BTC USD 81,719.4 Gold USD 4,105.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Stocks News

A dynamic discussion space where members share and analyze the latest stock market news from around the globe. Topics include market trends, major index movements, company earnings, economic updates, and geopolitical events impacting stocks. Participants exchange insights, predictions, and strategies, fostering an engaging community for both novice and experienced investors.
Niaga Hadapan KLCI Kebanyakannya Rendah Dalam Dagangan Awal
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kebanyakannya rendah dalam dagangan awal pada Khamis. Pada 9.35 pagi, kontrak Disember 2025 menyusut 2.5 mata kepada 1,609.5, Januari 2026 merosot dua mata kepada 1,613.5, Mac 2026 susut 2.5 mata kepada 1,595.5 manakala Jun 2026 naik dua mata kepada 1,606.5. Jumlah dagangan sebanyak 1,236 lot, dengan kepentingan terbuka berjumlah 38,343 kontrak. Petunjuk pasaran FBM KLCI meningkat 1.31 mata selepas 40 minit dagangan kepada 1,612.31 daripada 1,611.00 semasa ditutup pada Rabu. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2501187
Bursa Malaysia Meningkat Susulan Kenaikan Di Wall Street, Penurunan Kadar Faedah Fed
Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, didorong oleh keyakinan di pasaran serantau dan peningkatan di Wall Street berikutan penurunan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS). Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.17 mata atau 0.07 peratus kepada 1,612.17 selepas dibuka 1.86 mata lebih tinggi kepada 1,612.86. Sentimen pasaran lebih luas adalah positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 186 berbanding 101 manakala 270 kaunter tidak berubah, 2,201 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung dagangan. Jumlah dagangan sebanyak 149.02 juta saham bernilai RM95.52 juta. Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street mengukuh...
Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini selepas Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) melaporkan peningkatan 13 peratus dalam tahap stok bagi November 2025 berbanding Oktober 2025. Peniaga minyak sawit David Ng berkata stok yang berterusan tinggi dan prestasi eksport yang lebih lemah turut memberi kesan kepada sentimen pasaran. “Harga disokong pada paras melebihi RM4,000 satu tan tetapi menghadapi rintangan sekitar RM4,180 satu tan,” katanya kepada Bernama hari ini. Pada penutup dagangan, kontrak Disember 2025 merosot RM31 kepada RM4,000 satu tan, Januari 2026 menurun RM44 kepada RM4,041 satu tan, manakala kontrak Februari 2026 susut RM43 kepada RM4,063 satu tan. Kontrak...
Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu. Pada penutupan, Disember 2025 naik satu mata kepada 1,612.0, Januari 2026 menambah 1.5 mata kepada 1,615.5, Mac 2026 meningkat setengah mata kepada 1,598.0 manakala Jun 2026 menokok 3.5 mata kepada 1,604.5. Jumlah dagangan susut kepada 5,805 lot daripada 8,110 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 42,312 kontrak daripada 43,727 kontrak. Pada 5 petang, FBM KLCI susut 3.17 mata atau 0.20 peratus kepada 1,611.00 daripada 1,614.17 ketika ditutup semalam. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2501040
Indeks Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Pasaran Meluas Positif Menjelang Pengumuman Fed
Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada akhir dagangan Rabu meskipun pasaran secara meluas adalah positif, seiring dengan prestasi kebanyakan pasaran serantau dan isyarat bercampur-campur Wall Street. Perkembangan itu berlaku ketika pelabur bersikap berhati-hati menjelang pengumuman dasar monetari Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) lewat malam ini. Pihak Jawatankuasa Pasaran Terbuka AS (FOMC) memulakan mesyuarat dasar selama dua hari yang berakhir hari ini. Pada 5 petang, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.17 mata atau 0.19 peratus kepada 1,611.00 daripada paras penutup pada 1,614.17. Indeks penanda aras itu dibuka susut 3.13 mata kepada 1,611.04, malah mencecah paras...
Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Dipengaruhi Sentimen Lemah Serantau
Bursa Malaysia menyusut pada sesi pagi berikutan pelabur mengambil keuntungan menjelang pengumuman keputusan kadar faedah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) lewat hari ini, seiring prestasi serantau yang hambar. FBM KLCI turun 4.71 mata atau 0.29 peratus kepada 1,609.46 pada 12.30 tengah hari, selepas dibuka 3.13 mata lebih rendah pada 1,611.04. Indeks penanda aras itu bergerak dalam julat 1,606.11 hingga 1,611.04 sepanjang sesi pagi selepas ditutup pada paras 1,614.17. pada Selasa. Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 446 berbanding 389, manakala 541 kaunter tidak berubah, 1,373 tidak diniagakan dan 12 digantung. Jumlah dagangan pasaran berjumlah 2.55 bilion saham bernilai RM1.09 bilion. Di peringkat serantau...
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Menjelang Keputusan Fed AS
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini berikutan pelabur berhati-hati, mengambil keuntungan menjelang keputusan mengenai kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) dan susulan prestasi Wall Street semalaman yang kebanyakannya rendah. Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.04 mata atau 0.31 peratus kepada 1,609.13 daripada 1,614.17 semasa ditutup semalam. Indeks dibuka rendah 3.13 mata kepada 1,611.04. Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 151 berbanding 130 manakala 281 kaunter tidak berubah, 2,187 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung. Jumlah dagangan sebanyak 156.26 juta saham bernilai RM84.90 juta. Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten...
Niaga Hadapan KLCI Kebanyakannya Rendah Dalam Dagangan Awal
Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kebanyakannya rendah dalam dagangan awal pada Rabu. Pada 9.33 pagi, kontrak Disember 2025 merosot lima mata kepada 1,606.0, Januari 2026 berkurangan empat mata kepada 1,610.0, Mac 2026 menurun 4.5 mata kepada 1,593.0 manakala Jun 2026 naik dua mata kepada 1,603.0. Jumlah dagangan sebanyak 1,068 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 37,675 kontrak. Petunjuk pasaran FBM KLCI merosot 7.47 mata selepas 37 minit dagangan kepada 1,606.70 daripada 1,614.17 semasa ditutup semalam. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2500717
Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pengukuhan Harga  Minyak Kacang Soya
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa, sekali gus menampung semula kejatuhan pada awal dagangan berikutan pengukuhan harga minyak kacang soya, kata peniaga minyak sawit David Ng. Beliau berkata pengeluaran yang dijangka lebih lemah pada minggu-minggu akan datang turut mengukuhkan harga komoditi itu. “Kami mendapati paras sokongan pada RM4,050 satu tan dan paras rintangan pada RM4,200 satu tan,” katanya kepada Bernama. Pada penutup dagangan, kontrak Disember 2025 merosot RM24 kepada RM4,031 satu tan, tetapi Januari 2026 meningkat RM11 kepada RM4,085 satu tan dan Februari 2026 menokok RM13 kepada RM4,106 satu tan. Kontrak Mac 2026 bertambah RM12 kepada RM4,123 satu...
Bursa Malaysia Pulih Semula Untuk Ditutup Tinggi Menjelang Keputusan Fed AS
Bursa Malaysia yang bergerak dalam aliran rendah sepanjang hari, pulih semula untuk ditutup tinggi, disokong pembelian pada saat akhir ketika para pelabur dalam keadaan berwaspada namun optimis menjelang pengumuman keputusan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) esok. Pada 5 petang, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.39 mata, atau 0.09 peratus, kepada 1,614.17 berbanding paras 1,612.78 ketika ditutup pada Isnin. Indeks penanda aras itu dibuka 6.36 mata lebih tinggi pada 1,619.14 dan mencecah paras tertinggi 1,620.73 pada awal dagangan sebelum susut ke paras terendah harian 1,606.57 pada sesi pertengahan pagi. Ia kembali mengukuh pada lewat petang sehingga penutup dagangan. Di pasaran...
Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Seiring Prestasi Serantau, Wall Street
Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan lebih rendah hari ini, seiring sentimen serantau yang suram selain kelemahan Wall Street. Pada 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.76 mata atau 0.17 peratus kepada 1,610.02 berbanding penutupan semalam pada 1,612.78. Indeks penanda aras itu dibuka meningkat 6.36 mata pada 1,619.14 dan bergerak dalam julat 1,606.57 hingga 1,620.73 sepanjang sesi dagangan pagi. Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 512 berbanding 321 dengan 533 kaunter tidak berubah, 1,381 tidak didagangkan dan 11 digantung dagangannya. Jumlah dagangan sebanyak 1.91 bilion saham bernilai RM1.11 bilion. Di pasaran serantau, Indeks Hang Seng Hong Kong...
Niaga Hadapan KLCI Bercampur-campur Dalam Dagangan Awal
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) bercampur-campur dalam dagangan awal pada Selasa. Pada 9.30 pagi, kontrak Disember 2025 menyusut 0.5 mata kepada 1,609.0, Januari 2026 tidak berubah kepada 1,613.0, Mac 2026 rendah satu mata kepada 1,595.5 dan Jun 2026 menambah dua mata kepada 1,602.0. Jumlah dagangan sebanyak 1,392 lot, dengan kepentingan terbuka berjumlah 38,286 kontrak Indeks petunjuk pasaran FBM KLCI meningkat 1.33 mata selepas 35 minit diniagakan kepada 1,614.11 berbanding 1,612.78 semasa ditutup pada Isnin. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2500296
Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Lebih Rendah
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki prestasi pasaran tunai. Pada penutup, kontrak Disember 2025 susut 10.5 mata kepada 1,609.5, Januari 2026 turun 11 mata kepada 1,613.0, Mac 2026 merosot 9.5 mata kepada 1,596.5, dan Jun 2026 berkurang 10 mata kepada 1,600.0. Jumlah dagangan meningkat kepada 11,489 lot daripada 8,010 lot pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 46,953 kontrak berbanding 43,890 kontrak sebelumnya. Pada 5 petang, FBM KLCI berkurang 3.74 mata atau 0.23 peratus kepada 1,612.78 berbanding 1,616.52 ketika ditutup pada Jumaat. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2500186
Sentimen Berhati-hati Menjelang Mesyuarat FOMC Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Bursa Malaysia mengatasi penurunan awalnya dan ditutup rendah hari ini ketika sentimen pelabur lebih berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka (FOMC) Amerika Syarikat (AS) yang dijadualkan pada 9-10 Disember ini. Pada 5 petang, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.74 mata atau 0.23 peratus kepada 1,612.78 daripada paras penutup 1,616.52 pada Jumaat lepas. Indeks penanda aras itu yang dibuka susut 0.49 mata kepada 1,616.03, turut mencecah paras intra harian tertinggi 1,616.49 dalam dagangan awal, namun susut kemudiannya diasak tekanan jualan sehingga ke paras rendah 1,601.50 dalam sesi tengah hari sebelum meraih momentum peningkatan pada tempoh berbaki dagangan hari ini. Di pasaran...
Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Susulan Aktiviti Ambil Untung
Bursa Malaysia susut ketika mengakhiri dagangan pagi ini, diasak aktiviti pengambilan untung walaupun Wall Street mencatat penutupan lebih positif pada Jumaat lepas. Pada 12.30 tengah hari, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 6.72 mata atau 0.42 peratus kepada 1,609.80 daripada paras 1,616.52 sebelum ini. Indeks penanda aras itu yang dibuka susut 0.49 mata kepada 1,616.03, juga diniagakan pada paras 1,601.50 hingga 1,616.49 pada sesi dagangan awal. Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 666 berbanding 261 manakala 508 kaunter tidak berubah, 1,310 tidak diniagakan dan 19 lain digantung dagangannya. Jumlah dagangan sebanyak 2.20 bilion unit yang bernilai RM931.71 juta. Firma pembrokeran Malacca Securities...
