Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit ketika sesi dagangan tengah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung, terutamanya dalam kaunter telekomunikasi, produk pengguna dan perladangan.
Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.27 mata atau 0.08 peratus kepada 1,612.93 daripada 1,614.20 ketika ditutup pada Khamis.
Indeks petunjuk utama itu dibuka 4.31 mata lebih rendah pada 1,609.89 dan bergerak antara 1,607.66 dan 1,615.10 sepanjang sesi dagangan pagi.
Bagaimanapun, pasaran secara keseluruhan adalah negatif dengan 508 kaunter rugi mengatasi 367 kaunter untung, manakala 454 kaunter tidak berubah, 1,341 tidak diniagakan dan 60 digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 2.19 bilion saham bernilai RM1.09 bilion...