BTC USD 81,538.7 Gold USD 4,139.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Stocks News

A dynamic discussion space where members share and analyze the latest stock market news from around the globe. Topics include market trends, major index movements, company earnings, economic updates, and geopolitical events impacting stocks. Participants exchange insights, predictions, and strategies, fostering an engaging community for both novice and experienced investors.
Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah pada Selasa. Pada 9.30 pagi, kontrak Disember 2025 turun 8.5 mata kepada 1,671.0, Januari 2026 merosot 8.0 mata kepada 1,674.50, Mac 2026 menguncup 7.5 mata kepada 1,659.5 dan Jun 2026 berkurangan 6.0 mata kepada 1,663.0. Jumlah dagangan sebanyak 4,516 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 42,465 kontrak. Petunjuk pasaran FBM KLCI turun 3.50 mata kepada 1,667.79 selepas 49 minit dagangan daripada 1,671.29 ketika ditutup pada Isnin. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2505482
FBM KLCI Dibuka Rendah Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung Walaupun Pasaran Meluas Kukuh
Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini disebabkan pelabur mengambil keuntungan berikutan prestasi kukuh semalam, manakala pasaran lebih luas kekal pada kedudukan lebih kukuh, menjejaki petunjuk semalaman yang positif daripada Wall Street. Pada 9.10 pagi ini, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 1.79 mata atau 0.10 peratus kepada 1,669.50 daripada paras penutup 1,671.29 ketika ditutup pada Isnin. Indeks itu dibuka rendah 2.51 mata pada 1,668.78. Sentimen pasaran adalah positif, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 182 berbanding 116 manakala 301 kaunter lain tidak berubah, sebanyak 2,175 tidak diniagakan dan 11 lain digantung dagangannya. Jumlah dagangan berjumlah 114.92 juta unit bernilai...
Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Permintaan Eksport Kukuh
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi susulan permintaan eksport yang lebih kukuh khususnya disebabkan kelemahan harga bahan komoditi itu baru-baru ini, menurut seorang peniaga. Peniaga minyak sawit David Ng berkata kelemahan harga MSM baru-baru ini menarik minat belian kerana ia menjadi lebih murah berbanding minyak sayuran lain. “Anggaran pengeluaran MSM yang lemah turut menjejaskan sentimen pasaran. Kami melihat paras sokongan pada RM3,900 dan paras rintangan pada RM4,080,” katanya kepada Bernama. Pada penutupan dagangan, kontrak Januari 2026 meningkat RM81 kepada RM3,973 setiap tan manakala kontrak Februari 2026 dan April 2026 masing-masing naik RM75 kepada RM3,983 dan...
Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, seiring dengan kenaikan di pasaran tunai pendasar. Pada penutup dagangan, kontrak Disember 2025 meningkat 11 mata kepada 1,679.5, Januari 2026 naik 10.5 mata kepada 1,682.50, Mac 2026 menambah 11.5 mata kepada 1,667.0, Jun 2026 menokok 6.5 mata kepada 1,669.0. Jumlah dagangan meningkat kepada 14,280 lot daripada 8,711 pada Jumaat minggu lepas, manakala kepentingan terbuka naik kepada 51,755 kontrak daripada 46,114 sebelumnya. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI meningkat 5.39 mata, atau 0.32 peratus, kepada 1,671.29 daripada 1,665.90 pada Jumaat minggu lepas, yang mana merupakan paras tertinggi intra harinya...
Bursa Malaysia Teruskan Kenaikan Disokong Aktiviti Memperelok Akaun
Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin, kekal hampir di paras tertinggi dalam tempoh 15 bulan seiring dengan prestasi kebanyakannya positif di pasaran serantau serta disokong oleh aktiviti memperelokkan akaun akhir tahun. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.39 mata, atau 0.32 peratus, kepada 1,671.29, yang merupakan paras tertinggi hariannya, daripada paras penutup 1,665.90 pada Jumaat minggu lepas. Indeks utama dibuka rendah turun 1.62 mata kepada 1,664.28 dan susut ke paras terendah harian dalam dagangan awal .Pasaran kemudian diniagakan secara tidak menentu sebelum mendapat momentum kembali pada sesi petang dan diniagakan lebih tinggi menjelang sesi penutup. Keseluruhan pasaran positif dengan kaunter...
