BTC USD 83,069.2 Gold USD 4,163.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Stocks News

A dynamic discussion space where members share and analyze the latest stock market news from around the globe. Topics include market trends, major index movements, company earnings, economic updates, and geopolitical events impacting stocks. Participants exchange insights, predictions, and strategies, fostering an engaging community for both novice and experienced investors.
FBM KLCI Ditutup Tinggi Sedikit Disokong Minat Belian Dalam Saham Wajaran Tinggi
Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit hari ini di tengah-tengah dagangan yang tidak menentu sepanjang hari, disokong oleh minat belian yang sederhana dalam saham wajaran tinggi terpilih. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.76 mata, atau 0.11 peratus, kepada 1,627.43 daripada 1,625.67 pada Jumaat minggu lepas. Indeks petunjuk utama pasaran itu dibuka tinggi naik 1.80 mata kepada 1,627.47 dan bergerak turun naik antara paras 1,626.23 dan 1,633.84 sepanjang sesi dagangan. Suasana pasaran negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 604 berbanding 482, manakala 560 kaunter tidak berubah, 1,092 tidak diniagakan dan 11 digantung. Jumlah dagangan meningkat kepada 3.77...
Sentimen Berhati-hati, Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari
Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih tinggi dalam persekitaran sentimen berhati-hati dan pengumpulan terpilih dalam saham wajaran tinggi. Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.25 peratus atau 4.12 mata kepada 1,629.79 daripada 1,625.67 ketika ditutup pada Jumaat. Indeks petunjuk pasaran dibuka tingg 1.80 mata kepada 1,627.47, seterusnya bergerak antara 1,626.98 dan 1,633.84 pada sesi dagangan tersebut. Pasaran lebih luas adalah negatif dengan 540 kaunter rugi mengatasi 362 kaunter untung manakala 517 kaunter tidak berubah, 1,319 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung dagangan. Jumlah dagangan sebanyak 2.17 bilion unit bernilai RM1.08 bilion. Hong Leong Investment Bank Bhd berkata...
Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka bergerak mendatar minggu depan susulan para peniaga menunggu angka unjuran eksport yang bakal dikeluarkan, kata seorang peniaga. Peniaga minyak sawit David Ng berkata angka daripada syarikat penyelidik kargo dijangka memberi gambaran yang lebih jelas mengenai sentimen pasaran dan arah aliran harga pada minggu hadapan. “Kami menjangka harga bergerak antara RM4,050 hingga RM4,250 satu tan,” katanya kepada Bernama. Bagi asas perbandingan mingguan, kontrak Disember 2025 naik RM18 kepada RM4,100 satu tan, Januari 2026 menambah RM19 kepada RM4,128 satu tan, Februari 2026 meningkat RM8 kepada RM4,145 satu tan, manakala Mac 2026 naik RM2 kepada RM4,159...
Kontrak Niaga Hadapan KLCI Dijangka Alami Dagangan Secara Berhati-hati Minggu Depan
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengalami dagangan secara berhati-hati minggu hadapan, menjejaki prestasi pasaran tunai. Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata peserta pasaran optimis namun berhati-hati memandangkan penilaian saham tempatan yang saksama. Beliau berkata walaupun penilaian saham Amerika Syarikat (AS) adalah tinggi namun saham Asia agak lebih murah. Beliau berkata memandangkan pelabur mengurangkan pendedahan kepada penilaian yang terlalu tinggi dalam sektor teknologi AS, pasaran serantau sebaliknya menawarkan harga lebih berpatutan, keterlihatan pendapatan yang kukuh, serta keadaan makro yang menyokong sekali gus...
Bursa Malaysia Dijangka Mendatar Minggu Depan Susulan Dasar Global, Isyarat Data Baharu
Bursa Malaysia dijangka mencatatkan pergerakan mendatar minggu depan apabila kalangan pelabur menunggu pusingan perkembangan dasar global yang baharu dan data ekonomi. Pengarah dan Penganalisis Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan berkata petunjuk utama yang perlu diteliti termasuk angka inflasi, data perdagangan dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Jepun selain pesanan eksport Taiwan dan data ekonomi Singapura. “Semua petunjuk ini akan membentuk latar belakang makro serantau apabila sentimen risiko global kekal lemah namun beransur-ansur pulih,” katanya kepada Bernama. Beliau berkata di peringkat domestik, tumpuan juga akan terarah kepada data perdagangan luar Malaysia dan Indeks Harga Pengguna (IHP)...
Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Seiring Prestasi Serantau Susulan Penurunan Wall Street
Bursa Malaysia mengakhiri peningkatan semalam dengan ditutup rendah pada Jumaat, seiring kelemahan prestasi serantau susulan penurunan di Wall Street, akibat kebimbangan baharu terhadap penilaian tinggi saham teknologi serta ketidaktentuan hala tuju dasar Rizab Persekutuan AS (Fed). Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 6.60 mata, atau 0.40 peratus, kepada 1,625.67 berbanding penutupan semalam pada paras 1,632.27. Indeks penanda aras itu dibuka 1.46 mata lebih rendah pada 1,630.81, dan bergerak antara 1,623.81 dan 1,630.96 sepanjang dagangan. Sentimen pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 827 berbanding 323, manakala 506 kaunter tidak berubah, 1,082 tidak didagangkan dan 10 digantung...
Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan rendah dalam dagangan awal, menjejaki kerugian di pasaran tunai. Pada pukul 9.30 pagi ini, kontrak November 2025 turun 16 mata kepada 1,622.0, Disember 2025 merosot 15.5 mata kepada 1,622.5, dan Mac 2026 menguncup 14 mata kepada 1,605.0 dan Jun 2026 berkurangan 2.5 mata kepada 1,623.5. Jumlah dagangan sebanyak 2,281 lot dengan kepentingan terbuka mencecah 44,569 kontrak. Indeks petunjuk pasaran FBM KLCI susut 6.92 mata kepada 1,625.35 selepas 47 minit dagangan dijalankan. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2490625
Bursa Malaysia  Dibuka Tinggi
Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, meskipun Wall Street ditutup bercampur-campur, dengan sentimen pasaran tempatan disokong kemungkinan berakhirnya penutupan kerajaan Amerika Syarikat (AS). Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.50 mata kepada 1,634.11, selepas dibuka 2.18 mata lebih tinggi pada 1,633.79, berbanding 1,631.61 ketika ditutup pada Rabu. Sentimen pasaran adalah positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 178 daripada 165, manakala 2,125 tidak diniagakan dan 10 digantung. Jumlah dagangan sebanyak 129.38 juta saham bernilai RM60.08 juta. Dalam nota penyelidikannya, Malacca Securities Sdn Bhd berkata Wall Street ditutup bercampur-campur, dengan harapan terhadap kemajuan...
Niaga Hadapan KLCI Dibuka Bercampur-campur
Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka bercampur-campur hari ini di tengah-tengah prestasi positif pasaran tunai. Pada 9.30 pagi ini, kontrak November 2025 susut setengah mata kepada 1,643.5, Disember 2025 dan Jun 2026 masing-masing pada 1,645.0 dan 1,630.0 manakala Mac 2026 menambah 1.5 mata kepada 1,627.0. Jumlah dagangan sebanyak 1,520 lot dan kepentingan terbuka berjumlah 44,191 kontrak. Indeks penanda aras FBM KLCI meningkat 2.10 mata kepada 1,636.93 selepas 48 minit dagangan dijalankan berbanding penutupan Selasa di paras 1,634.83. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2489783
Industri Pembrokeran Bursa Malaysia Terbit Kertas Cadangan Ketahanan Siber
Bursa Malaysia Bhd dengan kerjasama industri pembrokeran saham Malaysia hari ini mengumumkan kertas cadangan yang terdiri daripada satu siri peningkatan ketahanan siber untuk mengukuhkan integriti ekosistem saham. Bursa melalui satu kenyataan memberitahu peningkatan ini dibangunkan sebagai sebahagian daripada tindak balas kolektif industri terhadap insiden transaksi yang telah melanggar peraturan yang berlaku pada akhir April 2025. Kertas cadangan tesebut merupakan output kolektif kumpulan kerja industri yang dibentuk pada Jun lepas, merangkumi wakil-wakil daripada pertubuhan bukan perbankan yang menyertai (PO) dan organisasi yang disokong oleh bank selain pakar-pakar keselamatan siber, yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai...
Harga MSM Diunjurkan RM4,350 Satu Tan Tahun Ini, RM4,300 Pada 2026 - Apex Securities
Apex Securities Bhd mengekalkan unjuran harga purata minyak sawit mentah (MSM) bagi setahun penuh 2025 pada RM4,350 satu tan manakala RM4,300 pada tahun depan. Harga MSM setakat ini bagi 2025 adalah RM4,357 satu tan. Dalam nota penyelidikan hari ini, firma itu menjelaskan harga MSM meningkat sebanyak 0.9 peratus bulan ke bulan untuk ditutup pada RM4,412.50 satu tan pada Oktober. “Berdasarkan inventori minyak sawit yang dijangka berkurangan pada November hingga Disember disebabkan pengeluaran yang lebih rendah secara bermusim, kami menjangkakan harga MSM kekal kukuh. “Kekukuhan harga ini akan disokong oleh permintaan berterusan daripada segmen makanan dan biobahan api, di samping pertumbuhan pengeluaran yang lebih perlahan di...