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Didorong Aktiviti Pengambilan Untung
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, didorong oleh aktiviti pengambilan untung minggu lepas walaupun Wall Street ditutup tinggi pada Jumaat lalu. Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.88 mata atau 0.18 peratus kepada 1,613.64 daripada 1,616.52 semasa ditutup pada Jumaat lepas. Indeks dibuka rendah 0.49 mata kepada 1,616.03. Pasaran secara menyeluruh negatif, dengan 162 kaunter rugi mengatasi 90 kaunter untung, 275 kaunter tidak berubah, 2,218 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung. Jumlah dagangan sebanyak 86.49 juta saham bernilai RM39.45 juta. Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng memberitahu Bernama bahawa Wall Street ditutup tinggi minggu lepas berikutan pelabur...
Niaga Hadapan KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal
Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) rendah dalam dagangan awal pada Isnin. Pada 9.46 pagi, kontrak Disember 2025 dan Januari 2026, masing-masing merosot 14.5 mata kepada 1,605.5 dan 1,609.5, Mac 2026 berkurangan 13.5 mata kepada 1,592.5 dan Jun 2026 menurun 18 mata kepada 1,592.0. Jumlah dagangan sebanyak 4,005 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 40,325 kontrak. Petunjuk pasaran FBM KLCI berkurangan 12.95 mata selepas 51 minit dagangan kepada 1,603.57 daripada 1,616.52 semasa ditutup pada Jumaat lepas. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2499947
Bursa Malaysia Dijangka Bergantung Kepada Data Mesyuarat FOMC Minggu Depan
Bursa Malaysia dijangka berada dalam mod bergantung kepada data ketika pasaran membuat persediaan menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada 9 hingga 10 Disember. Pengarah, Penganalisis Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata walaupun pasaran menganggarkan kebarangkalian sebanyak 87 peratus untuk penurunan 25 mata asas, perhatian kini beralih kepada ketidaktentuan yang semakin meningkat mengenai arah dasar Rizab Persekutuan (Fed) pada awal 2026. "Ketidaktentuan ini berpunca daripada jurang yang semakin melebar antara ahli-ahli yang berpendirian 'agresif' dan 'tegas' dalam jawatan kuasa tersebut iaitu satu perbezaan yang kini memberi implikasi bermakna terhadap jangkaan...
Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari, Indeks Utama Susut 0.54 Peratus
Bursa Malaysia menyaksikan dagangan rendah pada tengah hari ini dengan indeks petunjuk utama susut 0.54 peratus, diasak jualan saham wajaran tinggi terpilih merangkumi sektor perkhidmatan, telekomunikasi dan media. Maybank dan CIMB masing-masing susut 10 sen kepada RM10.14 dan RM7.82 manakala Axiata turun 12 sen kepada RM2.56 yang secara kolektif melenyapkan 5.92 mata daripada indeks komposit itu. Pada jam 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 8.81 mata atau 0.54 peratus kepada 1,612.26 daripada paras penutup 1,621.07 semalam. Indeks itu yang dibuka susut 0.37 mata pada 1,620.70, juga bergerak dalam julat 1,611.80 dan 1,621.25 sepanjang sesi dagangan pagi. Pasaran secara meluas...
Niaga Hadapan KLCI Rendah Pada Sesi Awal
Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyaksikan prestasi lebih rendah pada awal dagangan hari ini. Pada jam 10.02 pagi ini, kontrak Disember 2025 turun 1.50 mata kepada 1,616.0, Januari 2026 merosot 0.50 mata kepada 1,620.0, Mac 2026 berkurangan 1.0 mata kepada 1,602.0 manakala Jun 2026 tidak diniagakan. Jumlah dagangan sebanyak 1,745 lot dan kepentingan terbuka berjumlah 38,738 kontrak. Indeks penanda aras FBM KLCI susut 3.67 mata selepas sejam 15 minit dagangan dijalankan kepada 1,617.40 berbanding penutupan pada 1,621.07, semalam. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2499115
Back
Top
Log in Register