Institusi Tempatan Teruskan Aliran Belian Untuk Minggu Kelima
Institusi tempatan meneruskan aliran belian mereka untuk minggu kelima berturut-turut dengan aliran masuk bersih berjumlah RM508.6 juta manakala peruncit tempatan mencatatkan aliran keluar bersih untuk minggu ketiga berturut-turut sebanyak RM145.3 juta. Menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) dalam Laporan Aliran Dana pada minggu berakhir 19 Dis 2025, pelabur asing di Bursa Malaysia mencatatkan aliran keluar bersih untuk minggu kedua berturut-turut, dengan jumlah jualan bersih sebanyak RM363.3 juta. Sebahagian besar aliran keluar adalah pada Isnin (RM133.8 juta), diikuti Selasa (RM132.8 juta) dan Rabu (RM104.5 juta) manakala pelabur asing menjadi pembeli bersih pada Khamis (RM2.6 juta) dan Jumaat (RM5.1 juta). “Tiga sektor utama...
Bursa Malaysia Dibuka Rendah
Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah pada Isnin berikutan pelabur mengambil keuntungan dalam saham wajaran tinggi berikutan prestasi indeks itu yang kukuh baru-baru ini walaupun Wall Street ditutup positif. Pada Jumaat lepas, FBM KLCI melonjak 1.15 peratus kepada hampir paras tertinggi dalam tempoh 15 bulan, melepasi paras 1,660.09 mata yang kali terakhir dicatatkan pada 27 Sept 2024. Pada 9.15 pagi, FBM KLCI merosot 1.96 mata atau 0.11 peratus kepada 1,663.94 daripada 1,665.90 semasa ditutup pada Jumaat lepas. Indeks dibuka rendah 1.62 mata kepada 1,664.28. Pasaran secara menyeluruh negatif, dengan 195 kaunter rugi mengatasi 188 kaunter untung, 353 kaunter tidak berubah, 2,043...
Niaga Hadapan KLCI Dijangka Menunjukkan Momentum Meningkat Minggu Depan
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka terus menunjukkan momentum meningkat minggu depan, menjejaki pasaran tunai asas. Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks penanda aras dijangka diniagakan dalam julat antara 1,650-1,680, walaupun dagangan lengang sempena cuti Krismas dan akhir tahun. “Pada minggu ini, indeks telah berjaya melepasi paras 1,650, disokong oleh peningkatan penyertaan pasaran, sekali gus terus mengukuhkan lagi pergerakan. “Kejayaan kekal melebihi 1,650, akan membuka laluan ke arah julat 1,670-1,680 dalam fasa seterusnya,” katanya kepada Bernama. Beliau juga percaya sebarang penurunan minggu depan harus dilihat...
Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Lebih Tinggi Minggu Depan
Niaga hadapan di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan menjejaki kenaikan harga emas di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS) apabila pelabur membuat persediaan menjelang pengumuman data ekonomi AS yang penting. RHB Investment Bank Bhd dalam nota penyelidikannya pada Jumaat berkata emas COMEX dijangka membuat percubaan baharu untuk melepasi paras rintangan pada US$4,400 setiap auns troy. "Sekiranya melepasi paras berkenaan, logam berharga itu boleh melanjutkan trajektori kenaikannya ke arah rintangan seterusnya pada US$4,500. "Jika tekanan jualan semakin meningkat, harga mungkin kembali ke arah purata pergerakan mudah selama 20 hari. Buat masa ini, kami mengekalkan kecenderungan...
Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Menurun Minggu Depan Dalam Persekitaran Peningkatan Paras Stok
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menurun minggu depan susulan peningkatan paras stok. Peniaga minyak sawit David Ng berkata permintaan yang lemah daripada pembeli turut diunjurkan mengehadkan keuntungan dalam pasaran MSM. “Kami menjangkakan harga akan berada dalam julat antara RM3,800 dan RM4,050 satu tan metrik minggu depan,” katanya kepada Bernama. Secara mingguan, kontrak Disember 2025 turun RM88 kepada RM3,892 satu tan, Januari 2026 merosot RM99 kepada RM3,904 setan dan Februari 2026 berkurangan RM113 kepada RM3,905 satu tan. Kontrak Mac 2026 menguncup RM117 kepada RM3,911 setan, April 2026 berkurangan RM119 kepada RM3,916 satu tan dan Mei 2026...
Bursa Malaysia Dijangka Kekal Stabil, Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan
Bursa Malaysia dijangka stabil minggu depan mengukuhkan kenaikannya baru-baru ini dan diniagakan dalam jajaran kecil apabila pelabur melepaskan pegangan jangka pendek selepas prestasi kukuh dalam minggu yang berakhir ini. Pengarah strategi pelaburan dan ahli ekonomi IPPFA Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan berkata indeks petunjuk pasaran itu meningkat 61.43 mata, atau 3.83 peratus setakat bulan ini, termasuk kenaikan 1.72 peratus minggu ini, menjadikan Disember bulan yang kukuh bagi ekuiti tempatan. "Walaupun keadaan pendanaan domestik kekal stabil, jumlah dagangan mungkin berkurangan disebabkan sesi dagangan yang lebih pendek menjelang cuti Krismas dan akhir tahun, mengekalkan jumlah dagangan di bawah purata tiga bilion saham. “Dengan...
Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Peningkatan Stok, Permintaan Lemah
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini disebabkan oleh peningkatan paras stok. Peniaga minyak sawit David Ng berkata permintaan yang lemah daripada pembeli turut memberi kesan kepada sentimen pasaran. “Kami melihat paras sokongan pada RM3,850 satu tan dan rintangan pada RM4,050,” katanya. Pada penutupan dagangan, kontrak bulan Disember 2025 turun RM68 kepada RM3,892 satu tan metrik, Januari 2026 merosot RM70 kepada RM3,904 setan dan Februari 2026 berkurangan RM75 kepada RM3,905 satu tan. Mac 2026 menguncup RM76 kepada RM3,911 setan, April 2026 merosot RM71 kepada RM3,916 satu tan dan Mei 2026 turun RM65 kepada RM3,914 setan. Jumlah dagangan meningkat kepada...
Bursa Malaysia Teruskan Momentum Pada Tengah Hari, Indeks Utama Naik 11.90 Mata
Bursa Malaysia meneruskan aliran peningkatannya pada tengah hari Jumaat, didorong aktiviti belian saham wajaran tinggi terpilih yang didahului oleh kaunter kewangan. Momentum itu turut memacu sentimen pasaran selain prestasi pengukuhan pasaran serantau lain. Setakat 12.30 tengah hari ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 11.90 mata atau 0.72 peratus kepada 1,658.80 daripada penutupan semalam pada 1,646.90. Indeks penanda aras itu dibuka dibuka menokok 1.15 mata pada 1,648.05 dan bergerak dalam julat 1,647.60 hingga 1,659.53 sepanjang sesi dagangan. Pasaran secara meluas adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 539 berbanding 386 manakala 512 kaunter tidak berubah, 1,341 tidak...
Niaga Hadapan KLCI Tinggi Pada Sesi Awal
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka lebih kukuh pada Jumaat, seiring dengan kenaikan di pasaran tunai pendasar. Pada 9.16 pagi, kontrak Disember 2025 meningkat 8.5 mata kepada 1,655.0, manakala kontrak Januari dan Jun 2026 masing-masing naik lapan mata kepada 1,658.50 dan 1,644.0. Kontrak Mac 2026 pula menambah enam mata kepada 1,641.0. Jumlah dagangan berjumlah 1,868 lot, dengan kepentingan terbuka sebanyak 39,190 kontrak. Sementara itu, indeks penanda aras FBM KLCI meningkat 4.88 mata kepada 1,651.78 selepas 35 minit dagangan, berbanding 1,646.90 ketika ditutup pada Khamis. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2504380
Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Kenaikan Minyak Kacang Soya, Minyak Mentah
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, disokong oleh kenaikan dalam pasaran minyak kacang soya. Peniaga minyak sawit David Ng berkata harga minyak mentah yang lebih kukuh turut meningkatkan sentimen pasaran. "Kami melihat paras sokongan pada RM3,900 dan paras rintangan pada RM4,050," katanya kepada Bernama. Pada penutup dagangan, kontrak Disember 2025 naik RM9 kepada RM3,960 setiap tan, Januari 2026 meningkat RM10 kepada RM3,974 dan Februari 2026 bertambah RM14 kepada RM3,990. Kontrak Mac 2026 melonjak RM17 kepada RM3,987 setiap tan manakala April 2026 menokok RM16 kepada RM3,987 dan Mei 2026 berkembang RM16 kepada RM3,979 setiap tan. Jumlah dagangan menurun...
