BTC USD 82,320.3 Gold USD 4,175.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Stocks News

A dynamic discussion space where members share and analyze the latest stock market news from around the globe. Topics include market trends, major index movements, company earnings, economic updates, and geopolitical events impacting stocks. Participants exchange insights, predictions, and strategies, fostering an engaging community for both novice and experienced investors.
Niaga Hadapan KLCI Bercampur-campur Dalam Dagangan Awal
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) bercampur-campur dalam dagangan awal pada Selasa. Pada 9.30 pagi, kontrak Disember 2025 menyusut 0.5 mata kepada 1,609.0, Januari 2026 tidak berubah kepada 1,613.0, Mac 2026 rendah satu mata kepada 1,595.5 dan Jun 2026 menambah dua mata kepada 1,602.0. Jumlah dagangan sebanyak 1,392 lot, dengan kepentingan terbuka berjumlah 38,286 kontrak Indeks petunjuk pasaran FBM KLCI meningkat 1.33 mata selepas 35 minit diniagakan kepada 1,614.11 berbanding 1,612.78 semasa ditutup pada Isnin. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2500296
Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Lebih Rendah
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki prestasi pasaran tunai. Pada penutup, kontrak Disember 2025 susut 10.5 mata kepada 1,609.5, Januari 2026 turun 11 mata kepada 1,613.0, Mac 2026 merosot 9.5 mata kepada 1,596.5, dan Jun 2026 berkurang 10 mata kepada 1,600.0. Jumlah dagangan meningkat kepada 11,489 lot daripada 8,010 lot pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 46,953 kontrak berbanding 43,890 kontrak sebelumnya. Pada 5 petang, FBM KLCI berkurang 3.74 mata atau 0.23 peratus kepada 1,612.78 berbanding 1,616.52 ketika ditutup pada Jumaat. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2500186
Sentimen Berhati-hati Menjelang Mesyuarat FOMC Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Bursa Malaysia mengatasi penurunan awalnya dan ditutup rendah hari ini ketika sentimen pelabur lebih berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka (FOMC) Amerika Syarikat (AS) yang dijadualkan pada 9-10 Disember ini. Pada 5 petang, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.74 mata atau 0.23 peratus kepada 1,612.78 daripada paras penutup 1,616.52 pada Jumaat lepas. Indeks penanda aras itu yang dibuka susut 0.49 mata kepada 1,616.03, turut mencecah paras intra harian tertinggi 1,616.49 dalam dagangan awal, namun susut kemudiannya diasak tekanan jualan sehingga ke paras rendah 1,601.50 dalam sesi tengah hari sebelum meraih momentum peningkatan pada tempoh berbaki dagangan hari ini. Di pasaran...
Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Susulan Aktiviti Ambil Untung
Bursa Malaysia susut ketika mengakhiri dagangan pagi ini, diasak aktiviti pengambilan untung walaupun Wall Street mencatat penutupan lebih positif pada Jumaat lepas. Pada 12.30 tengah hari, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 6.72 mata atau 0.42 peratus kepada 1,609.80 daripada paras 1,616.52 sebelum ini. Indeks penanda aras itu yang dibuka susut 0.49 mata kepada 1,616.03, juga diniagakan pada paras 1,601.50 hingga 1,616.49 pada sesi dagangan awal. Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 666 berbanding 261 manakala 508 kaunter tidak berubah, 1,310 tidak diniagakan dan 19 lain digantung dagangannya. Jumlah dagangan sebanyak 2.20 bilion unit yang bernilai RM931.71 juta. Firma pembrokeran Malacca Securities...
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Didorong Aktiviti Pengambilan Untung
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, didorong oleh aktiviti pengambilan untung minggu lepas walaupun Wall Street ditutup tinggi pada Jumaat lalu. Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.88 mata atau 0.18 peratus kepada 1,613.64 daripada 1,616.52 semasa ditutup pada Jumaat lepas. Indeks dibuka rendah 0.49 mata kepada 1,616.03. Pasaran secara menyeluruh negatif, dengan 162 kaunter rugi mengatasi 90 kaunter untung, 275 kaunter tidak berubah, 2,218 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung. Jumlah dagangan sebanyak 86.49 juta saham bernilai RM39.45 juta. Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng memberitahu Bernama bahawa Wall Street ditutup tinggi minggu lepas berikutan pelabur...
