BTC USD 84,029.2 Gold USD 4,291.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Adakah ini tembok Yakjud dan Makjud atau tempat kurungan Dajjal??? Tolonglah BACA....

Pelesit Api Malaya

Active+ Member
Messages
2,549
Joined
Oct 20, 2008
Messages
2,549
Reaction score
162
Points
33
Mintak tolong Baca dulu... Kalau nak hentam pun bacalah dulu sampai abis ok... Sebenarnya aku x sanggup nak bukak thread pasal ni... Takut sesat dan takut aku yang menyesatkan anda semua... Cuma sebagai seorang manusia biasa, naluri ingin tahu aku memuncak.. Jadi aku nak berkongsi pada anda... Sebab aku jumpa sesuatu yang pelik.... :)
Ada tiga pendapat utama mengenai kaum Yakjud dan Makjud serta tembok yng dibina Dzulkarnain... Semua pendapat dikaji melalui Al Quran dan hadis2 melalui ulamak2.. Kalau tak setuju bagitau... #:-S :D

1. Pergunungan Kaukasus (lokasi tembok) dan puak Khazaria Yakjud dan Makjud (yahudi)
2. Tartar Mongol Yakjud dan Makjud serta lokasi di pergunungan Altay (tembok)
3. Tembok Besar China?? (dah tentu kena reject)
​

1. Menarik apabila pergunungan Kaukasus menjadi tarikan dunia apabila lokasi tembok Dzulkarnain yang dibina seperti yang tercatat di dalam Al Quran mengikut sesetengah ulamak adalah terletak di perbatasan Georgia... Hal ini diperkuatkan lagi penemuan sisa bongkah besi dan tembaga terdapat di kawasan situ.. Namun begitu, sebenarnya ada lagi jalan dari siberia atau Russia/Mongolia untuk masuk ke Georgia melalui pergunungan Kauskasus..Selain Darius/Dariel pass di Gunung Elbrus, Chkhutnieri pass juga merupakan jalan menyeberangi pergunungan Kaukasus... Terletak di Gunung Shkhara (Wilayah Svaneti georgia)..

Ini Gambar Dariel Gorge

Gunung-Tembok-Besi-02.jpg

Gunung-Tembok-Besi.jpg

Ini pula video Chkhutnieri pass...


Dah tengok? Ok... Sebenarnya bukan ini yng aku nak bagitau kat anda semua... Yang aku nak bagitau ni yng no. 2 iaitu mengenai Tartar Mongol (termasuk zaman Genghis Khan)...

Ini dia...

Apa yang menarik pasal Khurosan? Iaitu wilayah penguasaan Raja Persia pada zaman dahulu kala..

1. Mengenai Darius 2. Cyrus The Great 3. Sejarah Khurosan dan sebagainya...

Peta Khurosan semasa zaman Cyrus The Great...

500px-Persia-Cyrus2-World3.png

Menurut Al Quran, surah Al Kahfi ada menyebut mengenai dzulkarnain... Oklah, takut jauh menyimpang, atau memeningkan kepala anda, say trus straight to the point..

Gunung Ulytau terletak di Kazakhstan... Juga dipanggil Ulytau The Great Mountains oleh penduduk sekitar... dahulunya diperintah oleh raja Mongol iaitu Genghis Khan, Joshi Khan dan sebagainya... Walaubagaimanapun jajahan dinasti Khan berlaku selepas jajahan Cyrus The Great iaitu jajahan Parsi Khurasan..

Dalam Quran Dzulkarnain bergerak ke arah matahari terbit (timur) dan bergerak ke arah matahari terbenam (barat).. sila buka surah Al Kahfi untuk rujukan..

Menurut Al Quran lagi... Ayat [86] Sehingga apabila dia sampai ke daerah matahari terbenam, dia mendapatinya terbenam di sebuah mata air yang hitam berlumpur dan dia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): Wahai Zulkarnain! Pilihlah samada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka. Kawasan ni sebelah barat.. Barat Khurasan adalah kawasan Anatolia/Turki sebelah laut hitam...
Ayat [90] Sehingga apabila dia sampai di daerah matahari terbit, dia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripadanya. (kawasan timur)/ kawasan timur Khurasan adalah utara India... kaum yng belum mengenal Islam.. peradaban kuno...

Kemudian ayat 92-98 :

Ayat [92] kemudian dia berpatah balik menurut jalan yang lain.

Ayat [93] Sehingga apabila dia sampai di antara dua gunung, dia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.

Ayat [94] Mereka berkata: Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?

Ayat [95] Dia menjawab: (Kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.

Ayat [96] Bawalah kepadaku ketul-ketul besi; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: Tiuplah dengan alat-alat kamu sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya.

