BTC USD 81,443.8 Gold USD 4,159.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Stocks News

A dynamic discussion space where members share and analyze the latest stock market news from around the globe. Topics include market trends, major index movements, company earnings, economic updates, and geopolitical events impacting stocks. Participants exchange insights, predictions, and strategies, fostering an engaging community for both novice and experienced investors.
Indeks Utama Bursa Malaysia Ditutup Kukuh, Cecah Paras Tertinggi Dalam Tempoh 16 Bulan
Indeks utama Bursa Malaysia pulih daripada penurunan intra harinya, ditutup 0.23 peratus lebih tinggi hari ini yang mana merupakan paras tertinggi baharu dalam tempoh 16 bulan, disokong oleh permintaan kukuh institusi. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI meningkat 3.89 mata kepada 1,680.99, daripada 1,677.10 pada Jumaat minggu lepas. Indeks petunjuk pasaran itu sebelum ini mencapai paras tertinggi 1,684.68 pada 29 Ogos 2024. Indeks itu dibuka tinggi naik 0.21 mata kepada 1,677.31 namun kemudiannya mencatatkan trend menurun sepanjang sesi pagi, susut ke paras terendah intra harinya kepada 1,668.48. Bagaimanapun, indeks utama itu kembali meraih momentum pada jam terakhir dagangan untuk ditutup lebih tinggi. Di keseluruhan...
Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung
Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah berikutan aktiviti pengambilan untung muncul terhadap saham mewah terpilih dalam persekitaran kekurangan pemangkin baharu. Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 4.93 mata atau 0.29 peratus kepada 1,672.17 daripada 1,677.10 semasa ditutup Jumaat lepas. Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 0.21 mata kepada 1,677.31, berlegar antara 1,671.07 dan 1,680.51 pada sesi dagangan berkenaan. Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 574 berbanding 267 manakala 530 kaunter tidak berubah, 530 kaunter tidak diniagakan dan 58 yang lain digantung. Jumlah dagangan sebanyak 1.07 bilion unit bernilai RM700.58 juta. Public...
Kestabilan Afrika Selatan dorong Rand Afrika Selatan catat kenaikan terbesar dalam 16 tahun berikutan kelemahan Dolar AS
Image generated by CariGold Ringkasan Isi Utama Rand naik 13% berbanding Dolar AS tahun ini, tertinggi sejak 2009 Pelabur asing beli bersih 72.4 bilion rand bon mata wang tempatan Volatiliti tersirat 1 tahun rand terendah sejak 2001 Menurut laporan Bloomberg, rand Afrika Selatan dijangka menutup tahun dengan lonjakan terbesar sejak 2009, didorong kelemahan Dolar AS serta kestabilan politik dalam negeri yang meningkatkan tarikan negara itu kepada pelabur. Setakat tahun ini, mata wang tersebut telah mengukuh 13% berbanding Dolar AS. Sementara itu, Dolar AS menuju penurunan tahunan paling buruk dalam lapan tahun. Selain itu, pelabur asing membeli bersih 72.4 bilion rand bon mata wang tempatan tahun ini, bersamaan ($4.3 billion) (MYR...
Penjualan pegangan 5% kepada FAW oleh Leapmotor berikutan penyatuan industri susulan pasaran EV hadapi permintaan perlahan
Image generated by CariGold Ringkasan Isi Utama FAW ambil 5% pegangan dalam Leapmotor Urus niaga bernilai 3.74 bilion Yuan China; tunggu kelulusan Jualan 11 bulan pertama berganda; sasaran 500,000 dilepasi awal Menurut laporan Bloomberg, pembuat kereta elektrik China, Zhejiang Leapmotor Technology Co., bersetuju menjual saham bernilai 3.74 bilion Yuan China (MYR 2,468 juta), bersamaan ($534 million) (MYR 2,509 juta), kepada pengeluar automotif milik negara FAW Group. Setelah selesai, FAW akan memegang 5% pegangan dalam Leapmotor, menurut pemakluman syarikat melalui "Bloomberg Terminal" pada Isnin. Urus niaga ini masih menunggu kelulusan pengawal selia sekuriti China, yang berkemungkinan mengambil masa beberapa bulan. Selain itu...
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Dalam Dagangan Awal
Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi dalam dagangan awal hari ini, menjejaki prestasi Wall Street minggu lepas walaupun sentimen global yang perlahan berikutan musim cuti. Pada jam 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.28 mata atau 0.2 peratus kepada 1,680.38 daripada 1,677.10 semasa ditutup pada Jumaat. Indeks penanda aras itu dibuka tinggi 0.15 mata kepada 1,677.31. Di pasaran lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 134 berbanding 133 manakala 302 kaunter tidak berubah, 2,164 tidak diniagakan dan 58 lain digantung dagangan. Jumlah dagangan sebanyak 67.16 juta unit bernilai RM33.36 juta. Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata dagangan di Wall Street...