Niaga Hadapan KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal
Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) rendah dalam dagangan awal pada Isnin. Pada 9.46 pagi, kontrak Disember 2025 dan Januari 2026, masing-masing merosot 14.5 mata kepada 1,605.5 dan 1,609.5, Mac 2026 berkurangan 13.5 mata kepada 1,592.5 dan Jun 2026 menurun 18 mata kepada 1,592.0. Jumlah dagangan sebanyak 4,005 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 40,325 kontrak. Petunjuk pasaran FBM KLCI berkurangan 12.95 mata selepas 51 minit dagangan kepada 1,603.57 daripada 1,616.52 semasa ditutup pada Jumaat lepas. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2499947
Bursa Malaysia Dijangka Bergantung Kepada Data Mesyuarat FOMC Minggu Depan
Bursa Malaysia dijangka berada dalam mod bergantung kepada data ketika pasaran membuat persediaan menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada 9 hingga 10 Disember. Pengarah, Penganalisis Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata walaupun pasaran menganggarkan kebarangkalian sebanyak 87 peratus untuk penurunan 25 mata asas, perhatian kini beralih kepada ketidaktentuan yang semakin meningkat mengenai arah dasar Rizab Persekutuan (Fed) pada awal 2026. "Ketidaktentuan ini berpunca daripada jurang yang semakin melebar antara ahli-ahli yang berpendirian 'agresif' dan 'tegas' dalam jawatan kuasa tersebut iaitu satu perbezaan yang kini memberi implikasi bermakna terhadap jangkaan...
Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari, Indeks Utama Susut 0.54 Peratus
Bursa Malaysia menyaksikan dagangan rendah pada tengah hari ini dengan indeks petunjuk utama susut 0.54 peratus, diasak jualan saham wajaran tinggi terpilih merangkumi sektor perkhidmatan, telekomunikasi dan media. Maybank dan CIMB masing-masing susut 10 sen kepada RM10.14 dan RM7.82 manakala Axiata turun 12 sen kepada RM2.56 yang secara kolektif melenyapkan 5.92 mata daripada indeks komposit itu. Pada jam 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 8.81 mata atau 0.54 peratus kepada 1,612.26 daripada paras penutup 1,621.07 semalam. Indeks itu yang dibuka susut 0.37 mata pada 1,620.70, juga bergerak dalam julat 1,611.80 dan 1,621.25 sepanjang sesi dagangan pagi. Pasaran secara meluas...
Niaga Hadapan KLCI Rendah Pada Sesi Awal
Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyaksikan prestasi lebih rendah pada awal dagangan hari ini. Pada jam 10.02 pagi ini, kontrak Disember 2025 turun 1.50 mata kepada 1,616.0, Januari 2026 merosot 0.50 mata kepada 1,620.0, Mac 2026 berkurangan 1.0 mata kepada 1,602.0 manakala Jun 2026 tidak diniagakan. Jumlah dagangan sebanyak 1,745 lot dan kepentingan terbuka berjumlah 38,738 kontrak. Indeks penanda aras FBM KLCI susut 3.67 mata selepas sejam 15 minit dagangan dijalankan kepada 1,617.40 berbanding penutupan pada 1,621.07, semalam. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2499115
Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah
Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) pada susut awal dagangan hari ini. Pada jam 10.05 pagi, kontrak Disember 2025 dan Januari 2026 masing-masing turun 6.0 mata kepada 1,623.0 dan 1,626.50 manakala Mac 2026 merosot 4.5 mata kepada 1,610.50 dan Jun 2026 pula tidak didagangkan. Jumlah dagangan sebanyak 1,654 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 37,675 kontrak. Dalam pada itu, indeks utama FBM KLCI susut 0.81 mata selepas sejam 13 minit dagangan dijalankan kepada 1,622.03, berbanding penutupan Rabu pada 1,622.84. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2498695
Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Seiring Pemulihan Wall Street
Bursa Malaysia dibuka meningkat hari ini dipacu oleh aktiviti memburu saham berharga rendah dan menjejaki pemulihan semalaman Wall Street berikutan jangkaan pelonggaran dasar monetari Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan. Pada jam 9.29 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.13 mata kepada 1,622.97 berbanding 1,622.84 pada Rabu. Indeks petunjuk utama itu dibuka menokok 1.79 mata kepada 1,624.63. Setimen pasaran secara meluas adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 284 berbanding 189, sebanyak 363 tidak berubah, 1,889 tidak didagangkan dan tujuh digantung dagangannya. Jumlah dagangan sebanyak 296.71 juta saham bernilai RM168.27 juta. Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak...
