jangan bermazhab-mazhab dan berpuak-puak...
kisah perselisihan di antara tiga puak, yahudi, nasrani dan musyrik....
Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula:
“Tidak sekali-kali akan masuk Syurga melainkan orang-orang yang berugama Yahudi atau Nasrani”
Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja
Katakanlah:
“Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu
jika betul kamu orang-orang yang benar”
(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar)
bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah
sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya
maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya
dan tidaklah ada kebimbangan terhadap mereka
dan mereka pula tidak akan berdukacita.
Dan orang-orang Yahudi berkata:
“Orang-orang Nasrani itu tidak mempunyai sesuatu pegangan (ugama yang benar)”
dan orang-orang Nasrani pula berkata:
“Orang-orang Yahudi tidak mempunyai sesuatu pegangan (ugama yang benar)”;
padahal mereka membaca Kitab Suci masing-masing (Taurat dan Injil)
Demikian juga orang-orang (musyrik) yang tidak berilmu pengetahuan
mengatakan seperti yang dikatakan oleh mereka itu
Maka Allah akan menghukum (mengadili) di antara mereka pada hari kiamat
mengenai apa yang mereka berselisihan padanya
Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat
dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk menyebut nama Allah di dalamnya
dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu?
Orang-orang yang demikian, tidak sepatunya masuk ke dalam masjid-masjid itu
melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah
Mereka akan beroleh kehinaan di dunia
dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar.
Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat
maka ke mana sahaja kamu arahkan diri maka di situlah arah yang diredhai Allah
sesungguhnya Allah Maha Luas, lagi sentiasa Mengetahui.
[Al-Baqarah:111-115]
apa kesimpulannya?
yahudi cakap agama dia betul, yang lainnya salah...
nasrani pun cakap agama dia betul, yang lainnya salah..
orang musyrik pun cakap sama juga..
masing-masing cakap agama mereka saja betul, dan boleh masuk syurga..
serupa dengan umat Islam hari, semua kata mazhab dan agama masing2 jer betul...
jadi apa jawapan Allah?
Allah menjawab semua mereka salah, dan agama yang betul ialah..
sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah
dan dia pula
berusaha supaya baik amalannya
maka
tidaklah ada kebimbangan terhadap mereka
dan
mereka pula tidak akan berdukacita
see? tak perlu pun berpecah-belah dan berpuak...
selama ni kita ditipu oleh ahli-ahli agama supaya mereka dapat memegang kuasa...
menjual agama dengan harga yang sedikit....
as long kita ...
1. berserah diri bulat2 untuk patuh ayat Allah
2. berusaha memperbaiki amal...
Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh
terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka
[Al-Nahl:99]
kita tak perlu risau mazhab apa pun kita berada...
dan apa yang Allah kata lagi?
Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat
dan
maka ke mana sahaja kamu arahkan diri
see? "
ke mana sahaja kamu arahkan diri"
iaitu, apa pun pegangan atau mazhab mereka...
dan selagi mereka berserah diri bulat2 kepada Allah...
serta berusaha memperbaiki amal.. maka
di situlah arah yang diredhai Allah
see? Allah redha akan mereka, tak kisah ler apa mazhab pun...
dia dah berserah diri bulat-bulat dan patuh ayat Allah dalam al-Quran
dan dia berusaha memperbaiki amalnya...
nak risau apa lagi?
siap nak berperang sana sini...
dalam mana-man mazhab ada orang mukmin yang Allah redha akan mereka...
kalau kita bunuh mereka jadi macam mana pula?
Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja
maka balasannya ialah neraka jahanam
kekal ia di dalamnya
dan Allah murka kepadanya
dan melakanatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar.
[An-Nisaa:93]
sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu
atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi
maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya
dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia
maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya
[al-Maidah:32]
adoih..bukan main2 nie...
ni yang sebenarnya nkorang kena buat...
bukan Allah suruh berperang satu sama lain... (
rujuk sini)
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan
dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak
supaya kamu berkenal-kenalan ...
[Al-Hujurat:13]
dan nkorang pula... nak bermusuhan dan berperang sesama sendiri kenapa pula?
nkorang ikut kitab mana pula ni? :-?
Apa sudah jadi kepada akal kamu ?
Bagaimana kamu menetapkan hukum ?
Adakah kamu mempunyai sesebuah Kitab yang kamu baca dan pelajari ?
Bahawa di dalam Kitab itu membolehkan kamu mendapat apa sahaja yang kamu pilih ?
[Al-Qalam:36-38]