BTC USD 83,379.9 Gold USD 4,139.51
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Stocks News

A dynamic discussion space where members share and analyze the latest stock market news from around the globe. Topics include market trends, major index movements, company earnings, economic updates, and geopolitical events impacting stocks. Participants exchange insights, predictions, and strategies, fostering an engaging community for both novice and experienced investors.
Bursa Malaysia Rendah Dalam Dagangan Awal
Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia dibuka hampir mendatar pada Jumaat dan rendah dalam dagangan awal berikutan kekurangan pemangkin baharu dalam sentimen yang kurang menggalakkan susulan penutupan Wall Street sempena Thanksgiving Day. Pada 9.07 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.97 mata atau 0.18 peratus kepada 1,614.49 daripada 1,617.46 semasa ditutup pada Khamis. Indeks dibuka rendah 0.71 mata kepada 1,616.75. Pasaran secara menyeluruh negatif dengan 186 kaunter rugi mengatasi 133 kaunter untung, 262 tidak berubah, 2,145 tidak diniagakan dan 48 yang lain digantung. Jumlah dagangan sebanyak 182.16 juta saham bernilai RM97.71 juta. Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng...
Pengukuhan Harga Minyak Kacang Soya Dorong Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi
Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, disokong oleh kenaikan harga minyak kacang soya. Peniaga minyak sawit David Ng berkata harga minyak mentah yang lebih tinggi turut meningkatkan sentimen pasaran. “Kami mendapati paras sokongan pada RM4,000 satu tan dan paras rintangan pada RM4,180 satu tan,” katanya kepada Bernama. Pada penutup dagangan, kontrak Disember 2025 melonjak RM52 kepada RM4,050 satu tan, kontrak Januari 2026 meningkat RM67 kepada RM4,081 satu tan, manakala kontrak Februari 2026 naik RM66 kepada RM4,090 satu tan. Kontrak Mac 2026 menokok RM65 kepada RM4,103 satu tan, kontrak April 2026 bertambah RM61 kepada RM4,106 satu tan, manakala kontrak Mei 2026...
Niaga Hadapan FBM KLCI  Ditutup Kebanyakannya Rendah
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya rendah hari ini, seiring dengan prestasi pasaran tunai. Pada penutup dagangan, kontrak November 2025 merosot 14.0 mata kepada 1,616.5, Disember 2026 tidak berubah pada 1,623.5, Mac 2026 berkurangan 7.5 mata kepada 1,608.0 dan Jun 2026 menurun 5.5 mata kepada 1,613.5. Jumlah dagangan merosot kepada 25,401 lot daripada 92,816 lot semalam manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 68,288 kontrak daripada 138,216 kontrak sebelum ini. Pada 5 petang, FBM KLCI merosot 7.04 mata atau 0.43 peratus kepada 1,617.46 daripada 1,624.50 semasa ditutup semalam. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2496191
Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Pelabur Jual Saham Telekomunikasi
Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis, diheret turun oleh penjualan saham mewah terpilih terutama dalam sektor telekomunikasi, kata penganalisis. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 7.04 mata atau 0.43 peratus kepada 1,617.46 daripada 1,624.50 ketika ditutup pada Rabu. Indeks petunjuk pasaran yang dibuka menokok 2.66 mata kepada 1,627.16 meningkat ke paras tertinggi 1,629.26 dalam dagangan awal sebelum merosot ke paras terendah 1,617.76 semasa sesi dagangan petang. Pasaran meluas adalah negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 655 berbanding 448. Sebanyak 540 kaunter tidak berubah, 1,133 tidak diniagakan dan 98 yang lain digantung dagangan. Jumlah dagangan meningkat kepada 4.21...