Ayat [97] Maka, mereka tidak dapat memanjat tembok itu dan mereka juga tidak dapat menebuknya.

Ayat [98] (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur dan adalah janji Tuhanku itu benar.


Tidak disebut pun arahnya kecuali arah yng lain...

Jadi arah mana itu? Bahagian Timur dan barat menunjukkan bagaimana wilayah Dzulkarnain berkembang.. Begitu juga sejarah Cyrus The Great...Babylon merupakan bahagian berdekatan dngn ibu kota Khurasan (Iran)... mustahil Babylon merupakan tempat atau arah ketiga yng disebut dalam Al Quran... Jadi arah ketiga Dzulkarnain mungkin menunjukkan arah utara... arah utara Khurasan merangkumi pergunungan Kaukasus atau bahagian selatan Kazakhstan, Uzbekistan, Kirghiztan serta Tajikistan...

Kita dah didedahkan mengenai pergunungan Kaukasus, so apa kata kita jengah Ulytau di Kazakhstan kerana terdapat juga laluan dari Siberia/Russia ke selatan... :-?

Sedikit sejarah Ulytau :

Numerous sites of primitive peoples and their implements have been discovered here by archaeologists. One the largest workshops of the paleolithic era in Kazakhstan was found on the banks of the Karakengir river. In all river valleys, bronze age monuments and settlements, necropolises, and royal graveyards of the Begazy-Dandybayer culture have been revealed.

The mystery of the so called "barrows with whiskers" refuses to be unraveled to this day. Some people consider them tombs, others believe they are ancient observatories, and a few - that they form a ritual complex.

Archaelogical excavations inform us that the native tribes were engaged in mining and metallurgical affairs as far back as 1000 BC, and they exported copper, iron, tin, silver and gold to Iran, India, and Greece, as Heroditus, the "father of history" mentions.

Ulytau has been called a "country of lakes and springs". The healing characteristics of Ulytau mountain spring water are known in far away regions. European and Russian ambassadors visited to recuperate in the Ulytau spring water, while they were making their way to Karakorum, the main headquarters of the Mongols.


K.. dipendekkan citer,
 
:o :o

1.jpg


2.jpg


3.jpg


4.jpg

Nak jelas lagi dalam video ni ada tunjuk benda misteri nih... tapi xder sorng pun perasan kat comment youtube... x taulah owner dia perasan menda nih... satu lagi, ni bukan gunung Altay sepertimana yang diterangkan dalam video... Ini adalah gunung Ulytau rujuk komen di Youtube... #:-S


Jadi adakah tembok Yakjud dan Makjud??? Adakah kurungan Dajjal?? Dari Nawwas bin Sam’an RA, ia berkata: Rasulullah SAW telah bersabda berkaitan sifat Dajjal: “Dia itu seorang pemuda, rambutnya pendek, matanya mengambang, seakan-akan aku menyerupakannya denga Abdul ‘izz bin Qathn” (Sahih Muslim 18/65)

Dari Abu Bakar ash-Shidiq RA ia berkata: Rasulullah SAW menceritakan kepada kami tentang Dajjal, beliau bersabda: “Dajjal akan keluar dari negeri sebelah timur yang disebut Khurosan” (Tirmidzy 6/495)


Wallahua'lam... :) :D

Two Warriors...

http://www.youtube.com/watch?v=ebUKYQKL9bA

Turania

http://www.youtube.com/watch?v=3-lvd6nszJU


Steven Seagal Pelakon Hollywood di Almaty bersama kumpulan Ulytau

http://www.youtube.com/watch?v=5dhaatlGgsA

UPDATE di page ke-6
, Page 8, Page-9, page 12, page 13, page 14 dan 15
 
Last edited:
good info, mmg benar apa yg diperkatakan ttg dzulkarnain itu. Ada pendapat, kedua-dua yakjud dan makjud gigih menggali tembok ini. Namun sebaik azan berkumandang, tembok ini akan bertaut kembali. Dan Suara Azan x pernah sunyi 24 jam dari muka bumi ini.

Allah jua maha mengetahui.
 
hebat info ni...tapi glasier yang tinggi gunung tu yang nampak macam tembok dah..bukan ke tembok yakjud dan makjud adalah antara dua gunung?
tapi yang kedua tu pun logik juga..waallahualam.
 
hebat info ni...tapi glasier yang tinggi gunung tu yang nampak macam tembok dah..bukan ke tembok yakjud dan makjud adalah antara dua gunung?
tapi yang kedua tu pun logik juga..waallahualam.

Ayat [96] Bawalah kepadaku ketul-ketul besi; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: Tiuplah dengan alat-alat kamu sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya.
 
Back
Top
Log in Register