ni chart n ss aku..yg bawah tu, aku saja letak TS 15 pip..
bro dark..pe makssud D1 R1 D1 M3 sume tu..kurang paham..hehehe
itu adalah level-level Pivot
Price di tengah-tengah didalam kiraan pivot dipanggil pivot.Apabila berada diatas sikit dari pivot dipanggil Resistance.Bila berada dibawah pivot dipanggil Support
Ni susunan dia
-RESISTANCE
-PIVOT
-SUPPORT
Apabila price berada diatas pivot,price adalah lebih cenderung untuk BUY.
Aoabila price berada dibawah pivot,price adalah lebih cenderung untuk SELL
Jadi 1 level sahaja tidak cukup,akan ada level-level yg biasa digunakan berdasarkan kiraan pivot standard iaitu
RESISTANCE 3
RESISTANCE 2
RESISTANCE 1
PIVOT
SUPPORT 1
SUPPORT 2
SUPPORT 3
Kalau pergerakan price dari Support 1 terlalu kuat sehingga memecahkan PIVOT,kemudian kuat lagi dia ke Resistance 1,kemudian ke Resistance 2 besar kemungkinan dia akan pergi ke Resistance 3!!
Jadi biasanya apabila hari tersebut melebih Resistance 3,adalah lebih baik hold dan tunggu pukul 6pagi esoknya untuk kita tgk price sudah berada dimana berdasarkan kiraan pivot.
TETAPI,andai kata price sudah cecah Resistance 3,pastu seperti dah takde daya untuk lompat lagi,bermakna nak jatuh tiruk lah lepas tuu.Saat macam gini kalau nak countertrend memang cun,tapi kalau nak selamat guna follow trend Gundurowo
Kiraan pivot yg kita gunakan dalam sistem ini adalah berdasarkan kepada kiraan Harian iaitu Daily.Kiraan untuk Weekly,Monthly adalah berbeza-beza..Tapi sudah cukup memadai kita gunakan Daily
D1 M4@ 207.81 apa bende tu??
Ok dalam sistem ini,aku gunakan MTF pivot yg aku minta kat CJA forex tsd buatkan supaya kelihatan ringkas dan mudah tidak serabut chart dengan garisan.Jadi tidaklah dapat tulis panjang-panjang..Kita juga boleh jadikan Daily kepada Weekly ataupun Monthly
DI M4@ 207.81 adalah
D1= Daily
M4= Median Line
208.81 =Paras price
Median line tu apa pulak?
ok...
Jarak diantara line Pivot ke Support 1 atau Resistance 1 adalah sebanyak 120pip!! banyak tu,kadang-kadang buat kita risau juga.
Jadi diadakan median line sebagai line tengah diantara paras-paras line utama
contoh
R3
MEDIAN 5
R2
MEDIAN 4
R1
MEDIAN 3
PIVOT
MEDIAN 2
S1
MEDIAN 1
S2
MEDIAN 0
S3
So jarak antara
Pivot ke Median adalah 60pip
Pivot ke Resistance 1 adalah 120pip
Kalau benar-benar dah cekap guna pivot memang senang nak cekup pip.Seperti kalau price memang tengah kuat buy,pending order kat paras R1 dan TP kat paras Median4
Ada orang gemar untuk buat kiraan sendiri pivot,tapi aku gemar untuk guna indicator jee,malas nak kira-kira.Apa yang kita gunakan ini adalah kiraan Pivot Standard.Kiraan pivot ada macam-macam jenis,yang lain aku tak reti sangat iaitu
Forex pivot points
Woodie’s pivot points
DeMark pivot points
Fibonacci’s pivot points
Camarilla’s pivot points
http://www.mataf.net/en/forex/trading/pivot-points/standard/
Boleh juga dijadikan bahan bacaan pemantapan ilmu kita baca ni
http://ezinearticles.com/?Pivot-Point-Trading--7-Guidelines-For-Success&id=556268
http://ezinearticles.com/?Pivot-Point-Trading-Strategy---Two-Specific-Setups-To-Watch-For&id=557740
Kenapa combination Fibo dengan Pivot best?maybe kita boleh tunggu jawapan dari member yang lain