BTC USD 81,672.3 Gold USD 4,105.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Stocks News

A dynamic discussion space where members share and analyze the latest stock market news from around the globe. Topics include market trends, major index movements, company earnings, economic updates, and geopolitical events impacting stocks. Participants exchange insights, predictions, and strategies, fostering an engaging community for both novice and experienced investors.
Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Pengambilan Untung Selepas Kenaikan Empat Hari
Bursa Malaysia mengakhiri kenaikan selama empat hari berturut-turut apabila ditutup rendah pada Rabu berikutan aktiviti pengambilan untung selepas indeks petunjuk pasaran mencatat prestasi positif setakat ini pada tahun ini. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 6.87 mata atau 0.42 peratus kepada 1,641.44 daripada 1,648.31 ketika ditutup pada Selasa. Indeks itu dibuka rendah 2.99 mata kepada 1,645.32 dan bergerak dalam julat antara 1,639.13 dan 1,646.66 sepanjang sesi dagangan. Bagaimanapun, sentimen pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 575 berbanding 465 manakala sebanyak 543 kaunter tidak berubah, 1,193 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung dagangan. Jumlah dagangan...
Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, seiring dengan penurunan di pasaran tunai. Pada penutup dagangan, kontrak Disember 2025 merosot 3.0 mata kepada 1,641.0, Januari 2026 turun 3.5 mata kepada 1,644.0, manakala kontrak Mac dan Jun 2026 masing-masing susut 2.5 mata kepada 1,628.50 dan 1,631.50. Jumlah dagangan menurun kepada 7,550 lot daripada 7,689 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka pula meningkat kepada 45,096 kontrak daripada 44,290 kontrak sebelumnya. Pada 5 petang, FBM KLCI menyusut 6.87 mata atau 0.42 peratus, kepada 1,641.44 daripada 1,648.31 ketika ditutup Selasa. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2503847
Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Berikutan Tekanan Jualan Berterusan
Bursa Malaysia rendah ketika tengah hari pada Rabu susulan aktiviti penjualan saham wajaran tinggi terpilih yang berterusan, meskipun bursa serantau mencatatkan momentum peningkatan. Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 8.74 mata atau 0.53 peratus kepada 1,639.57 daripada 1,648.31 ketika ditutup semalam. Indeks itu dibuka 2.99 mata lebih rendah kepada 1,645.32 dan bergerak antara 1,639.13 hingga 1,646.66 sepanjang sesi dagangan. Lingkungan pasaran adalah negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 436 berbanding 393, manakala 510 kaunter tidak berubah, 1,437 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung. Jumlah dagangan mencecah 1.38 bilion unit bernilai RM932.11 juta. Malacca...
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Prestasi Hambar Pasaran Serantau
Bursa Malaysia rendah ketika dibuka pada Rabu berikutan pengambilan untung awal yang sederhana, menjejaki pasaran serantau yang hambar dan petunjuk bercampur-campur dari Wall Street. Bagaimanapun, sentimen domestik yang kukuh mungkin memberi sokongan kemudian dalam sesi dagangan ini. Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.35 mata atau 0.14 peratus kepada 1,645.96 daripada 1,648.31 ketika ditutup semalam. Indeks itu dibuka 2.99 mata lebih rendah kepada 1,645.32. Lingkungan pasaran adalah positif, dengan 183 kaunter untung mengatasi 165 kaunter rugi manakala 314 kaunter tidak berubah, 2,114 kaunter tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung. Jumlah dagangan mencatatkan 146.73 juta saham bernilai RM77.77 juta...
