BTC USD 84,018.3 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gundurowo Trading Style

Sesiapa yang rajin carikan setting terbaik untuk TF 15 GJ dengan EA trailing ni?

Ea ni bukan untuk carikan kita entry,tapi EA ni membantu kita seperti berikut

Kita dah pasang EA ni berserta dengan sistem kita,kita dah set siap-siap stoploss berapa,take profit berapa,lock profit berapa dan bila akan lock profit apabila pip kita sedang positif.Contoh kita sedang profit 30pip,akan automatik lock profit 1pip.So tak ngadap pc pun boleh.Lagi satu dia boleh buat trailing,tu masalahnya aku tak jumpa setting trailing yg best untuk GJ ni..

sesiapa yang sudi bantu-bantulah ye..aku tengah menyiapkan template ni

So far sebelum ni aku guna apabila 30pip je akan lock 1pip

Lagi satu andai kata takmau ada trailing,tukar je kepada 0

TS utk gj mmg susah skit..sbb price gi gile2...
 
Gundurowo V2 sudah siap

GUNDUROWO V2
gundurowov2bm3.gif


Alhamdulillah kita berjaya ke stage Gundurowo V2
Sistem ini pada asalnya mudah,tetapi peningkatan ini dibuat untuk kelihatan mudah lagi.

Pair:GJ
Timeframe: 15minit

*Pair lain dan timeframe lain tidak sempat diuji

Fikir cara begini:
Semua BIRU- BUY
Semua Merah- Sell
Ada Kuning- Jangan buat apa-apa ataupun Take Profit.
(Ini adalah kaedah Follow Trend)

Kaedah Counter Trend belum dapat dikenal pasti lagi dengan cara yang selamat.

EA Mauro Trailing turut terdapat didalam zip ini,bagi sesiapa yang sudah tahu guna cuba kita cari setting terbaik untuk strategi trading GJ M15 ini.

Bagi yang belum tahu apa-apa cuba practice dengan demo dahulu.

Sebarang komen dan cadangan membina sangat dialu-alukan.

Ikhlas dari
Darkkiller dan geng lain :cool:


----------------------------------------------------------------------------------
Jika ada masalah ketika loading pada line pivot,ikut arahan dibawah
gundurowopivotph2.png

1.Buka template pada timeframe dan pair yg digemari
2.Tekan mouse jari kelingking,tekan Object List atau tekan Ctrl+B
3.Tekan Ctrl+A untuk select semua
4.Tekan delete..
5.Line pivot akan jadi cantik semula.
 

Attachments

Last edited:
ni guna EA tu ke,EA tu belum letak setting terbaik lagi.Aku still guna manual..Jarang kene hit stoploss kalau kene trendnya
 
detailedstatementnv1.gif

Nilah jadinya tak ikut rules..huhuhu
kalau tarik trendline,double top,wave semua ada..hehe

detailedstatementam9.gif
 
Last edited:
demo25lf8.gif


Sekarang kita dah nampak bagaimana nak entry,
Bila masa untuk take profit
Dimana untuk elak kesilapan entry

Tgk chart diatas..sesiapa yg berjaya gunakan sistem ni,bolehlah tunjukkan SS anda ok dan juga komen-komen pedas..kerjasama anda sangatlah dihargai

detailedstatementbn0.gif
 
Last edited:
ni chart n ss aku..yg bawah tu, aku saja letak TS 15 pip..

bro dark..pe makssud D1 R1 D1 M3 sume tu..kurang paham..hehehe

nikot.JPG
 
nampak cam menarik...tp agak2 berapa percentage leh profit ni?

(tgk graf tu agak kurang meyakinkan la) :)
 
ni chart n ss aku..yg bawah tu, aku saja letak TS 15 pip..

bro dark..pe makssud D1 R1 D1 M3 sume tu..kurang paham..hehehe

nikot.JPG


itu adalah level-level Pivot

Price di tengah-tengah didalam kiraan pivot dipanggil pivot.Apabila berada diatas sikit dari pivot dipanggil Resistance.Bila berada dibawah pivot dipanggil Support

Ni susunan dia

-RESISTANCE
-PIVOT
-SUPPORT​

Apabila price berada diatas pivot,price adalah lebih cenderung untuk BUY.