Niaga Hadapan KLCI Dibuka Lebih Tinggi
Sesi niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka lebih tinggi hari ini seiring dengan prestasi positif asas pasaran tunai. Pada 9.30 pagi, kontrak November 2025 menokok 15.0 mata kepada 1,650.0, Disember 2025 naik 14.5 mata kepada 1,649.5, Mac 2026 meraih 14.0 mata kepada 1,629.5 manakala Jun 2026 pada 1,613.5. Jumlah dagangan sebanyak 2,187 lot dan kepentingan terbuka berjumlah 44,976 kontrak. Indeks petunjuk utama FBM KLCI menokok 11.31 mata kepada 1,638.69 selepas 30 minit dagangan dijalankan. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2489328
Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Seiring Prestasi Wall Street
Bursa Malaysia memulakan dagangan hari ini dengan lebih tinggi, didorong oleh limpahan positif ke atas pasaran tempatan susulan peningkatan semalaman Wall Street ketika anggota Dewan Senat Amerika Syarikat (AS) bertindak bagi mengakhiri penutupan operasi kerajaan negara maju itu. Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.33 mata kepada 1,632.71 daripada 1,627.38 yang dicatatkan semalam, selepas dibuka menokok 4.14 mata kepada 1,631.52. Sentimen pasaran secara meluas adalah positif  dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 312 berbanding 122 manakala 310 kaunter tidak berubah. Malacca Securities Sdn Bhd berkata dalam perkembangan ke arah menamatkan penutupan kerajaan AS...
Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup sedikit tinggi pada Isnin, mengembalikan semula kenaikan pada awal disebabkan peningkatan dalam paras stok dan pengeluaran, kata seorang peniaga. Peniaga minyak sawit David Ng berkata jangkaan eksport yang lebih rendah turut menekan sentimen pasaran. “Kami mendapati paras sokongan pada harga melebihi RM4,100 satu tan dan paras rintangan pada RM4,280 satu tan,” katanya kepada Bernama. Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta November 2025 dan Disember 2025 masing-masing kekal tidak berubah pada RM4,080 dan RM4,082 satu tan, manakala kontrak Januari 2026 naik RM3 kepada RM4,112 satu tan. Sementara itu, kontrak Februari 2026 meningkat RM5 kepada...
Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari
Bursa Malaysia tinggi pada tengah hari ini dengan sokongan belian yang kukuh di kaunter saham wajaran tinggi. Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 10.11 mata kepada 1,629.24, naik 0.62 peratus daripada 1,619.13 semasa ditutup pada Jumaat lepas. Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 2.40 mata kepada 1,621.53 serta bergerak antara 1,620.49 dan 1,633.52 sepanjang sesi dagangan pagi. Pasaran secara menyeluruh positif dengan 480 kaunter untung berbanding 427 kaunter rugi manakala 528 kaunter tidak berubah, 1,225 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung. Jumlah dagangan sebanyak 2.59 bilion unit bernilai RM1.09 bilion. Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, pasaran secara keseluruhan lemah...
Niaga Hadapan MSM Dijangka Dalam Julat Kecil Minggu Depan
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menyaksikan dagangan dalam julat kecil minggu depan susulan sentimen kurang memberangsangkan, kata Peniaga Minyak Sawit, David Ng. Beliau berkata ini didorong oleh jangkaan laporan hasil tanaman lebih suram dengan peniaga bersedia menerima data yang mungkin menunjukkan peningkatan pengeluaran serta paras stok simpanan, sekali gus boleh memberi tekanan lanjut terhadap harga semasa. “Sehubungan itu, kami menjangkakan pasaran diniagakan RM4,050 hingga RM4,200 (satu tan) pada minggu depan,” katanya kepada Bernama. Bagi asas perbandingan mingguan, kontrak bulan semasa November 2025 susut RM105 kepada RM4,080 satu tan manakala Disember 2025 merosot RM111...
Bursa Malaysia Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan Menjelang Data IHP China, KDNK Suku Ketiga Malaysia Diumumkan
Bursa Malaysia dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan berikutan pelabur mengambil pendekatan berwaspada tetapi membina dalam menghadapi perkembangan peringkat domestik dan luaran. Pengarah dan Penganalisis Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata minggu depan bermula dengan data Indeks Harga Pengguna (IHP) China pada Oktober dikeluarkan pada Ahad, dijangka mengekalkan tekanan deflasi secara berterusan. “Ini boleh meningkatkan kebimbangan mengenai permintaan serantau yang lembap dan memberi tekanan kepada pengeksport Malaysia yang mempunyai hubungan rapat dengan rantaian bekalan China. “Sehubungan itu, sentimen jangka pendek terhadap sektor elektrik dan elektronik, komoditi dan sektor berkaitan...
Back
Top
Log in Register