Kontrak Niaga Hadapan KLCI Kebanyakannya Tinggi Pada Awal Dagangan
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kebanyakannya tinggi ketika awal dagangan pada Rabu. Pada 9.26 pagi, Disember 2025 meningkat 3.5 mata kepada 1,647.50, Januari 2026 menambah 5.0 mata kepada 1,652.50, Mac 2026 naik 2.5 mata kepada 1,633.50, manakala Jun 2026 kekal pada 1,634.0. Jumlah dagangan mencecah 1,697 lot manakala kepentingan terbuka sebanyak 39,779 kontrak. Selepas 45 minit dagangan, penanda aras FBM KLCI susut 2.35 mata kepada 1,645.96 daripada 1,648.31 ketika ditutup semalam. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2503601
Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Prestasi CBOT Yang Lemah
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, selepas terjejas oleh prestasi lemah minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), kata seorang peniaga. Peniaga minyak sawit David Ng berkata kebimbangan terhadap kejatuhan permintaan dalam beberapa minggu akan datang turut menekan harga MSM. "Kami melihat sokongan pada paras RM3,900 dan rintangan pada RM4,080,” katanya kepada Bernama. Pada penutup, kontrak Disember 2025 susut RM44 kepada RM3,947 satu tan, Januari 2026 merosot RM50 kepada RM3,958 dan Februari 2026 berkurangan sebanyak RM51 kepada RM3,962. Kontrak Mac 2026 melemah sebanyak RM48 kepada RM3,970 satu tan, April 2026 menurun RM48 kepada RM3,970 dan Mei 2026...
Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, seiring dengan prestasi kukuh di pasaran tunai pendasar. Pada penutup dagangan, kontrak Disember 2025 meningkat 4.5 mata kepada 1,644.0, kontrak Januari, Mac dan Jun 2026 naik 5.5 mata masing-masing kepada 1,647.50, 1,631.0 dan 1,634.0. Jumlah dagangan meningkat kepada 7,689 lot daripada 5,068 lot pada hari Isnin, manakala kepentingan terbuka naik kepada 44,290 kontrak daripada 41,488 sebelumnya. Pada 5 petang, FBM KLCI menokok 4.59 mata, atau 0.28 peratus, kepada 1,648.31 daripada 1,643.72 pada Isnin. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2503454
Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Untuk Sesi Keempat Berturut-turut
Bursa Malaysia terus mencatatkan prestasi positif dengan ditutup tinggi untuk sesi keempat berturut-turut, disokong oleh sentimen pasaran tempatan yang lebih baik berikutan asas makroekonomi domestik yang kukuh. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.59 mata atau 0.28 peratus kepada 1,648.31 daripada 1,643.72 semasa ditutup pada Isnin. Indeks dibuka rendah 0.95 mata kepada 1,642.77 dan bergerak antara 1,636.50 dan 1,648.71 sepanjang sesi dagangan. Bagaimanapun, dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 699 berbanding 408, sebanyak 520 kaunter tidak berubah, 1,149 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung. Jumlah dagangan meningkat kepada 2.59 bilion unit bernilai RM2.27...
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Prestasi Lemah Serantau
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa, menjejaki pasaran serantau yang lemah dan penurunan prestasi semalaman Wall Street. Pada jam 9.10 pagi ini, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.76 mata, atau 0.17 peratus kepada 1,640.96 daripada 1,643.72 ketika ditutup pada Isnin. Indeks petunjuk utama itu dibuka rendah 0.95 mata pada 1,642.77. Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 180 berbanding 121 manakala 273 kaunter tidak berubah, 2,202 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung. Jumlah dagangan sebanyak 106.46 juta saham bernilai RM62.36 juta. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2503138
Permintaan Lemah, Pengeluaran Meningkat Dorong Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini berikutan permintaan yang lemah dan pengeluaran pula meningkat. Peniaga minyak sawit David Ng berkata tahap pengeluaran yang lebih tinggi berpotensi meningkatkan paras stok komoditi itu di negara ini. “Kami mendapati paras sokongan pada RM3,950 satu tan dan paras rintangan pada RM4,100 satu tan,” katanya kepada Bernama. Pada penutup dagangan, kontrak Disember 2025 meningkat RM20 kepada RM4,000 satu tan, Januari 2026 pula susut RM12 kepada RM3,991 satu tan, manakala Februari 2026 merosot RM10 kepada RM4,008 satu tan. Kontrak Mac 2026 menurun RM15 kepada RM4,013 satu tan, kontrak April 2026 susut RM17 kepada RM4,018 satu tan, manakala...
Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini. Pada penutup dagangan, kontrak Disember 2025 susut 5.5 mata kepada 1,639.5, Januari 2026 turun 5.5 mata kepada 1,642.0, Mac 2026 berkurangan 6.5 mata kepada 1,625.5, dan Jun 2026 merosot 3.5 mata kepada 1,628.5. Jumlah dagangan turun kepada 5,068 lot daripada 7,158 pada Jumaat minggu lepas manakala kepentingan terbuka susut kepada 41,488 kontrak berbanding 43,035 sebelumnya. Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 5.91 mata atau 0.36 peratus kepada 1,643.72 daripada 1,637.81 pada Jumaat minggu lepas. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2503028
Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Tinggi Minggu Depan
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan tinggi minggu depan, seiring dengan kadar asas pasaran tunai. Pengarah, Penganalisis Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata pasaran mempunyai potensi untuk melepasi paras halangan pada bulan ini, disokong oleh sentimen global yang bertambah baik dan data domestik yang kukuh. Beliau berkata hala tuju pasaran pada minggu depan akan banyak dipengaruhi oleh dua perkara penting pada peringkat global. “Data ekonomi China bagi bulan November, yang akan dikeluarkan pada Isnin dan pengumuman data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, meliputi data pekerjaan bagi Oktober dan...
Bursa Malaysia Dijangka Melepasi Semula Paras 1,640 Didorong Sentimen Positif Minggu Depan
Bursa Malaysia dijangka mengekalkan aliran meningkatnya dan melepasi semula paras halangan 1,640 minggu depan, selepas kali terakhir mencapai paras yang tinggi pada 1,642.33 mata pada 31 Dis 2024. Pengarah, Penganalisis Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata pasaran mempunyai potensi untuk melepasi paras halangan pada bulan ini, disokong oleh sentimen global yang bertambah baik dan data domestik yang kukuh. “Lazimnya, Disember merupakan bulan yang menyokong pasaran ekuiti dan pelarasan semula portfolio institusi akan memberikan sokongan tambahan,” katanya kepada Bernama. Bagaimanapun, katanya hala tuju pasaran pada minggu depan akan banyak dipengaruhi oleh dua perkara penting pada peringkat global...
Bursa Malaysia Ditutup Tertinggi Dalam Dua Bulan Seiring Sentimen Positif Serantau
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini susulan aktiviti belian pada harga rendah, seiring sentimen positif pelabur di pasaran serantau dan mengukuh pada paras tertinggi dalam tempoh lebih dua bulan, yang dicapai kali terakhir pada 2 Okt, 2025. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 12.42 mata, atau 0.76 peratus, kepada 1,637.81 berbanding paras 1,625.39 ketika ditutup pada Khamis. Indeks penanda aras itu dibuka 2.83 mata lebih rendah pada 1,622.56 sebelum susut ke paras terendah awal 1,622.03, kemudian pulih semula untuk mencapai paras tertinggi harian 1,640.36 dalam dagangan saat akhir. Sentimen pasaran secara keseluruhan kekal positif dengan kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 743...
Bursa Malaysia Kekal Meningkat Pada Tengah Hari Dipacu Sentimen Positif
Bursa Malaysia meneruskan momentum peningkatannya pada tengah hari ini, didorong oleh sentimen semalaman Wall Street yang positif. Pada 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 10.84 mata atau 0.67 peratus kepada 1,636.23 daripada paras penutup 1,625.39, semalam. Indeks penanda aras itu dibuka susut 2.83 mata pada 1,622.56 dan bergerak dalam jajaran 1,622.03 hingga 1,636.50 sepanjang sesi dagangan pagi. Sentimen pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 558 berbanding 360 manakala 485 lain tidak berubah, 1,365 kekal tidak diniagakan dan 16 lain digantung dagangannya. Jumlah dagangan sebanyak 1.69 bilion unit bernilai RM1.06 bilion. Menerusi nota penyelidikannya...