Niaga Hadapan MSM Diniagakan Rendah Minggu Depan Susulan Pengambilan Untung
Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) dijangka diniagakan lebih rendah minggu depan susulan pengambilan untung selepas kenaikan baru-baru ini, kata peniaga kanan minyak sawit Interband Group of Companies Jim Teh. Beliau berkata minggu depan akan menjadi minggu dagangan pendek kerana kebanyakan peniaga minyak sawit antarabangsa menyambut perayaan Krismas dan Tahun Baharu. "Kami menjangkakan harga akan berada di antara RM3,800 dan RM3,900 setiap tan minggu depan yang akan menarik minat pembeli fizikal terutamanya dari China, India, Pakistan, Kesatuan Eropah, negara-negara Timur Tengah dan Amerika Syarikat," katanya kepada Bernama. Bursa Malaysia Bhd dan anak-anak syarikatnya ditutup pada 25 Disember bagi menyambut perayaan Krismas...
Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan Berikutan Musim Cuti
Bursa Malaysia dijangka diniagakan tidak berubah minggu depan berikutan musim cuti terus menjejaskan aktiviti pasaran, kata seorang ahli ekonomi. Pengarah Strategi Pelaburan dan Ekonomi Negara IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata kebanyakan pemangkin makroekonomi dan korporat telah ditetapkan harganya, peningkatan akhir tahun diunjurkan akan kehilangan momentum, manakala volum dagangan akan kekal lemah (rendah). Beliau berkata pasaran akan ditutup pada Khamis untuk cuti Tahun Baharu dan sesi dagangan pada Jumaat dijangka tidak berubah. “Walaupun begitu, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada di landasan betul untuk ditutup pada paras atas 1,643, sekali gus memberikan hasil positif pada 2025. "Ini adalah kali pertama selepas...
Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Permintaan Eksport Kukuh
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives (BMD) ditutup lebih tinggi pada Jumaat dalam persekitaran jumlah permintaan eksport kukuh, kata seorang peniaga minyak sawait David Ng. “Kami melihat paras sokongan pada RM4,180 satu tan metrik dan paras rintangan pada RM4,350 setan metrik ,” katanya kepada Bernama. Pada penutup dagangan, kontrak bulan JanuarI 2026 naik RM50 kepada RM4,060 satu tan, Februari 2026 menambah RM53 kepada RM4,082 setan dan Mac 2026 meningkat RM52 kepada RM4,089 satu tan. Jumlah dagangan turun kepada 50,937 lot daripada 57,393 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka susut kepada 257,694 kontrak daripada 262,197 kontrak sebelumnya. Harga MSM fizikal bagi Januari Selatan...
Lanjutan tempoh tangguh bon Yuan China Vanke pelabur setuju bantu elak gagal bayar berikutan tekanan hutang
Image generated by CariGold Ringkasan Isi Utama Vanke lanjutkan Grace Period bon 3.7b Yuan China ke 30 hari dagangan S&P Global turunkan Vanke ke "Selective Default" Beijing longgar syarat beli rumah bagi bukan pemastautin Menurut laporan Bloomberg, China Vanke Co. sekali lagi memperoleh ruang bernafas apabila pemegang bon meluluskan lanjutan tempoh "Grace Period" bagi satu lagi nota tempatan, membantu pemaju itu mengelakkan kegagalan bayaran yang hampir berlaku. Pemegang bon bagi terbitan 3.7 bilion Yuan China (MYR 2,405 juta) yang matang pada 28 Disember — berserta nilai setara Dolar AS sebanyak ($528 juta) (MYR 2,439 juta) — menolak kelima-lima cadangan yang akan membolehkan syarikat berpangkalan di Shenzhen itu menangguhkan...
Niaga Hadapan KLCI Ditutup Kebanyakannya Tinggi
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya tinggi pada Jumaat meskipun prestasi lemah di pasaran tunai pendasar. Pada penutup dagangan, kontrak Disember 2025 meningkat 2.5 mata kepada 1,676.0, manakala kontrak Januari 2026 dan Mac 2026 naik 1.0 mata masing-masing kepada 1,680.0 dan 1,664.5. Bagaimanapun, kontrak Jun 2026 susut 3.0 mata kepada 1,664.0. Jumlah dagangan menyusut kepada 23,709 lot daripada 39,353 pada Rabu, manakala kepentingan terbuka turun kepada 63,355 kontrak daripada 76,499 sebelumnya. Pada 5 petang, FBM KLCI turun 1.21 mata, atau 0.07 peratus, kepada 1,677.10 daripada 1,678.31 pada Rabu. Pasaran ditutup pada Khamis sempena cuti umum menyambut Hari...
Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Pengambilan Untung
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit hari ini susulan aktiviti pengambilan untung mengakhiri rentetan kenaikannya selama lima hari dagangan. Rabu lepas, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencecah paras tertinggi hampir 16 bulan, ditutup pada 1,678.31. Pada 5 petang, indeks barometer jatuh 1.21 mata, atau 0.07 peratus, kepada 1,677.10, selepas dibuka 0.81 mata lebih lemah pada 1,677.50. Indeks penanda aras didagangkan dalam jajaran kecil antara 1,670.83 dan 1,678.29 sepanjang hari ini. Keseluruhan pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 504 berbanding 377, manakala 567 kaunter tidak berubah, 1,326 tidak diniagakan dan 60 digantung. Jumlah dagangan merosot kepada 1.59 bilion unit...
Bursa Malaysia Susut Pada Tengah Hari Diasak Minggu Dagangan Singkat
Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari Jumaat susulan aktiviti pengambilan untung yang ketara di tengah-tengah tempoh dagangan singkat berikutan cuti serta sentimen pasaran serantau yang bercampur-campur. Pada 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama susut 7.07 mata atau 0.42 peratus kepada 1,671.24 daripada paras penutup 1,678.31 pada Rabu. Pasaran ditutup semalam bersempena cuti umum Krismas. Indeks petunjuk utama dibuka susut 0.81 mata kepada 1,677.50 dan bergerak dalam julat 1,670.83 hingga 1,677.53 sepanjang sesi dagangan. Dalam pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 436 berbanding 266 manakala 469 kaunter tidak berubah, 1,603 tidak didagangkan dan 60 digantung dagangannya. Jumlah dagangan sebanyak 785.79...
Niaga Hadapan KLCI Dibuka Lebih Rendah
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah pada hari ini. Pada jam 9.30 pagi, kontrak Disember 2025 dan Januari 2026 masing-masing turun 6.5 mata kepada 1,677.0 dan 1,681.5, Mac 2026 susut 7.0 mata kepada 1,665.0 manakala Jun 2026 berkurangan sebanyak 11 mata kepada 1,665.0. Jumlah dagangan sebanyak 4,170 lot dan kepentingan terbuka berjumlah 45,566 kontrak. Indeks petunjuk utama FBM KLCI turun 4.70 mata kepada 1,673.61 selepas 47 minit dagangan dijalankan berbanding paras penutup 1,678.31 pada Rabu. Pasaran ditutup semalam sempena cuti Hari Krismas. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2506217
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Ambil Untung
Bursa Malaysia memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih rendah berbanding peningkatan sebelum ini, ketika pelabur giat melakukan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih. Pada jam 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.88 mata kepada 1,675.43 daripada 1,678.31 pada Rabu dan dibuka susut 0.81 mata pada paras 1,677.50. Pasaran ditutup semalam sempena cuti umum Hari Krismas. Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 177 berbanding 98 manakala 278 kaunter tidak berubah, 2,221 tidak diniagakan dan 60 digantung dagangannya. Jumlah dagangan sebanyak 93.66 juta saham bernilai RM42.60 juta. Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong...
Susulan permintaan lelongan hambar berikutan spekulasi Bank of Japan naik kadar faedah, hasil bon dua tahun Jepun naik
Image generated by CariGold Ringkasan Isi Utama Hasil bon 2 tahun Jepun naik ke 1.125%, tertinggi sejak 1996 "Bid-To-Cover Ratio" lelongan 2 tahun 3.26, bawah 3.53 dan purata 3.65 Jepun dijangka kurangkan terbitan bon super-panjang kepada ¥17 trilion Menurut laporan Bloomberg, hasil bon kerajaan Jepun tempoh matang dua tahun meningkat selepas permintaan lelongan yang lemah, di tengah-tengah spekulasi bahawa Bank of Japan (BOJ) mungkin perlu menaikkan kadar faedah dengan lebih agresif untuk mengekang inflasi dan menyokong Yen Jepun. Nisbah "Bid-To-Cover Ratio" — ukuran utama permintaan — berada pada 3.26, berbanding 3.53 pada jualan sebelumnya dan purata 12 bulan pada 3.65. Seiring itu, hasil dua tahun melonjak 2.5 mata asas kepada...