Aktiviti Ambil Untung Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Bursa Malaysia mengakhiri momentum peningkatannya selama dua hari berturut-turut apabila ditutup rendah hari ini ketika pelabur mengambil untung di tengah-tengah sentimen berhati-hati, sekali gus memaparkan prestasi penyusutan pasaran serantau. Pada jam 5 petang, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 7.76 mata atau 0.48 peratus kepada 1,622.84 daripada paras 1,630.60 pada akhir dagangan semalam. Indeks penanda aras itu yang dibuka menokok 0.86 mata kepada 1,631.46 bergerak dalam julat 1,617.79 hingga 1,632.95 sepanjang dagangan hari ini. Bagaimanapun, sentimen pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 584 berbanding 523, sebanyak 541 kaunter tidak berubah, 1,056 tidak diniagakan dan...
Bursa Malaysia Susut Pada Tengah Hari Susulan Aktiviti Pengambilan Untung
Bursa Malaysia menyusut semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh perkhidmatan kewangan, produk dan perkhidmatan perindustrian, serta sektor telekomunikasi dan media. Maybank susut 14 sen kepada RM10.20, Press Metal Aluminium berkurangan 15 sen kepada RM6.70, dan CelcomDigi rendah 10 sen kepada RM3.29, yang secara kolektif merendahkan 7.17 mata daripada indeks komposit. Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 8.94 mata atau 0.55 peratus kepada 1,621.66 daripada 1,630.60 ketika ditutup pada Selasa. Indeks petunjuk pasaran yang dibuka mengukuh 0.86 mata kepada 1,631.46, bergerak antara 1,621.44 dan 1,632.95 semasa sesi...
Niaga Hadapan KLCI Tinggi Pada Sesi Dagangan Awal
Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi pada sesi awal dagangan Rabu. Pada 9.46 pagi, kontrak Disember 2025, Januari 2026 dan Mac 2026 masing-masing menambah setengah mata kepada 1,631.50, 1,633.0 dan 1,615.50, manakala Jun 2026 tidak diniagakan. Jumlah dagangan sebanyak 1,088 lot, dengan kepentingan terbuka berjumlah 37,324 kontrak. Bagaimanapun, indeks penanda aras FBM KLCI susut 4.71 mata kepada 1,625.89 selepas 55 minit dagangan, berbanding paras 1,630.60 ketika ditutup pada Selasa. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2498246
Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Pengeluaran Dijangka Capai Kemuncak Musim
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa susulan pengeluaran mungkin telah mencapai kemuncak musim, kata peniaga minyak sawit. David Ng berkata harga minyak kacang soya yang lebih kukuh ketika waktu dagangan Asia turut membantu meningkatkan sentimen pasaran. “Kami mendapati paras sokongan kukuh di atas RM4,050 satu tan dan paras rintangan pada RM4,200 satu tan,” katanya kepada Bernama. Pada akhir dagangan, kontrak bagi serahan Disember 2025 naik RM36 kepada RM4,096 satu tan, Januari 2026 meningkat RM55 kepada RM4,146 satu tan dan Februari 2026 menokok RM65 kepada RM4,159 satu tan. Mac 2026 dan April 2026 masing-masing melonjak RM69 kepada RM4,173 dan RM4,176 satu tan...
Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Dipacu Prestasi Pasaran Serantau
Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia mengekalkan momentum peningkatannya namun ditutup rendah sedikit daripada paras tertinggi intra hariannya pada Selasa ketika sentimen pelabur terus pulih susulan pengukuhan di serata pasaran Asia, kata penganalisis. Pada 5 petang, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 6.03 mata atau 0.37 peratus kepada 1,630.60 daripada paras penutup pada 1,624.57, semalam. Indeks petunjuk utama itu yang dibuka meningkat 2.50 mata kepada 1,627.07, turut berlegar dalam julat 1,624.47 hingga 1,634.35 sepanjang dagangan hari ini. Bagaimanapun, pasaran secara meluas adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 606 berbanding 489, sebanyak 577 kaunter tidak berubah, 1,016 tidak...
Niaga Hadapan KLCI Tinggi Pada Sesi Dagangan Awal
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) tinggi dalam dagangan awal pada Selasa. Pada 9.42 pagi, kontrak Disember 2025 naik 6.5 mata kepada 1,638.0, Januari 2026 menambah 8.5 mata kepada 1,642.5, dan Mac 2026 meningkat sembilan mata kepada 1,624.5, manakala Jun 2026 turut melonjak 3.5 mata kepada 1,624.0. Jumlah dagangan berjumlah 1,826 lot dengan kepentingan terbuka sebanyak 39,714 kontrak. Selepas 46 minit dagangan, FBM KLCI penanda aras meningkat 6.36 mata kepada 1,630.93 berbanding paras 1,624.57 ketika ditutup pada Isnin. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2497785
Harga Emas Kekal Kukuh, Namun Belum Atasi Paras Sasaran US$5,000 Setiap Auns Troy
Pada Mac lepas, Bernama melaporkan bahawa harga emas berpotensi melonjak menghampiri paras US$5,000 bagi setiap auns troy, dan ternyata logam berharga itu sebenarnya sudah pun memecahkan rekod pada kadar yang tidak dijangka. Ketika itu, harga emas melepasi paras US$3,000, dipacu oleh ketidaktentuan global, penurunan kadar faedah serta pembelian yang agresif oleh bank pusat. Namun, menjelang penghujung 2025, aliran  ke paras US$5,000 menjadi lebih perlahan daripada jangkaan ramai pelabur. Emas akhirnya menembusi paras US$4,000 pada Oktober, selepas tempoh kenaikan tujuh bulan daripada lonjakan pada Mac. Pengarah, Penganalisis Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata pergerakan harga tahun ini menunjukkan...
Kontrak Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Ekoran Bimbang Eksport Lemah
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi kebimbangan mengenai prestasi eksport yang hambar, kata peniaga minyak sawit David Ng. Beliau berkata peningkatan pengeluaran MSM turut memberi tekanan kepada sentimen pasaran. “Kami mendapati paras sokongan pada RM4,000 satu tan dan rintangan pada RM4,180,” katanya kepada Bernama. Pada akhir dagangan, kontrak bagi serahan Disember 2025 dan Januari 2026 masing-masing susut RM17 kepada RM4,060 dan RM4,091 satu tan, manakala Februari 2026 berkurangan RM20 kepada RM4,094 satu tan. Mac 2026 dan April 2026 masing-masing susut RM18 kepada RM4,104 dan RM4,107 satu tan manakala Mei 2026 menguncup RM15 kepada RM4,105 satu tan...
Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, sejajar dengan prestasi pasaran tunai. Pada penutup dagangan, kontrak Disember 2025 meningkat 8.0 mata kepada 1,631.50, kontrak Januari 2026 berada pada 1,634, kontrak Mac 2026 naik 7.5 mata kepada 1,615.50, manakala kontrak Jun 2026 menokok 7.0 mata kepada 1,620.50. Jumlah dagangan bagaimanapun merosot kepada 8,867 lot daripada 25,401 lot pada Khamis minggu lalu, manakala kepentingan terbuka susut kepada 45,050 kontrak berbanding 68,288 kontrak sebelum ini. Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 20.10 mata, atau 1.25 peratus kepada 1,624.57 daripada 1,604.47 ketika ditutup pada Jumaat...
Back
Top
Log in Register