Niaga Hadapan KLCI Dibuka Lebih Tinggi
Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat pada sesi awal dagangan hari ini. Pada jam 9.35 pagi, kontrak Disember 2025 naik 1.5 mata kepada 1,630.5, Januari 2026 menokok tiga mata kepada 1,635.0, Mac 2026 menambah 0.5 mata kepada 1,616.0 manakala Jun 2026 meraih empat mata kepada 1,622.0. Jumlah dagangan sebanyak 1,247 lot dengan kepentingan terbuka berjumlah 38,193 kontrak. Indeks penanda aras FBM KLCI naik 3.72 mata selepas 40 minit dagangan dijalankan kepada 1,629.11, berbanding 1,625.39, semalam. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2501660
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Menjejaki Peningkatan Wall Street
Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari ini dengan lebih tinggi, menjejaki kebanyakannya prestasi positif Wall Street. Pada jam 9.08 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat sebanyak 0.21 mata kepada 1,625.60 walaupun susut seketika ke paras 1,622.56 sebelumnya, berbanding penutupan semalam pada paras 1,625.39. Sentimen pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 146 berbanding 127, sebanyak 265 kaunter tidak berubah, 2,230 tidak didagangkan dan 16 lain digantung dagangannya. Jumlah dagangan sebanyak 134.43 juta saham bernilai RM58.39 juta. Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street kebanyakannya tinggi ketika mengakhiri urus...
Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, sejajar dengan prestasi pasaran tunai yang positif. Pada penutup dagangan, kontrak Disember 2025 meningkat 17 mata kepada 1,629.0, Januari 2026 melonjak 16.5 mata kepada 1,632.0, Mac 2026 naik 17.5 mata kepada 1,615.5 dan Jun 2026 menambah 13.5 mata kepada 1,618.0. Jumlah dagangan naik kepada 7,790 lot daripada 5,805 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 43,756 kontrak daripada 42,312 kontrak sebelum ini. Pada 5 petang, FBM KLCI naik 14.39 mata atau 0.89 peratus kepada 1,625.39 daripada 1,611.00 semasa ditutup pada Rabu. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2501513
Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Didorong Penurunan Kadar Fed
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, disokong oleh aktiviti belian pada harga rendah berikutan keputusan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) mengurangkan kadar penanda arasnya sebanyak 25 mata asas, meskipun pasaran serantau mencatatkan penurunan. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 14.39 mata atau 0.89 peratus kepada paras tertinggi harian pada 1,625.39 berbanding paras 1,611.00 ketika ditutup semalam. Indeks penanda aras itu dibuka 1.86 mata lebih tinggi pada 1,612.86 sebelum susut ke paras terendah 1,609.96 pada awal dagangan. Ia kemudian kembali mengukuh dan naik secara beransur-ansur untuk ditutup pada paras tertinggi hari ini. Bagaimanapun, di pasaran lebih meluas, kaunter rugi...
FBM KLCI Tinggi Pada Tengah Hari Susulan Penurunan Kadar Fed Dorong Sentimen Pasaran
Bursa Malaysia meningkat pada sesi pagi, disokong sentimen pasaran yang lebih positif susulan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) dan seiring dengan kenaikan pasaran Wall Street semalaman. Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 7.00 mata, atau 0.43 peratus kepada 1,618.00 berbanding paras 1,611.00 ketika ditutup pada Rabu. Indeks penanda aras itu dibuka 1.86 mata lebih tinggi pada 1,612.86 dan bergerak antara 1,609.96 hingga 1,618.00 sepanjang sesi pagi. Di pasaran lebih luas, bagaimanapun, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 516 berbanding 403, manakala 477 kaunter tidak berubah, 1,362 kaunter tidak diniagakan dan 16 kaunter digantung. Jumlah dagangan...
Back
Top
Log in Register