BTC USD 82,409.5 Gold USD 4,149.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Stocks News

A dynamic discussion space where members share and analyze the latest stock market news from around the globe. Topics include market trends, major index movements, company earnings, economic updates, and geopolitical events impacting stocks. Participants exchange insights, predictions, and strategies, fostering an engaging community for both novice and experienced investors.
Niaga Hadapan KLCI Dibuka Bercampur-campur
Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka bercampur-campur hari ini di tengah-tengah prestasi positif pasaran tunai. Pada 9.30 pagi ini, kontrak November 2025 susut setengah mata kepada 1,643.5, Disember 2025 dan Jun 2026 masing-masing pada 1,645.0 dan 1,630.0 manakala Mac 2026 menambah 1.5 mata kepada 1,627.0. Jumlah dagangan sebanyak 1,520 lot dan kepentingan terbuka berjumlah 44,191 kontrak. Indeks penanda aras FBM KLCI meningkat 2.10 mata kepada 1,636.93 selepas 48 minit dagangan dijalankan berbanding penutupan Selasa di paras 1,634.83. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2489783
Industri Pembrokeran Bursa Malaysia Terbit Kertas Cadangan Ketahanan Siber
Bursa Malaysia Bhd dengan kerjasama industri pembrokeran saham Malaysia hari ini mengumumkan kertas cadangan yang terdiri daripada satu siri peningkatan ketahanan siber untuk mengukuhkan integriti ekosistem saham. Bursa melalui satu kenyataan memberitahu peningkatan ini dibangunkan sebagai sebahagian daripada tindak balas kolektif industri terhadap insiden transaksi yang telah melanggar peraturan yang berlaku pada akhir April 2025. Kertas cadangan tesebut merupakan output kolektif kumpulan kerja industri yang dibentuk pada Jun lepas, merangkumi wakil-wakil daripada pertubuhan bukan perbankan yang menyertai (PO) dan organisasi yang disokong oleh bank selain pakar-pakar keselamatan siber, yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai...
Harga MSM Diunjurkan RM4,350 Satu Tan Tahun Ini, RM4,300 Pada 2026 - Apex Securities
Apex Securities Bhd mengekalkan unjuran harga purata minyak sawit mentah (MSM) bagi setahun penuh 2025 pada RM4,350 satu tan manakala RM4,300 pada tahun depan. Harga MSM setakat ini bagi 2025 adalah RM4,357 satu tan. Dalam nota penyelidikan hari ini, firma itu menjelaskan harga MSM meningkat sebanyak 0.9 peratus bulan ke bulan untuk ditutup pada RM4,412.50 satu tan pada Oktober. “Berdasarkan inventori minyak sawit yang dijangka berkurangan pada November hingga Disember disebabkan pengeluaran yang lebih rendah secara bermusim, kami menjangkakan harga MSM kekal kukuh. “Kekukuhan harga ini akan disokong oleh permintaan berterusan daripada segmen makanan dan biobahan api, di samping pertumbuhan pengeluaran yang lebih perlahan di...
Niaga Hadapan KLCI Dibuka Lebih Tinggi
Sesi niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka lebih tinggi hari ini seiring dengan prestasi positif asas pasaran tunai. Pada 9.30 pagi, kontrak November 2025 menokok 15.0 mata kepada 1,650.0, Disember 2025 naik 14.5 mata kepada 1,649.5, Mac 2026 meraih 14.0 mata kepada 1,629.5 manakala Jun 2026 pada 1,613.5. Jumlah dagangan sebanyak 2,187 lot dan kepentingan terbuka berjumlah 44,976 kontrak. Indeks petunjuk utama FBM KLCI menokok 11.31 mata kepada 1,638.69 selepas 30 minit dagangan dijalankan. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2489328
Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Seiring Prestasi Wall Street
Bursa Malaysia memulakan dagangan hari ini dengan lebih tinggi, didorong oleh limpahan positif ke atas pasaran tempatan susulan peningkatan semalaman Wall Street ketika anggota Dewan Senat Amerika Syarikat (AS) bertindak bagi mengakhiri penutupan operasi kerajaan negara maju itu. Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.33 mata kepada 1,632.71 daripada 1,627.38 yang dicatatkan semalam, selepas dibuka menokok 4.14 mata kepada 1,631.52. Sentimen pasaran secara meluas adalah positif  dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 312 berbanding 122 manakala 310 kaunter tidak berubah. Malacca Securities Sdn Bhd berkata dalam perkembangan ke arah menamatkan penutupan kerajaan AS...
Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup sedikit tinggi pada Isnin, mengembalikan semula kenaikan pada awal disebabkan peningkatan dalam paras stok dan pengeluaran, kata seorang peniaga. Peniaga minyak sawit David Ng berkata jangkaan eksport yang lebih rendah turut menekan sentimen pasaran. “Kami mendapati paras sokongan pada harga melebihi RM4,100 satu tan dan paras rintangan pada RM4,280 satu tan,” katanya kepada Bernama. Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta November 2025 dan Disember 2025 masing-masing kekal tidak berubah pada RM4,080 dan RM4,082 satu tan, manakala kontrak Januari 2026 naik RM3 kepada RM4,112 satu tan. Sementara itu, kontrak Februari 2026 meningkat RM5 kepada...
Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari
Bursa Malaysia tinggi pada tengah hari ini dengan sokongan belian yang kukuh di kaunter saham wajaran tinggi. Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 10.11 mata kepada 1,629.24, naik 0.62 peratus daripada 1,619.13 semasa ditutup pada Jumaat lepas. Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 2.40 mata kepada 1,621.53 serta bergerak antara 1,620.49 dan 1,633.52 sepanjang sesi dagangan pagi. Pasaran secara menyeluruh positif dengan 480 kaunter untung berbanding 427 kaunter rugi manakala 528 kaunter tidak berubah, 1,225 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung. Jumlah dagangan sebanyak 2.59 bilion unit bernilai RM1.09 bilion. Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, pasaran secara keseluruhan lemah...
Niaga Hadapan MSM Dijangka Dalam Julat Kecil Minggu Depan
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menyaksikan dagangan dalam julat kecil minggu depan susulan sentimen kurang memberangsangkan, kata Peniaga Minyak Sawit, David Ng. Beliau berkata ini didorong oleh jangkaan laporan hasil tanaman lebih suram dengan peniaga bersedia menerima data yang mungkin menunjukkan peningkatan pengeluaran serta paras stok simpanan, sekali gus boleh memberi tekanan lanjut terhadap harga semasa. “Sehubungan itu, kami menjangkakan pasaran diniagakan RM4,050 hingga RM4,200 (satu tan) pada minggu depan,” katanya kepada Bernama. Bagi asas perbandingan mingguan, kontrak bulan semasa November 2025 susut RM105 kepada RM4,080 satu tan manakala Disember 2025 merosot RM111...
Bursa Malaysia Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan Menjelang Data IHP China, KDNK Suku Ketiga Malaysia Diumumkan
Bursa Malaysia dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan berikutan pelabur mengambil pendekatan berwaspada tetapi membina dalam menghadapi perkembangan peringkat domestik dan luaran. Pengarah dan Penganalisis Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata minggu depan bermula dengan data Indeks Harga Pengguna (IHP) China pada Oktober dikeluarkan pada Ahad, dijangka mengekalkan tekanan deflasi secara berterusan. “Ini boleh meningkatkan kebimbangan mengenai permintaan serantau yang lembap dan memberi tekanan kepada pengeksport Malaysia yang mempunyai hubungan rapat dengan rantaian bekalan China. “Sehubungan itu, sentimen jangka pendek terhadap sektor elektrik dan elektronik, komoditi dan sektor berkaitan...
MIHAS@Shanghai 2025 Catat Jualan RM1.24 Bilion Dalam Tempoh Dua Hari - Ahmad Zahid
Pameran Halal Antarabangsa Malaysia di Shanghai (MIHAS@Shanghai 2025) yang diadakan sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) mencatatkan jumlah jualan memberangsangkan sebanyak RM1.24 bilion hanya dalam tempoh dua hari penganjurannya. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sasaran ekspo itu kali ini adalah untuk mencapai nilai jualan mencecah sekurang-kurangnya RM3 bilion, dengan tiga hari lagi pameran berbaki. MIHAS@Shanghai 2025 berlangsung dari 5 hingga 10 Nov. "Kita ada tiga hari lagi dan Insya-Allah kita akan dapat mencapai (sasaran itu)," katanya pada sidang media di akhir lawatan kerja empat hari beliau ke China, di sini, hari ini. Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berada...
Bursa Malaysia Dibuka Rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit pada Jumaat, menjejaki penurunan semalaman di Wall Street dalam persekitaran prestasi bercampur-campur dalam pasaran serantau. Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.98 mata atau 0.06 peratus kepada 1,617.96 daripada 1,618.94 ketika ditutup pada Khamis. Indeks utama dibuka rendah 1.31 mata pada 1,617.63. Pergerakan harga di pasaran yang lebih luas menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 274 berbalas 72, manakala 313 kaunter tidak berubah, 2,002 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung. Jumlah dagangan ialah 167.54 juta unit bernilai RM63.68 juta. Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street mengalami...