Bursa Malaysia Susut Pada Akhir Sesi Dagangan Pagi
Bursa Malaysia menyusut pada sesi akhir dagangan pagi hari ini, berikutan pelabur mengambil langkah berhati-hati dan menghentikan aktiviti pembelian pada harga rendah, meskipun pasaran serantau menunjukkan prestasi memberangsangkan. Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 3.96 mata, atau 0.24 peratus kepada 1,620.54 berbanding paras 1,624.50 ketika ditutup pada Rabu. Indeks penanda aras itu yang dibuka 2.66 mata lebih tinggi pada 1,627.16, bergerak antara 1,617.76 dan 1,629.26 sepanjang sesi dagangan. Sentimen pasaran secara meluas kekal negatif, dengan 602 kaunter rugi mengatasi 357 kaunter untung. Sebanyak 521 kaunter tidak berubah, 1,296 tidak didagangkan dan 82 digantung. Jumlah dagangan mencecah 2.92...
Niaga Hadapan KLCI Dibuka Kebanyakannya Rendah
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan kebanyakannya rendah dalam dagangan awal hari ini. Pada 9.16 pagi, kontrak November 2025 susut 4.5 mata kepada 1,626.0, Disember 2025 turun 3.0 mata kepada 1,629.5, Mac 2026 merosot 2.0 mata kepada 1,613.5, sementara Jun 2026 tidak berubah pada 1,619.0. Jumlah dagangan berjumlah 3,290 lot, dengan kepentingan terbuka sebanyak 61,237 kontrak. Indeks penanda aras FBM KLCI turun 1.69 mata kepada 1,622.81 selepas 35 minit dagangan dijalankan berbanding paras 1,624.50 ketika ditutup pada Rabu. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2495861
FBM KLCI Dibuka Tinggi Jejaki Pengukuhan Prestasi Wall Street
Indeks penanda aras Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, meneruskan aliran kenaikan dalam persekitaran sentimen yang semakin positif selepas pengukuhan di Wall Street dan pasaran global. Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.61 mata atau 0.22 peratus kepada 1,628.11 berbanding 1,624.50 ketika ditutup  semalam. Indeks itu dibuka 2.66 mata lebih tinggi pada 1,627.16. Bagaimanapun, sentimen pasaran secara meluas mencatat prestasi lemah, dengan 161 kaunter rugi mengatasi 146 kaunter untung, sebanyak 252 kaunter tidak berubah, 2,217 tidak didagangkan, manakala 95 digantung. Jumlah dagangan berjumlah 908.27 juta saham bernilai RM64.59 juta. Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng...
Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan MPOB Anggar Pengeluaran Lebih Rendah
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu dipacu oleh pengeluaran minyak sawit Malaysia yang dianggarkan lebih rendah oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group yang berpangkalan di Mumbai Anilkumar Bagani memberitahu Bernama bahawa MPOB mengunjurkan pengeluaran minyak sawit Malaysia bagi 1 hingga 12 Nov, 2025 meningkat tiga peratus, iaitu di bawah jangkaan pasaran sebanyak tujuh peratus. Sementara itu, peniaga minyak sawit David Ng berkata sentimen pasaran turut disokong oleh pengukuhan harga minyak kacang soya dan minyak mentah. “Bagaimanapun, kenaikan harga dihadkan oleh jangkaan pengeluaran yang meningkat dan tahap stok dalam...
Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, seiring dengan prestasi pasaran tunai. Pada penutup dagangan, kontrak November 2025 meningkat 14.0 mata kepada 1,630.5, Disember 2026 menambah 14.5 mata kepada 1,632.5 serta Mac 2026 dan Jun 2026, masing-masing naik 15.0 mata kepada 1,615.5 dan 1,619.0. Jumlah dagangan naik kepada 92,816 lot daripada 38,960 lot semalam manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 138,216 kontrak daripada 85,271 kontrak sebelum ini. Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 12.76 mata atau 0.79 peratus kepada 1,624.50 daripada 1,611.74 semasa ditutup semalam. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2495673
Indeks Utama Bursa Malaysia Kembali Kukuh Dan Ditutup Tinggi
Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia meningkat untuk ditutup tinggi hari ini, disokong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi dan sentimen lebih baik di tengah-tengah jangkaan yang semakin meningkat terhadap penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS). Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 12.76 mata atau 0.79 peratus kepada 1,624.50 daripada 1,611.74 ketika ditutup pada Selasa. Indeks barometer yang dibuka menokok 4.39 mata kepada 1,616.13, menyusut kepada paras terendah 1,614.41 semasa sesi dagangan pagi tetapi kembali kukuh untuk mencapai paras tertinggi 1,624.97 pada akhir dagangan. Bagaimanapun, pasaran meluas adalah negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 608...