Pengukuhan Yuan China lepasi 7 per Dolar AS berikutan jangkaan PBOC beri ruang pada apresiasi beransur-ansur
Image generated by CariGold Ringkasan Isi Utama Yuan luar pesisir melepasi 7 per dolar, mencecah 6.9964 PBOC tetapkan "Daily Reference Rate" terkuat sejak Sep 2024 Goldman Sachs: Yuan 25% dinilai rendah berbanding asas ekonomi Menurut laporan Bloomberg, Yuan China melepasi paras psikologi 7 per Dolar AS buat kali pertama sejak September 2024, berikutan jangkaan bahawa Bank Rakyat China (PBOC) akan membenarkan apresiasi beransur-ansur bagi menyokong keyakinan pasaran. Selain itu, Yuan luar pesisir mengukuh setinggi 0.2% kepada 6.9964 per dolar pada Khamis. Pergerakan ini berlaku selepas PBOC mengukuhkan "Daily Reference Rate" ke paras terkuat sejak September 2024. Yuan kini menuju prestasi tahunan terbaik dalam tempoh lima tahun...
Susulan penangguhan gagal bayar, China Vanke hadapi ujian bon lagi berikutan tekanan hutang
Image generated by CariGold Ringkasan Isi Utama Pemegang bon 3.7 bilion Yuan China undi 6 cadangan penangguhan S&P turunkan penarafan Vanke ke "Selective Default" Vanke hadapi kematangan 13.4 bilion Yuan China menjelang akhir Jun Menurut laporan Bloomberg, China Vanke Co. kembali berdepan ujian bon baharu hanya beberapa hari selepas menerima kelegaan pada satu bon tempatan, apabila pelabur dalam satu lagi nota menamatkan undian ke atas cadangan penangguhan bayaran ketika syarikat itu bergelut dengan hutang besar yang akan matang dalam bulan-bulan terdekat. Pemegang bon 3.7 bilion Yuan China ($526 juta) (MYR 2,419 juta) mempunyai tempoh sehingga 3 petang Khamis untuk memilih satu daripada enam cadangan, yang kesemuanya bertujuan...
Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi
Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu, menjejaki prestasi positif di pasaran tunai. Pada penutup dagangan, kontrak Disember 2025 meningkat 10 mata kepada 1,673.5, Januari 2026 naik 9.0 mata kepada 1,679.0, Mac 2026  bertambah 8.5 mata kepada 1,663.5, manakala Jun 2026 menokok 9.0 mata kepada 1,667.0. Jumlah dagangan meningkat kepada 39,353 lot daripada 20,477 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 76,499 kontrak daripada 58,090 kontrak sebelum ini. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.67 mata atau 0.10 peratus kepada 1,678.31 daripada 1,676.64 ketika ditutup pada Selasa. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2505977
Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi pada Rabu. Pada 9.58 pagi, kontrak Disember 2025 meningkat lima mata kepada 1,678.5, Januari naik 4.5 mata kepada 1,683.50, Mac 2026 menambah 5.5 mata kepada 1,669.0, manakala Jun 2026 meningkat 7.5 mata kepada 1,674.5. Jumlah dagangan mencecah 5,857 lot, dengan kepentingan terbuka sebanyak 44,567 kontrak. Pada 10.15 pagi, penanda aras FBM KLCI susut 1.54 mata kepada 1,675.10 berbanding paras 1,676.64 ketika ditutup pada Selasa. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2505765
Aktiviti Pengambilan Untung Asak FBM KLCI Dibuka Rendah
Penanda aras Bursa Malaysia, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI), dibuka rendah pada Rabu susulan aktiviti pengambilan untung sederhana selepas kenaikan baru-baru ini, dengan aktiviti dagangan lazimnya lebih perlahan pada minggu cuti. Pada 9.10 pagi, FBM KLCI susut 1.31 mata kepada 1,675.33 daripada 1,676.64 ketika ditutup pada Selasa. Indeks itu dibuka 0.64 mata lebih rendah pada paras 1,676.0. Sentimen pasaran secara meluas adalah positif dengan 138 kaunter untung mengatasi 116 kaunter rugi. Sebanyak 273 kaunter tidak berubah, manakala 2,246 kaunter tidak diniagakan dan 50 digantung dagangannya. Jumlah dagangan mencecah 111.54 juta saham bernilai RM52.67 juta. Malacca Securities Sdn Bhd berkata Wall Street ditutup lebih tinggi...
Back
Top
Log in Register