Bursa Malaysia Ditutup Paras Terendah Intra Hari Susulan Jualan Saat Akhir
Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah intra hari sebelum mencatatkan kenaikan pada awal dagangan Khamis, terkesan oleh jualan saat akhir dan aktiviti pengambilan untung walaupun prestasi memberangsangkan di pasaran serantau. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.61 mata atau 0.16 peratus kepada 1,618.94 daripada 1,621.55 ketika ditutup pada Rabu. Indeks petunjuk pasaran dibuka 0.06 mata lebih rendah pada 1,621.49 dan mencapai paras tertinggi 1,624.29 pada awal dagangan. Namun, pasaran keseluruhannya menunjukkan sedikit kenaikan dengan 580 kaunter untung mengatasi 536 kaunter rugi manakala 584 kaunter tidak berubah, 953 kaunter tidak diniagakan dan lapan kaunter lagi digantung. Jumlah dagangan susut kepada...
FBM KLCI Akhiri Sesi Pagi Dengan Pergerakan Mendatar
Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi hari ini dengan pergerakan mendatar apabila aktiviti dagangan tidak menentu mengimbangi sokongan daripada prestasi kukuh pasaran serantau. Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.50 mata atau 0.03 peratus kepada 1,621.05 daripada 1,621.55 semasa ditutup pada Rabu. Indeks penanda aras itu dibuka 0.06 mata lebih rendah pada 1,621.49 dan bergerak antara 1,620.35 hingga 1,624.29 sepanjang sesi pagi. Sentimen pasaran secara keseluruhan merosot sedikit dengan kaunter rugi mengatasi untung, dengan 497 berbalas 446, manakala 526 kaunter tidak berubah, 1,184 tidak diniagakan dan lapan digantung. Jumlah dagangan berjumlah 2.34 bilion unit bernilai RM1.12 bilion. Di...
Kontrak Niaga Hadapan KLCI Dibuka Kebanyakannya Tinggi
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka kebanyakannya tinggi pada Khamis, seiring dengan peningkatan di pasaran tunai asas. Pada 9.16 pagi, kontrak November 2025 naik lapan mata kepada 1,630.50, Disember 2025 menokok tujuh mata kepada 1,629.0, Mac 2026 meningkat 4.5 mata kepada 1,607.0, manakala Jun 2026 kekal tidak berubah pada 1,606.50. Jumlah dagangan sebanyak 1,331 lot, dengan kepentingan terbuka berjumlah 40,040 kontrak. Indeks penanda aras FBM KLCI menokok 1.47 mata kepada 1,623.02 selepas 35 minit dagangan, berbanding 1,621.55 ketika ditutup pada Rabu. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2487669
Bursa Malaysia Tinggi Pada Sesi Dagangan Awal, Seiring Peningkatan Wall Street
Bursa Malaysia dibuka sedikit tinggi pagi ini seiring dengan peningkatan di Wall Street semalaman. Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 0.36 mata, atau 0.02 peratus, kepada 1,621.91 berbanding 1,621.55 ketika ditutup pada Rabu. Indeks penanda aras itu dibuka 0.06 mata lebih rendah pada 1,621.49. Sentimen pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 199 berbanding 133, dengan 273 kaunter tidak berubah, 2,048 tidak diniagakan dan lapan digantung. Jumlah dagangan sebanyak 181.89 juta unit bernilai RM74.25 juta. Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata prestasi Wall Street semalaman pulih semula berikutan isu perundangan yang timbul terhadap...
Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Kebimbangan Output Meningkat
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini dipengaruhi oleh kebimbangan mengenai peningkatan output. Peniaga minyak sawit David Ng berkata jangkaan peningkatan pengeluaran dalam tempoh beberapa minggu akan datang mungkin menyebabkan paras stok yang lebih tinggi di negara ini. “Kami mengesan paras sokongan melebihi RM4,100 satu tan dan paras rintangan pada RM4,250 satu tan,” katanya kepada Bernama. Pada penutupan dagangan, kontrak bulan semerta November 2025 menyusut RM35 kepada RM4,075 satu tan, Disember 2025 susut RM39 kepada RM4,079 satu tan, Januari 2026 berkurangan RM35 kepada RM4,108 satu tan dan Februari 2026 berkurangan RM30 kepada RM4,141 satu tan. Sementara itu...
Back
Top
Log in Register