Teruskan Momentum, Indeks Utama Bursa Malaysia Naik 8.93 Mata Pada Tengah Hari
Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia meneruskan momentum peningkatan pada tengah hari ini ketika pelabur mengalihkan semula minat terhadap saham-saham wajaran tinggi susulan sentimen positif di pasaran serantau. Pada 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok sebanyak 8.93 mata atau 0.55 peratus kepada 1,620.67 daripada paras 1,611.74 pada akhir dagangan semalam. Indeks itu yang dibuka meningkat 4.39 mata kepada 1,616.13, turut bergerak dalam julat 1,614.41 hingga 1,621.79 pada sesi dagangan awal hari ini. Bagaimanapun, pasaran secara meluas adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 543 berbanding 425 manakala 515 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,318 tidak diniagakan dan 82...
Niaga Hadapan KLCI Kebanyakannya Meningkat Pada Awal Dagangan
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan kebanyakannya tinggi dalam dagangan awal hari ini. Pada 9.15 pagi, kontrak semerta November 2025 naik 5.5 mata kepada 1,622.0, Disember 2025 dan Mac 2026 masing-masing meraih 5.0 mata kepada 1,623.0 dan 1,605.0 manakala Jun 2026 kekal pada 1,611.5. Jumlah dagangan sebanyak 8,040 lot manakala kepentingan terbuka pada 51,896 kontrak. Indeks penanda aras FBM KLCI naik 3.27 mata kepada 1,615.13 selepas 33 minit dagangan dijalankan berbanding paras 1,611.74 pada akhir dagangan semalam. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2495368
Bursa Malaysia Melantun Pada Sesi Awal Dipacu Jangkaan Kadar Faedah AS Turun
Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu dengan lebih positif, kembali meningkat dipacu oleh sentimen optimis selain menjejaki prestasi semalaman Wall Street susulan jangkaan Amerika Syarikat (AS) akan menurunkan kadar faedahnya. Pada 9.05 pagi ini, indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 6.69 mata atau 0.41 peratus kepada 1,618.43, berbanding penutupan urus niaga semalam di paras 1,611.74. Sewaktu dibuka, indeks penanda aras itu menokok 4.39 mata kepada 1,616.13. Sentimen pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 191 berbanding 111 manakala 272 lain tidak berubah, 2,227 kaunter tidak diniagakan dan 82 kaunter digantung dagangannya. Jumlah dagangan sebanyak 1.30 juta saham bernilai RM74.29 juta...
Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Permintaan Lemah
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini dipengaruhi kebimbangan terhadap permintaan yang lemah serta unjuran pengeluaran yang dijangka meningkat dalam minggu-minggu terdekat. Peniaga minyak sawit David Ng berkata sentimen pasaran turut terjejas akibat harga minyak soya yang lebih rendah. “Kami mengesan paras sokongan pada RM3,900 satu tan dan paras rintangan pada RM4,080 satu tan,” katanya kepada Bernama. Pada penutup dagangan, kontrak Disember 2025 susut RM67 kepada RM3,974 satu tan, Januari 2026 turun RM66 kepada RM3,984 satu tan, manakala Februari 2026 merosot RM65 kepada RM3,990 satu tan. Kontrak Mac 2026 berkurang RM61 kepada RM4,003 satu tan, April 2026 turun RM57...
Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, seiring dengan prestasi pasaran tunai. Pada penutup dagangan, kontrak November 2025 merosot satu mata kepada 1,616.5 dan Disember 2025 berkurangan dua mata kepada 1,618.0 serta Mac 2026 dan Jun 2026, masing-masing menurun 1.5 mata kepada 1,600.5 dan 1,604.0. Jumlah dagangan naik kepada 38,960 lot daripada 27,359 lot semalam manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 85,271 kontrak daripada 68,120 kontrak sebelum ini. Pada 5 petang, FBM KLCI merosot 7.04 mata atau 0.43 peratus kepada 1,611.74 daripada 1,618.78 semasa ditutup semalam. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2495216
Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari
Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung mempengaruhi saham wajaran tinggi dengan pelabur menunggu pemangkin pasaran baharu. Pada 12.30 tengah hari ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.41 mata atau 0.27 peratus kepada 1,614.44 daripada paras penutup 1,618.78 ketika ditutup pada Isnin. Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 0.76 mata kepada 1,619.54, berlegar antara 1,615.24 dan 1,620.99 pada sesi itu. Pasaran lebih luas adalah negatif dengan 491 kaunter rugi mengatasi 488 kaunter untung manakala 489 kaunter tidak berubah, 1,341 tidak diniagakan dan 40 yang lain digantung dagangan. Jumlah dagangan sebanyak 2.86 bilion unit bernilai...
Bursa Malaysia Dibuka Tidak Berubah, Tinggi Dalam Dagangan Awal
Bursa Malaysia tidak berubah ketika dibuka pada Selasa, tinggi sedikit dalam dagangan awal dalam persekitaran optimisme, menjejaki kenaikan semalaman Wall Street. Pada pukul 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.59 mata atau 1,620.37 berbanding 1,618.78 ketika ditutup pada Isnin. Indeks penanda aras dibuka 0.76 mata lebih tinggi kepada 1,619.54. Lingkungan pasaran adalah positif, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 236 berbanding 114 manakala 219 kaunter tidak berubah, 2,240 kaunter tidak diniagakan dan 40 yang lain digantung. Jumlah dagangan 1.16 juta unit bernilai pada RM68.77 juta. Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Bursa Malaysia dijangka menyaksikan...
Niaga Hadapan FBM KLCI Kebanyakannya Tinggi Dalam Dagangan Awal
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan kebanyakannya tinggi dalam dagangan awal. Pada pukul 9.16 pagi, bulan semasa November 2025 meningkat 6.0 mata kepada 1,623.5, Disember 2025 menambah 3.5 mata kepada 1,623.5, Mac 2026 melonjak 5.0 mata kepada 1,607.0 and Jun 2026 tidak berubah pada 1,605.5. Jumlah dagangan sebanyak 4,949 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 50,420 kontrak. Sementara itu, FBM KLCI naik 0.17 mata kepada 1,618.95 selepas 31 minit dagangan berbanding 1,618.78 ketika ditutup pada Isnin. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2494878
Kontrak Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah, Jejaki Penurunan Harga Minyak Kacang Soya
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin, selepas mencatatkan kenaikan awal, berikutan harga minyak kacang soya yang lemah. Peniaga minyak sawit David Ng berkata harga dijangka kekal disokong dengan baik pada RM4,000 satu tan, manakala paras rintangan pada RM4,150 satu tan. Pada penutupan dagangan, kontrak bagi serahan Disember 2025 turun RM9 kepada RM4,041 satu tan, Januari 2026 susut RM13 kepada RM4,050 satu tan serta Februari 2026 dan Mac 2026 masing-masing menguncup RM14 kepada RM4,055 dan RM4,064 satu tan. Sementara itu, April 2026 kurang RM15 kepada RM4,067 satu tan dan Mei 2026 merosot RM19 kepada RM4,065 satu tan. Jumlah dagangan meningkat kepada 73,960 lot...
Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Bercampur-campur
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur hari ini, mengambil petunjuk daripada prestasi pasaran tunai. Pada penutupan dagangan, kontrak November 2025 rendah 1.5 mata kepada 1,617.5 dan kontrak Jun 2026 susut dua mata kepada 1,605.5. Kontrak Disember 2025 naik 1.5 mata kepada 1,620.0 manakala Mac 2026 menambah dua mata kepada 1,602.0. Jumlah dagangan meningkat kepada 27,359 lot daripada 5,529 lot Jumaat lepas manakala kepentingan terbuka menokok kepada 68,120 kontrak daripada 45,643 kontrak sebelumnya. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.21 mata atau 0.07 peratus kepada 1,618.78 daripada 1,617.57 ketika ditutup pada Jumaat...
Back
Top
Log in Register