Aoabila price berada dibawah pivot,price adalah lebih cenderung untuk SELL

Jadi 1 level sahaja tidak cukup,akan ada level-level yg biasa digunakan berdasarkan kiraan pivot standard iaitu

RESISTANCE 3
RESISTANCE 2
RESISTANCE 1
PIVOT
SUPPORT 1
SUPPORT 2
SUPPORT 3​

Kalau pergerakan price dari Support 1 terlalu kuat sehingga memecahkan PIVOT,kemudian kuat lagi dia ke Resistance 1,kemudian ke Resistance 2 besar kemungkinan dia akan pergi ke Resistance 3!!

Jadi biasanya apabila hari tersebut melebih Resistance 3,adalah lebih baik hold dan tunggu pukul 6pagi esoknya untuk kita tgk price sudah berada dimana berdasarkan kiraan pivot.

TETAPI,andai kata price sudah cecah Resistance 3,pastu seperti dah takde daya untuk lompat lagi,bermakna nak jatuh tiruk lah lepas tuu.Saat macam gini kalau nak countertrend memang cun,tapi kalau nak selamat guna follow trend Gundurowo

Kiraan pivot yg kita gunakan dalam sistem ini adalah berdasarkan kepada kiraan Harian iaitu Daily.Kiraan untuk Weekly,Monthly adalah berbeza-beza..Tapi sudah cukup memadai kita gunakan Daily

D1 M4@ 207.81 apa bende tu??

Ok dalam sistem ini,aku gunakan MTF pivot yg aku minta kat CJA forex tsd buatkan supaya kelihatan ringkas dan mudah tidak serabut chart dengan garisan.Jadi tidaklah dapat tulis panjang-panjang..Kita juga boleh jadikan Daily kepada Weekly ataupun Monthly

DI M4@ 207.81 adalah

D1= Daily
M4= Median Line
208.81 =Paras price​

Median line tu apa pulak?

ok...

Jarak diantara line Pivot ke Support 1 atau Resistance 1 adalah sebanyak 120pip!! banyak tu,kadang-kadang buat kita risau juga.
Jadi diadakan median line sebagai line tengah diantara paras-paras line utama

contoh
R3
MEDIAN 5
R2
MEDIAN 4
R1
MEDIAN 3
PIVOT
MEDIAN 2
S1
MEDIAN 1
S2
MEDIAN 0
S3​

So jarak antara
Pivot ke Median adalah 60pip
Pivot ke Resistance 1 adalah 120pip

Kalau benar-benar dah cekap guna pivot memang senang nak cekup pip.Seperti kalau price memang tengah kuat buy,pending order kat paras R1 dan TP kat paras Median4

Ada orang gemar untuk buat kiraan sendiri pivot,tapi aku gemar untuk guna indicator jee,malas nak kira-kira.Apa yang kita gunakan ini adalah kiraan Pivot Standard.Kiraan pivot ada macam-macam jenis,yang lain aku tak reti sangat iaitu

Forex pivot points
Woodie’s pivot points
DeMark pivot points
Fibonacci’s pivot points
Camarilla’s pivot points
http://www.mataf.net/en/forex/trading/pivot-points/standard/

Boleh juga dijadikan bahan bacaan pemantapan ilmu kita baca ni
http://ezinearticles.com/?Pivot-Point-Trading--7-Guidelines-For-Success&id=556268
http://ezinearticles.com/?Pivot-Point-Trading-Strategy---Two-Specific-Setups-To-Watch-For&id=557740

Kenapa combination Fibo dengan Pivot best?maybe kita boleh tunggu jawapan dari member yang lain
 
Last edited:

Latest Posts

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.13910
USD / JPY
157.285
GBP / USD
1.32505
USD / CHF
0.82827
USD / CAD
1.41455
EUR / JPY
179.163
AUD / USD
0.70328
Back
Top
Log in Register