Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin, selepas mencatatkan kenaikan awal, berikutan harga minyak kacang soya yang lemah.
Peniaga minyak sawit David Ng berkata harga dijangka kekal disokong dengan baik pada RM4,000 satu tan, manakala paras rintangan pada RM4,150 satu tan.
Pada penutupan dagangan, kontrak bagi serahan Disember 2025 turun RM9 kepada RM4,041 satu tan, Januari 2026 susut RM13 kepada RM4,050 satu tan serta Februari 2026 dan Mac 2026 masing-masing menguncup RM14 kepada RM4,055 dan RM4,064 satu tan.
Sementara itu, April 2026 kurang RM15 kepada RM4,067 satu tan dan Mei 2026 merosot RM19 kepada RM4,065 satu tan.
Jumlah dagangan meningkat kepada 73,960 lot...