI susut 5.02 mata kepada 1,521.50 selepas 39 minit dagangan berbanding 1,526.52 semasa ditutup pada Rabu. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2408586
Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi
KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar. Kontrak April 2025 naik 3.0 mata kepada 1,525.0, Mei 2025 meningkat 11.0 mata kepada 1,523.0, Jun 2025 menokok 10.5 mata kepada 1,516.5 manakala September 2025 melonjak 12.5 mata kepada 1,506.0. Jumlah dagangan berkurangan kepada 9,875 lot daripada 18,475 lot pada Jumaat minggu lepas manakala kepentingan terbuka susut kepada 47,782 kontrak daripada 59,411 kontrak sebelumnya. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 12.87 mata atau 0.85 peratus ke paras tertinggi hari ini pada 1,526.52 daripada paras penutup 1,513.65...
Indeks Utama FBM KLCI Naik 12.87 Mata Ke Paras Intra Harian Tertinggi
KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia meningkat pada akhir urus niaga Rabu didorong oleh aktiviti memburu saham berharga rendah walaupun sentimen pasaran secara keseluruhannya kekal berhati-hati, kata penganalisis. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 12.87 mata atau 0.85 peratus yang mencecah paras tertinggi harian pada 1,526.52 berbanding 1,513.65 pada akhir urus niaga Jumaat lepas. Indeks penanda aras itu dibuka naik 3.49 mata pada 1,517.14 namun kemudiannya mencecah paras terendah harian pada 1,514.08. Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 637 berbanding 288 manakala 428 kaunter tidak berubah, 995 tidak didagangkan dan sembilan digantung dagangannya. Jumlah...
Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Pada Awal Dagangan
KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives tinggi semasa awal dagangan pada Jumaat. Pada 9.41 pagi, April 2025 naik 1.5 mata kepada 1,513.40, Mei 2025 meningkat satu mata kepada 1,513.0, Jun 2025 meningkat tiga mata kepada 1,509.0, dan September 2025 menokok 3.5 mata kepada 1,497.0. Jumlah dagangan mencecah 3,213 lot manakala kepentingan terbuka sebanyak 42,114 kontrak. Selepas 41 minit dagangan, FBM KLCI menambah 1.85 mata kepada 1,515.50 daripada 1,513.65 ketika ditutup pada Jumaat. Bursa Malaysia dan anak syarikatnya ditutup pada 31 Mac dan 1 April sempena cuti umum Aidilfitri. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2408245
Bursa Malaysia Dibuka Bercampur-campur Berikutan Dagangan Lengang
KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur berikutan dagangan lengang disebabkan minggu dagangan singkat dan pasaran berhati-hati menjelang pengumuman tarif timbal balik Amerika Syarikat (AS) lewat hari atau awal pagi esok, waktu Malaysia. Bursa Malaysia dan anak syarikatnya akan ditutup pada 31 Mac dan 1 April sempena cuti umum Aidilfitri. Pada 9.12 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.38 mata kepada 1,518.03 daripada 1,513.65 ketika ditutup pada Jumaat. Indeks utama dibuka 3.49 mata tinggi pada paras 1,517.14. Pergerakan harga di pasaran menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 220 berbalas 118 manakala 264 kaunter tidak berubah, 1,749 tidak diniagakan dan...
Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Dalam Persekitaran Ketidaktentuan Tarif AS
Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia diunjur mengekalkan trend diniagakan tidak berubah minggu depan disebabkan minggu dagangan yang singkat, berlegar sekitar julat 1,505-1,515. Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata minggu depan, perhatian akan beralih kepada pengumuman Amerika Syarikat (AS) mengenai 25 peratus tarif ke atas semua kereta buatan asing, berkuat kuasa 2 April depan. "Menambahkan kerumitan, moratorium larangan TikTok oleh Presiden AS Donald Trump akan tamat pada 5 April, berpotensi berfungsi sebagai alat tawar-menawar dalam rundingan tarif. Kesediaannya untuk melonggarkan tarif terhadap import China sebagai pertukaran untuk resolusi...
Back
Top
Log in Register