Kontrak Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi, Seiring Kenaikan Di Pasaran Tunai
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis, sejajar dengan kenaikan di pasaran tunai. Pada penutupan dagangan, Disember 2025 meningkat 5.5 mata kepada 1,646.50; Januari 2026 dan Mac 2026 masing-masing naik 6.5 mata kepada 1,650.50 dan 1,635.50 manakala Jun 2026 menambah 4.5 mata kepada 1,636.0. Jumlah dagangan berkurangan kepada 7,193 lot daripada 7,550 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka susut kepada 44,677 kontrak daripada 45,096 sebelum ini. Pada 5 petang, FBM KLCI menokok 5.46 mata atau 0.33 peratus kepada 1,646.90 daripada 1,641.44 ketika ditutup semalam. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2504261
Bursa Malaysia Ditutup Tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan hari ini dengan sentimen kukuh, menamatkan penyusutan sebelumnya berikutan kenaikan indeks petunjuk pasaran yang didorong oleh saham sektor perindustrian dan pengguna. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.46 mata atau 0.33 peratus kepada 1,646.90 daripada 1,641.44 ketika ditutup pada Rabu. Indeks itu dibuka rendah 1.21 mata kepada 1,640.23 dan bergerak antara 1,636.61 dan 1,647.80 sepanjang sesi dagangan. Pasaran lebih luas adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 590 berbanding 477 manakala 527 kaunter lagi tidak berubah, 1,182 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung dagangan. Jumlah dagangan meningkat kepada 2.47 bilion unit bernilai...
Aktiviti Belian Saham Wajaran Tinggi Pacu Bursa Malaysia Meningkat Pada Tengah Hari
Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi Khamis dengan lebih tinggi, mengatasi prestasi pasaran serantau susulan kemunculan aktiviti belian bagi saham wajaran tinggi terpilih, terutama kaunter produk perindustrian, pengguna dan perkhidmatan. Setakat jam 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.05 mata, atau 0.06 peratus kepada 1,642.49 daripada 1,641.44 pada akhir dagangan semalam. Indeks itu sebelumnya dibuka susut 1.21 mata pada 1,640.23 dan bergerak antara 1,636.61 hingga 1,642.55 sepanjang sesi dagangan. Sentimen pasaran bagaimanapun negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 446 berbanding 395 manakala 514 kaunter tidak berubah, 1,421 tidak diniagakan dan 12 digantung...
Niaga Hadapan KLCI Rendah Pada Sesi Awal
Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyaksikan urus niaga lebih rendah dalam sesi dagangan awal pada Khamis. Pada 9.19 pagi, kontrak Disember 2025 dan Jun 2026 masing-masing turun 3.0 mata kepada 1,638.0 dan 1,628.50 manakala Januari 2026 susut 2.5 mata kepada 1,641.50 dan Mac 2026 merosot 2.0 mata kepada 1,626.50. Jumlah dagangan sebanyak 1,139 lot dengan kepentingan terbuka sebanyak 39,317 kontrak. Indeks penanda aras FBM KLCI turun 4.35 mata kepada 1,637.09 selepas 37 minit dagangan dijalankan berbanding 1,641.44 yang dicatatkan semalam. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2504020
Back
Top
Log in Register